. »

Thursday, June 28, 2012

Cintaku tersasar





















Aku mungkin gadis ayu yang permalu
       Yang diam membisu pabila melihat kelibat jejaka
Mungkin sukar untuk hati ini membuka rasa cinta
       Dunia cinta tak pernah aku indamkan dikala waktu begini..

Namun siapa tahu
       Lelaki itu telah mengetuk hati ini
Kesilapaku diwaktu itu
      Aku melayan satu SMS yang tersilap dihantar kepadaku
Mula-mula aku dan dia hanya sebagai kawan..
       Takku sangka hati ini tertawan

Dia dan aku mula melayan rasa hati
    Aku pula mula menunggu kata-kata manis darinya
Takku sangka aku gadis ayu yang permalu sudah jatuh cinta
     Dunia ini ku rasa indah…

Dia memulakan langkahnya
    Meminta aku bercinta dengannya
aku sangat gembira,takku sangka dia juga mencintaiku
     Sudah lama aku menunggu kata-kata itu

Aku dan dia sekarang adalah pasangan kekasih
     dia menjadi milikku
Dan tiada siapa lagi yang dapat mengambilnya dariku

Aku dan dia sentiasa berhubung setiap masa
    Aku dan dia pasti takkan terlepas dengan SMS, call dan FB
Kredit setiap hari dibuang begitu sahaja
    Aku tak kisah ,kerana aku cintakan dia

Sebelum ini aku hanya SMS, call dan chat
   Tapi terasa rindu mahu melihat wajahnya
Aku mula 3G dengannya
   Mungkin mulanya aku 3G dengan memakai tudung
Namun lama-kelamaan,
    Aku mula membuka tudung,
Terasa mahu menunjukkan kecantikkan ini kepadanya

Aku juga mula berjumpa dengannya diluar
   Aku dengannya mengambil gambar bersama
Batasan aku dengannya dianggap biasa
   Tak apa la, setakat pegang sikit-sikit

Aku sangat bahagia apabila dia meletakkan status in relationship denganku
     Dan gambar yang ku ambil bersamanya
Ku upload dalam FB
    Aku bangga aku mempunya pak we




















Namun suatu hari,
    Aku tersedar dari lamunan ini
Sisa-sisa imanku berkata-kata
    Aku sedang melakukan dosa kepada Allah

Jika benar dia lelaki beriman,
    Kenapa dia mengajakku bercinta
Bukankah itu langkah pertama aku menghampiri zina?
    Aku sentiasa SMS, call,chat
Bukankah suaraku aurat?
    dan kata-kata manis itu adalah akan menimbulkan syalwat

 Dan aku bercantik-cantik semata-mata untuknya
    sedangkan dia bukan lelaki halal lagi untukku
Gambar aku yang di ambil bersamanya
    dan di upload di dalam FB
Bukankah itu menambahkan saham dosaku apabila orang melihatnya?

Tersedar aku dari lamunan ini..
     Ya Allah ampunilah aku
Aku telah melakukan dosa yang sangat banyak padamu
    Ya  Allah…
Ampunilah aku…ampunilah aku..ampunilah aku..



“Pintu taubat itu sentiasa terbuka, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Jangan takut untuk bertaubat dan jangan takut untuk berubah.. mengenai cinta, mungkin couple itu trend, trend yang menjadi ikutan dari barat.. kita sebagai orang Islam, jangan amalkan, tak usah nak mengikut perbuatan yang memang sah kita tahu haram. Dalam Islam telah menentapkan jalan-jalan yang betul untuk kita ikuti, pertama bertunang untuk kita mengenali dia dengan lebih dekat dan merancang ke gerbang perkahwinan. Jika dia tidak bersedia dengan semua ini, nampakkan dia mahu mengambil kesempatan kepada kita.. Wanita sangat mudah cair, walaupun sehebat mana wanita itu, sekeras mana pun dia, yang pasti hatinya tetap lembut.. wanita mesti kental hatinya.. ~Muslimat biar lembut zahirnya tapi kental dalamannya..
  
 
   P/S:. Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa pun..Peringatan untuk diri ini dan sahabat bersama…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...