Bicara cinta Allah , dan Rasulullah SAW.. serta cinta setelah Allah dan Rasulullah SAW..
Sunday, September 30, 2012
Cerita cinta lagi~
Salam
semua.. lama CH tak update blog ni kan.. hehe CH tak hilang, ada jer.. ni CH
kembali.. Dah September 2012 dah kan emm cepatnye, beberapa bulan ag dah masuk
tahun 2013.. CH sunyi menyepi bulan September ni, akhir2 September baru muncul
hehe..
“Wake me up when September end” pernah dengar lagu ni, dinyayikan oleh
kumpulan Green Day .. Ini adalah lagu cinta CH.. @_@ haaa??? Cinta CH hehe Yela
cinta CH dulu.. tajuk kali ni pun “cerita cinta lagi” ^^.. Masa tu nak SPM, nak
exam besar ni SPM… tapi CH main2 lagi.. tapi ada cinta yang kuat di sekolah CH
tu.. dia penyokong, dia teman setia, dia tempat mengadu, dia dia dia dia…
Terkenangkan
awak wahai cinta, ingat tak kita bersama dalam satu kelas, suka duka bersama,
jalan satu sekolah hehe, ponteng kelas PJK, duk Lab Komputer sehari suntuk
balas2 e-mail padahal awak duk tepi CH jer.. ^^ Bila loceng untuk rehat bunyi,
kita kejar2 ke kantin, kalah adik2 lari nak dapatkan makanan.. hehe time kelas
tambahan, makan keropok sama2.. ^^ colek pun ada, best tu..
“When
September End” kita masih lagi tak terburu-buru nak study untuk SPM tu.. “When
September End”, kita masih setia dengan cinta kita.. Indahnya bila kenangkan
balik cinta tu.. CH rindu sangat..
Alahai
cinta, sungguh terkenang diri ini akan cinta yang dulu.. ingat tak musim exam
SPM, masa tu semua duk asrama.. sebab takut banjir.. timbul la beberapa konflik
antara kita.. belajar pun tak sama.. macam2 dugaan cinta kita kan.. ^^tapi
lepas tu kita baik2 semula.. siapakah cinta itu..???
CH punye
group… PAH THE GENG.. ^^
Cik Ayu,
Cik Nah, Cik Lah, Cik Pa nilah cinta CH.. hehe sahabat zaman sekolah.. u all my
best friend for ever.. ^^
Tapi
sekarang semua dah berpisah membawa haluan masing2.. Universiti yg berbeza, kos yang berbeza..bila dengar lagu ni,
terkenang semua kenangan2 dulu.. Sahabat mungkin dulu kita suka main2.. dan CH
pun dah berbeza, CH tahu CH berbeza dari dulu, tapi hati CH tetap sama,
walaupun CH berpakaian seperti ustazah sekarang, kalu dulu biasa2 jer, tapi hati
CH tetap sayang korang macam dulu.. walaupun CH selalu dengar Nasyid, Qasidah
jer sekarang, tap lagu tema kita ni tetap CH dengar , sebab bila dengar lagu
ni,kenangan kita sama2 dulu datang balik dalam ingatan ni.. ^^ sahabat.. CH
sayang sangat kamu semua… saaaayyyaaannnggg saanngaaat!!!!!
SAHABAT
DUNIA DAN AKHIRAT..
p/s:
siapa kahwin dulu yer antara kita ni… ^^ hehe (NAH,LAH, FA, AYU)
Lagu tema PAH THE GENG.. “Wake me up when September end”..
Adik2 yg nak ambil exam tu jgn tunggu september baru nak study hehe ^^ jgn tiru CH yg dulu ni..
mencari cinta Ilahi..
~CH ni orangnye tak serius pun, suka gelak2, suka lukis2, suka duk umah,suka duk kampung..dan mudah mengatuk terutama bila cemas, makin cemas makin mengatuk..Zzzz.
“Ya Allah,janganlah Engkau hukum aku dgn sebab (pujian) yg mereka ucapkan,dan ampunilah aku dari (perbuatan dosa) yg tidak mereka ketahui (dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yg mereka sangka)”- (HR. Bukhari)
CH ni seperti kalian yang musafir di bumi Allah ini, mencari Cahaya Hidup untuk mendapat cinta Ilahi.. Jangan anggap CH ustazah, CH hanya pencinta ilmu yang suka untuk berkongsi ilmu sebagai ingatan untuk diri CH.. apabila CH makin jauh, CH datang ke sini dan membaca semula setiap penulisan CH.. jika boleh diambil pengajaran buat sahabat2 semua.. itu adalah kuasa Allah untuk gerakkan hati sahabat utk ke sini..
