. »

Saturday, July 14, 2012

Sukarnya melepaskan kau pergi~


CH agak sedih ni..  T__T
hati CH sedang merintih.. sob…sob..sob…
Sayang nak melepas dia.. tapi CH terpaksa lepaskan..
CH baru nak sayang dia, tapi nak buat camne,
CH terpaksa lepaskan dia pergi..

Terkenangkan  perkenalan CH dengan dia..
mula2 CH tak fikir untuk memiliki dia..
tapi selepas itu sungguh CH tertawan dengannya..
pastu apa lagi, CH cuba miliki dia..

Dapat miliki dia..
Suka sangat2.. Jaga dia sungguh2..
takut dia pergi tinggalkan CH..
Macam2 la peristiwa belaku..
dugaan berlaku..
Tapi CH tetap sayang dia..

Tapi banyak halangan untuk CH miliki dia..
Jadi CH buat keputusan untuk melepaskan dia pergi..
Pergi kepada orang yang lebih sesuai untuknya.. T__T

Syahdunya hati ini..
Sayang sebenarnya.. tapi ini untuk kebaikan diri ini juga..
semoga berbahagia la wahai…
Ikan CH yang tersayang dengan Tuan baru....T___T

Hee terima kasih kerana membaca luahan hati CH sehingga habis..
hehehe.. jika tertipu jangan marah..
sungguh CH sayang anak ikan CH tu..
umur dah nak masuk 4 bulan, ada 19 ekor
sebab sebelum CH bagi pada Tuan baru dia tu..
seekor mati..sepatutnya 20 ekor..

Semester depan CH lagi free tak ada ikan2 tu..
pengasuh tak ada, dia dah grad..
CH ni selalu pergi site sampai 3 hari..

jadi agak susah untuk membelanya lagi..
tak pe.. itu hobi jer..
yang lebih penting..
kita jaga sesuatu yang lebih berharga..

eh silap.. sangat-sangat berharga dalam hidup kita..

pesan CH.. jagalah orang yang tersayang

jaga hati dia, berusaha jadi yang terbaik untuknya..
terutama ibu dan ayah kita.. ^^
pulanglah wahai anak2 diperantauan..
ibu bapamu memerlukan kasih sayangmu..

eh macam iklan raya pulak..
tapi sungguh seorang insan bergelar ibu dan ayah..
mereka tak memerlukan wang pun dari kita..
tapi memerlukan kasih sayang kita..
tanya khabar pun dah buat mereka tersenyum..^^
jangan pentingkan sangat kerjaya kita..
luangkan masa setengah jam untuk menelefon mereka..

ingat sahabat.. suatu hari nanti..
kita pun akan jadi seperti mereka..
merindui anak2 yang sudah dewasa..
mahu melihat wajah anak2 yang disayangi
dilahirkan penuh rasa kasih
dengan kesakitan yang amat sangat..

buat sahabat..
jangan lupa doa dalam solat
di setiap waktu solat,untuk mereka...
ibu bapa adalah anugerah terindah..
sayangilah mereka.. ^^


ketika baru seminggu lebih.. kecik sangat.. ada lebih kurang 40 ekor ni..

ni mak ayah anak2 ikan tu..semua dah mati..sebab dah tua..


ni gambar kenangan last anak2 ikan CH.. umurnya 3 bulan..
masa ni tinggal ag 20 ekor ^^
ekor diorang dah mula ada warna..


sem depan jaga anak orang la pulak..hee mesti kecoh ada budak kat bilik CH..
ada berani nak jaga baby.. ^^ hee


^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^


10 comments:

renja hijo said...

sem depan,nak bela kambing..

Cahaya Hidupku said...

bagus SAYA.. untung byk tu..
dan meminum susu kambing tu sunnah..
CH pun terfikir juga nk bela..

renja hijo said...

ha,bagus..bole buat bisnes..nak jual ikan hari tu x jadik,kambing bole kot..

Cahaya Hidupku said...

hee ^^ kambing mesti jadi punye..
ikan tu makan kena kasi, kambing senang..
letak belakang umah y byk rmput..
dia lapar, dia makan..
senang hidup bedikari jer kmbing ni..

renja hijo said...

ha,kat ktho banyak rumput..baguih3..

Cahaya Hidupku said...

hee.. betul2.. boleh la bele sem depan..^^

Bulan Syurga Firdausi said...

yang hidup pasti mati kan..mm ayah saya dah tak de dr 10 tahun lepas..syukran peringatan untuk sy jgk bila bace..

Cahaya Hidupku said...

CH minta maaf jika post ni membuatkan Bulan Syurga Firdaus sedih yer.. doakan lah arwah ayah di sana.. sesungguhnya , doa anak soleh merupakan harta paling berharga buat ibu bapa kita, sama ada masih ada ataupun telah tiada.. ^^ jom kita sedekah al-fatihah buat semua saudara kita y telah tiada..

renja hijo said...

bela ikan baru lak.ikan emas sekor.senang nak jaga..hehe

Cahaya Hidupku said...

senang nak jaga? kenapa kata senang nak jaga? tak yah bagi makan ke..^^ hehe rindu ikan pulak..

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...