salam ramadhan..
CH rindu kekasih hati ni iaitu bulan Ramadhan.. Alhamdulillah Sabtu 21hb Julai 2012 bersama 1 Ramadhan, bermulalah bulan barakah ini.. mesti semua orang menanti-nantikan kehadiran bulan Ramadhankan? Dan bulan Ramadhan juga digelar bulan al-Quran, kerana ulama’ akan membaca al-Quran sehingga beberapa kali khatam.
Al-Hafiz ibnu Rajab
al-Hanbali berkata dalam kitab Lathaif al-Ma'arif, "Seorang mukmin
menghadapi dua jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa di siang hari dan jihad
qiyam (solat sambil membaca al-Quran) di malam hari. Sesiapa yang melakukan
kedua-duanya dengan baik, ia akan menerima ganjaranya tanpa hisab."
Rabi bin Sulaiman bercerita,
“asy-Syafi’i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada
bulan yang lain sebanyak 30 kali..”
Subhanallah, kita setakat mana yer? Dalam sebulan bulan Ramadhan ni, khatam
sekali pun jadi la.. Ya Allah satu huruf ganjarannya cukup besar.. hadis shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini:
“Sesungguhnya Allah
mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW
menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya,
Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan
sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai
700 kali ganda banyaknya.”
Jadi, ketika
membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, iaitu alif lam
mim, kita akan memperolehi pahala puasa antara 3 x 10 = 30 sehingga 3 x 700 =
2.100.
Subhanallah.. semoga bulan barakah ini, kita
dapat la memperbayakkan bacaan al-Quran, sekurang-kurangnya sekali khatam serta
qiamulai di malamnya.. solat sunat tarawih hanya dapat dilaksanakan di bulan
Ramadhan, rugi la siapa yang tidak mengejarnya.. banyak bersedekah, sabar dalam
ujian Allah dan semoga pada tahun ni, diberi peluang menemui malam lailatulQadar.. insyaAllah.. ^^ salam Ramadhan, dan maaf segalanya.. dari CH sekeluarga..^^
p/s: CH mungkin
agak kurang men’update’ blog ni nanti.. sekarang tumpukan pada bulan Ramadhan..
kekasih hati yang memang tidak akan dilepaskan iaitu bulan Ramadhan..insyaAllah selamat menempuhi bulan Ramadhan semua..^^
2 comments:
sentiasa merindui bulan Ramadhan..InsyaAllah...sama2 kita melakukan yg terbaik
insyaAllah.. ^^
Post a Comment