Salam
Ramadhan… Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menghirup udara yang
segar, dan hidup dengan pelbagai kemewahan, serta nikmat iman dan dapat bertemu
Ramadhan, sekarang ialah yang ke-12 Ramadhan.. maksud kemewahan yang CH
tuliskan tadi bukan banyak duit kaya raya, maksud CH kemewahan dari segi
kesemuan yang kita nak kita dapat..
Ada orang
tak setuju dengan statement CH.. emm ok ok jangan marah.. CH tahu tidak semua orang dapat apa yang mereka
nak.. emm CH pun sama, banyak benda CH tak dapat apa yang CH nak.. apa yer CH
nak CH tak dapat hee CH nak gi umrah nak gi bersujud di depan kaabah, tapi
masih tak dapat lagi.. tapi itu atas rezeki dan takdir Allah untuk mengangkat
kita ke sana..
Ok , di
sini CH mahu sampaikan tentang rezeki berkaitan harta dan kesenangan.. Mungkin
sahabat cakap sahabat orang susah, makan pun susah, bila mak ayah ada duit baru
dapat makan sedap, kalau tak , makan nasi dengan telur pun pernah.. betul ke
makan nasi dengan telur tu menyusahkan hidup atau orang susah? Heii sahabat..
CH pun orang susah jugak, makan apa yang ada jer..ok.. Kita tak susah kalau
boleh makan nasi dengan telur.. wah sedap tu, kenyang sangat-sangaaaaaat tu..
Nasi dengan telur tuuu… Cuba kita fikirkan saudara kita yang menderita
sekarang… di Rohingya, apa mereka makan? Apa yang mereka rasa sekarang? Diwajah
mereka ada senyuman dan ketawakah…??? Wahai sahabat, tahu tak? Mereka sedang
menderita.. sedang kelaparan, dan hidup ditemani air mata.. sesuap nasi mahupun sebiji beras mereka nak
jumpa pun susah.. ramai yang kebuluran..
Nasi
dengan telur tu masih tak bersyukur ke sahabat? Ala.. CH tak marah hee tapi
bagitau perkara yang benar.. sahabat,
semoga sedarlah bahawa saudara kita sekarang sedang ditindas.. dibunuh tanpa
henti, dianiaya, dizalami oleh kafir laknatullah.. Wanita, kanak-kanak dibunuh macam tu
jer.. Lagi menyayat hati dirogol didepan keluarga mereka, jika melawan mereka
akan dibunuh dikerat-kerat dan dicampakkan dihadapan keluarga mereka.. Ya Allah
tak boleh bayangan bagaimana terseksanya.. di zaman Rasulullah saw kaum yang
lemah ini Rasulullah tak bagi bunuh walaupun mereka dari kalangan musuh kita..
di sini isunya adalah kafir laknatullah, tak kira bayi baru lahir berumur satu
hari pun, pasti mereka bunuh, tiada belas kasihan, perilaku lebih buruk dari
binatang lebih keji dari syaitan..
Sahabat…
janganlah kita leka lagi.. leka dengan kesenangan yang kita ada, yang masih ada
ini.. kita tak tahu apakah takdir yang akan datang dikemudian hari.. saat kita
tertawa tiba-tiba saat itu kita menangis, sesal pun tidak guna lagi.. semoga
ada doa yang sahabat curahkan pada Allah untuk mendoakan saudara seIslam kita
yang dizalimi sekarang.. doalah sahabat, sesungguhnya doa pada bulan mulia ini
sentiasa dimakbulkan..
Pesanan CH..
Apabila
lepas solat doakan buat saudara kita yang ditindas ini.. apa-apa doa contoh la:
“Ya Allah selamatkanlah saudaraku yang ditindas tak kira di mana pun mereka..
hapuskan kafirlaknatullah”
"Ya Allah selamatkan saudaraku seIslam yang dizalimi"
jika mahu lebih elok, sebutlah nama negara saudara kita, “diRohingya, di Syria,
di Palestine”..
Yang kedua.. semasa kita berbuka puasa.. selepas menadah tangan baca doa
berbuka puasa, bacalah doa untuk saudara kita, cukup Allah makbulkan doa waktu
berbuka, waktu ini adalah waktu makbul doanya.. “Allah memakbulkan doa orang
teraniaya , doa orang-orang berpuasa..” .. kita semua sedang berpuasakan,
insyaAllah pasti Allah makbulkan..
Dan qiam
pada malam hari.. Solat sunat tahajud yang dilakukan pada waktu sepertiga
malam.. solat sunat tahajud dilakukan setelah kita tidur dan bangun semula pada
malamnya.. jika kita berjaga sampai waktu sepertiga malam, kita tak boleh
lakukan solat sunat tahajud, itu bukan namanya solat sunat tahajud.. solat sunat tahajud mesti
tidur seketika dan bangun semula pada malamnya.. solat sunat tahajud doanya mudah
termakbul, insyaAllah lebih-lebih lagi dibulan mulia, bulan Ramadhan ini doanya
sangat dimakbulkan.. solatlah solat sunat tahajud dan solat-solat sunat yang lain.. dan mungkin bagi yang tak tidur mungkin sibuk dengan mengaji
al-Quran, solatlah solat sunat yang lain seperti solat sunat taubat, solat sunat hajat,
solat sunat tasbih dan akhiri dengan solat sunat witir.. doa itu tetap diselitkan untuk
saudara kita yang dizalimi itu..
ketika
mengaji atau membaca al-Quran, sebelum membaca al-Quran niatkan sedekah untuk arwah keluarga kita, saudara kita dan saudara seIslam kita yang telah tiada dan doakan keselamatan orang Islam seluruh dunia..
Sabda
Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka
beliau bukan golongan mereka” (Hadith Riwayat al-Baihaqi)
semoga sahabat sedar dan mula mengambil berat hal saudara seIslam…
|
kanak perempuan yang comel.. semangat jihad yang tinggi dalam dirinya.. bila kita renung matanya, ada perasaan sedih dalam diri kanak-kanak ini.. mungkin perasaan itu disimpan rapi tiada siapa dapat rasakannya.. sayu sungguh CH tengok matanya.. :'( jika kita fikir adakah kanak-kanak ini masih hidup , atau telah syahid?
|
|
saudara kita yang syahid.. ini adalah gambar pejuang
dari Palestine.. kesemua gambar ini adalah gambar
saudara kita di Palestine
|
"Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dari kekejaman kafir laknatullah.."
p/s: salam Ramadhan.. semoga sahabat-sahabat mendapat barakah bulan mulia ini,
dan pasti bertemu malam lailatul Qadar.. amien…
No comments:
Post a Comment