. »

Thursday, July 18, 2013

Ala period pada bulan Ramadhan.. T_T

Ala period pada bulan Ramadhan.. T_T (edisi khas wat wanita2)


“Ala… period pulak.. T_T selalu jer period hujung2 bulan Ramadhan,camne nak berpeluang utk dapat beribadah pada malam lailatul qadar.. Ala sedih la, dah la setahun sekali Ramadhan ni.. uhuk3 T_T”

Aku adalah wanita..

Keadaan macam ni sering berlakukan? Sedih tak terkata.. Ini buat org pumpuan jer, kaum lelaki tidak la.. huhu.. memang sedih sebab kita tak berpeluang mengutip semua ganjaran pahala yang Allah sediakan buat kita terutama sekali di bulan barakah ini iaitu bulan Ramadhan.. frust menunggeng pun ada.. CH ada jugak la terkena yang akhir ramadhan, memang agak sedih sebab tak dapat kejar malam lailatulqadar.. dah la setahun sekali  Ramadhan ni, tut  tut datang bulan.. lagi2 malam lailatulqadar hanya datang sekali jer dalam bulan ramadhan..

emm tp kita kena redha sebab itu semua ketentuan Allah.. Allah jadikan haid bagi wanita sebagai fitrah bukan penganiayaan.. jangan sesal dan berburuk sangka kepada Allah.. Allah tidak mungkin sengaja menurunkan iman wanita dengan mengtakdirkan haid.. memang wanita datang bulan ni selalu sakit, tak selesa, stress, nak marah2, xleh solat, xleh baca al-Quran, puasa pun tak boleh.. tapi itu semua bukanlah bermakna Allah tak sayang..

Ketika Aisyah menangis kerana haid pada saat  menunaikan haji, Rasulullah bertanya kepadanya “Adakah kamu haid Aisyah”.. Aisyah menjawab “ Benar”.. Rasulullah menerangkan:

“Sesungguhnya itu ketetapan Allah untuk puteri-puteri Adam” (direkod oleh Bukhari)


Haid itu salah satu fitrah bagi wanita sepertimana fitrah-fitrah lain seperti melahirkan anak, menyusu, nifas dan hamil. Redha pada takdir ketetapan Allah sebagai ibadah dan ikhlas kerana Allah.. Lebih dari itu, sikap menerima fitrah adalah redha dengan ketetapan Allah.. Jangan tak terima fitrah ni, itu namanya tak redha..


“Orang yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Rasul telah merasa manisnya iman” (direkod oleh Muslim)


Jadi…….. redha pada segala ketentuan Allah termasuk segala urusanmu.. ^^ sesungguhnya setiap ketetapan Allah pada hamba-Nya salah satu ujian nak tengok kita ni bersyukur tak bila Allah bagi ujian..

PERINGATAN: bagi wanita datang bulan itu bukan untuk bersenang-lenang tanpa melakukan apa2 ibadah kpd Allah, awak tu hanya tak boleh solat, puasa dan baca al-Quran serta sentuh Al-Quran jer.. itu jer yg tak boleh, yang lain seperti berzikir, baca doa bila terjaga sepertiga malam masih tetap boleh diteruskan walaupun tak dapat solat tahajjud, al-mathurat tiap2 pagi dan petang tetap jer boleh diteruskan, jangan jadi alasan datang bulan sebagai masa utk BERCUTI dari beribadah kpd Allah.. faham tu sahabat.. ini contoh buku buat sahabat2 rujuk, bagus buku ni tau, nipis jer dan harga pun berpatutan, harga dia RM10 ringgit kebawah jer, kaum lelaki pun perlu gak baca:
Siri Amalan Wanita Solehah.. xnak jadi solehah ke... ^^

Lagi satu, datang bulan tu tak yah la duk tayang makan depan2 orang, makan nyorok2 sudah.. dan jangan pulak tak makan, ustaz cakap boleh jatuh haram sebab tak nak batalkan puasa jika kita tau kita datang bulan pada masa tu.. emm walaupun sejam lagi nak berbuka tertiba kita datang bulan, wajib kita minum seteguk air pun jadi la, kalau nak makan kenyang satu pinggan pun boleh jugak hehe ^^ .. Salam Ramadhan..  Wasalam sayang..

.........................................................................................................................................................

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...