^^ Sahabat Kalendar Islam ialah Kalender Hijriah yang telah mantap pada saat Rasullulah SAW masih ada, bahkan bagindalah yang memperbaiki Kalender Arab Pra-Islam menjadi Kalender Hijriah. Sama-samalah kita memartabatkan kalender Islam~
InsyaAllah kita pasti akan di angkat ke sini.. Doa-doakan..
Masjid Ul-Haram
Jadikan tempat ini destinasi pelancongan anda yang pertama.. bkn Korea, bkn London tp Mekah..Impian CH yang pertama mahu ke sini.. InsyaAllah..
Doaku~
“Ya Allah.. Jika sesuatu itu adalah buruk buatku, jauhilah ia dariku.. dan jika sesuatu itu baik buatku, dekatlah ia denganku.. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam setiap langkahku, dalam setiap apa jua kerja yang aku lakukan setiap saat..
Jauhilah aku dari sikap buruk, pendedam, pendusta, mengumpat, memburuk-burukkan orang, mengfitnah, menganiaya orang, gilakan harta dan apa sahaja yang buruk yang Kau murkai..
Permudahkanlah aku Ya Allah segala urusanku dunia dan akhirat.. Makbulkanlah segala doa-doaku dan dia.. Jauhilah aku dan dia dari kelalaian dunia.. Panjangkanlah usia kami, semoga usia yang tersisa ini dimanfaat untuk Islam, Engkau permudahkanlah untukku dan dia diketemukan, dan satukanlah aku dan dia..
Jadikan ibu bapaku, keluargaku,dia dan aku Ya Allah salah seorang hamba-Mu yang soleh dan solehah yang ikhlas beribadat kepada-Mu.. amin, Ya Rabbal’almin..”
نور حياتي
“Allahumma sarkhirli zaujan solihan, yakhtibuni, wa yatazwwajubi, wayakunu sahibanli, fi dunya wal jannah.” “Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di syurgaMu.”
Puisi hati..
“Ya Allah.. jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu…
Ya Allah,Maha mendengar, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati, seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatilku padanya, agar tidak berpaling daripada hati-Mu..
Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”
Cinta..~
“Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..?
Ibnu al-Qayyim menjawab,
"CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU.”
Imam Syafie pula menjawab,
“… Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita …”
Buat penuntut ilmu~
Berkata Imam al Khatib semoga Allah Ta'ala merahmatinya :
“Hendaklah penuntut ilmu itu menjauhi bermain dan kerja yang sia-sia, silih berganti ketawa, terbahak-bahak, melakukan perkara-perkara ganjil dan selalu bergurau. Adapun ketawa yang sedikit adalah dibenarkan asalkan tidak keluar dari batasan adab dan tatacara menuntut ilmu. Dan banyak ketawa serta bergurau ini boleh mencacatkan kedudukan seseorang dan boleh menghilangkan maruahnya.”
Jangan terburu-buru~
'Amr bin al-'Ash (seorang sahabat Nabi SAW) berkata, "Seseorang hanya menuai penyesalan daripada sikap tergesa-gesa"
Dari hadis lain, Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Sahl bin Saad as-Sa'idi bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sikap bertenang adalah daripada Allah,dan sikap tergesa-gesa adalah daripada syaitan."
“Ya Allah, jauhilah diri ini dari sikap ini.. amin.."
Takdir~
Hadis Riwayat Muslim drp Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"maksudnya : jika engkau ditimpa sesuatu, jgnlah engkau berkata, "Andai aku berbuat begini, pasti tidak akan terjadi seperti ini" . Akan tetapi ucapkanlah, "semua ini telah ditentukan oleh Allah. Dia bebas melakukan kehendak-Nya". sesungguhnya kalimah "ANDAI" hanya akan membuka pintu syaitan.
4 comments:
ingatkan ngan sape la bencinta tadi
sahabat cinta yg takkan pernah putus
sampai syurga insyaAllah.. ^^
ukhwah fillah..
Salam CH. Cakap pasal cinta memang tak pernah ade titik noktah... Hehe kawan pun cinta hati. Saya setuju juge... :)
wsalam... Cinta utama dalam hidup kita..
cinta pada Allah yg kekal abadi..^^
Post a Comment