Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim....
|
gmbr xde kena mengena...abaikan ^^ |
Telefon atau kebiasaan digunakan ialah handphone merupakan
alat komunikasi yang sangat penting. Pernahkah kau terfikir, mengapa dengan
handphone ini wujudnya masalah maksiat? Bukankah suara sahaja yang di dengari
apabila si gadis menelefon si jejaka? Tidak ada unsur berpegangan tangan
mahupun unsur yang akan menyebabkan zina.. tapi kenapa di panggil handphone
bermaksiat.? Apabila kita sangat perlu untuk menelefon berlainan jantina
atas perkara yang sangat penting itu di hukumkan sebagai “Harus”.. yang lebih
tepat,Harus berbual di antara lelaki dan perempuan (bukan mahram) melalui
telefon dengan syarat perbuatan itu tidak menimbulkan syalwat antara keduanya
ataupun salah seorang.. Namun di hukumkan”Haram” itu, apabila kita menggunakan
telefon sebagai alat perhubungan bagi lelaki dan perempuan semata-mata untuk
bercakap kosong atau bertanya khabar atas niat berkasih-kasihan,
bercinta-cintun..
Tentang suara, ulama berpendapat haram jika menimbulkan fitnah(menimbulkan rasa
syalwat/zina hati) bagi perempuan atau lelaki. Selalunya lelaki yang mudah
tertawan dengan suara yang merdu. Sebab itulah wanita perlu bercakap dengan
tegas, jangan diiringi dengan gelak ketawa, suara manja, senda gurau, yang
boleh menimbulkan masalah hati.
Gunalah handphone sebaik mungkin. Jangan jadikan handphone yang kita gunakan
itu sebagai medan dosa. Syaitan itu sentiasa menghasut anak adam.. Janjinya
pada Allah yang akan menghasut anak adam sehingga ke hari kiamat. Oleh itu,
kita yang perlu menjauhi akan perkara yang kita sedar perbuatan itu adalah di
murkai Allah..
Cintailah Allah 100%, serta kekasihnya Rasulullah SAW..
barulah kau tahu betapa indah cinta yang akan kau perolehi dari manusia oleh
kerana cintamu kerana Allah..insyaAllah...
2 comments:
nice one... moge terus melangkah walau kdg2 perit utk di teruskan .. allah sllu besama hamba2nya ..
Terima kasih mawar berduri atas kata2 semangat tu.. ukhwah fillah^^
Post a Comment