Dia kakak aku, dia ialah abang aku dan dia adik aku..
Kau dan aku berada dalam rahim yang sama..Ayah yang sama..
Kita beraliran darah yang sama..
Namun apabila dewasa..
Hal dunia yang makin kau suka..
Harta ialah apa-apa yang kita miliki..
Mungkin kereta, tanah, rumah dan sebagainya..
Semua itu kadang kala boleh menggelapkan mata..
Sahabat..
Mungkin ayah dan ibu sudah tiada..
Tapi jangan jadikan harta itu sebagai rebutan..
Aku sedih.. kerana hal ini berlaku di sekelilingku..
Tak perlu aku cerita di sini..
Seorang anak yang licik!
Hampir ayahnya di jemput Allah..
Boleh dia mengambil cop jari ayahnya itu,
Untuk mengesah tanah itu di waris untuknya..
Mungkin harta ayah dan ibunya dia yang dapat..
Malah harta itu dengan berbesar hati dia jual..
Harta pusaka itu boleh dia jual..
Tapi aku tengok dia tetap miskin begitu..
Mana duit berpuluh-puluh ribu hasil jualan tanah itu?
Itulah harta yang akan membawa kita ke lembah neraka..
Yang menggelapkan hati ketika berada di dunia..
dan yang akan membawa kita ke neraka di akhirat kelat..
Anak-anak..
Harta apakah yang paling berharga?
Sebuah hadis:.
Harta yang paling berharga iaitu
Amalan kita, sedekah dan anak soleh..
Bolehkah amalan kita membawa kita ke syurga?
Boleh.. tetapi belum tentu amalan kita itu di terima Allah
belum pasti untuk kita melayakkan diri ke syurga Allah..
Mahu kau tahu bagaimana amalan yang akan berlimpat kali ganda pahalanya
Walaupun ketika itu kita sudah tiada di dunia..
Namun pahala itu masih lagi bertambah..?
Dengan ilmu yang kau sampaikan dan orang mengamalkan malahan dia pula
menyebarkan pada orang lain..dan kau akan dapat pahala berlipat-lipat kali ganda
Walaupun ketika itu kau sudah meninggalkan dunia ini..
Namun saham pahala itu tetap berjalan..
Sedekah itu pun, jika hati tidak ikhlas..
Tidak bermakna apa pun sedekah kita itu…
Tetapi jika dengan hanya sepuluh sen, jika ikhlas..
pasti pahalanya kau dapat..dan ia menjadi saksi untuk kau di sana kelat..
Anak soleh..
anak soleh ini.. adalah satu-satu harta yang sangat bernilai..
Dialah yang akan membawa kita ke syurga..
ingat.. anak yang jahat..
pasti kita akan di bawanya ke neraka..
Sahabat..Jika kau rasa diri kau tidak membawa untung untuk ibu bapa kau..
Belum terlambat untuk kau berubah..
Berubahlah sahabat.. semoga kau ialah permata kepada ibu bapa kau..
Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hamba-Nya..
Semoga kita adalah anak yang membawa ibu bapa kita ke syurga..InsyaALLah..
Doa anak soleh menyelamat kita dari seksa kubur..
Malah dia yang akan memudahkan kita untuk ke syurga Allah nanti..
Didiklah anak dengan baik..
bagi yang masih belum berkahwin..
Perbaiki diri..perbanyakkan amalan soleh..
dan perbanyakkan taubat..
Ingat!! Anak soleh datangnya dari ibu bapa yang soleh..
Belum terlambat untuk kau berubah..
semoga kau jadi anak yang soleh kepada ibu bapa kau..
dan setelah berkahwin.. menjadi ibu bapa yang soleh kepada anak-anak kau..
Dan anak-anak kau pula menjadi anak-anak soleh buatmu..
InsyaAllah.. amin…
p/s: semoga Ya Allah.. Kau jauhi aku, suamiku, anak-anakku, dan keluargaku dari sikap buruk ini.. jauhilah sikap tamakkan harta dunia.. amin ya Rabbal 'alamin..
Wassalam..
2 comments:
blh diumpamakan kisah ketamakan seorang yahudi dgn Nabi Allah Isa...kerana tamak semua rugi & mati kan..
betul tu.. byk kisah tamak harta ni.. last sekali tetap rugi, xpenah untung..
Post a Comment