. »

Sunday, July 14, 2013

Seksa Kubur ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan,selawat serta salam pada junjungan Besar kita nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda..

Kita pun pasti akan merasai..

Kita selalu dengar ceramah ustaz  yang pada bulan Ramadhan terbukanya pintu syurga seluas2nya dan tertutupnya pintu neraka serapat2nya.. namun kali ini CH mahu kongsikan satu kisah yang dipetik dalam Kitab az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair, Ibnu Hajar yang menulis kisah ini, iaitu kisah seksa kubur.

Kisah ini adalah kisah Ibnu Hajar sendiri. Bermulanya kisahnya, Ibnu Hajar ini selalu ke kubur ayahnya, untuk membaca al-Quran disisi kubur ayahnya. Pada suatu pagi yang gelap selepas solat subuh iaitu pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir, dan kemungkinan pada malam itu adalah lailatulqadar. Tak ada sesiapa  pun selain dia dikawasan kubur tersebut.

Ketika dia duduk dan mula membaca ayat2 al-Quran, tiba-tiba dia terdengar suara rintihan yang mengejutkan “aah..aah… aahh..”  dan nadanya  sangat memilukan.. Suara tersebut datangnya dari kubur yang dibina dengan  batu dan simen, berwarna putih bersih.

Dia memberhentikan bacaan al-Quran dan mencari-cari mana datang suara tersebut. Ternyata datangnya suara tersebut dari kubur tersebut. Penghuninya sedang diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Dia sempat mendengar suara tersebut beberapa minit, dan apabila matahari mulai terbit suara itu menghilang.  



Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki melalui tempat itu, dia bertanyakan pada lelaki tersebut.. “Maaf tuan, ini kubur siapa?”.. Lelaki itu pun menjawab.. “kubur si Polan”. Nama yang disebut sangat dia kenali, dia pernah berjumpa denganya ketika kecil dahulu. Allahyarham sangat rajin datang ke masjid, sentiasa menjaga solat dan tidak banyak bercakap.

Dia sangat hairan kerana allahyarham sangat soleh tetapi kenapa dia mendengar suaranya merintih kerana diseksa didalam kubur. Dia bertanya kepada yang lebih mengenali allahyarham..  rupanya allahyarham seorang peniaga, dan ketika usia tua, dia mahu menambahkan sedikit harta kerana dia tidak merasa cukup dengan harta yang dimilikinya. Lalu syaitan membisikkan supaya dia melabur dalam riba supaya hartanya tidak berkurangan.

Ibnu Hajar berkata:

“ Itulah yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan pada malam lailatulqadar yang penuh rahmat”


p/s: CH Sharing dari buku “Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia”.. muhasabah diri kita semua.. doakan semoga kita menjadi hamba Allah yang terbaik, dan ramadhan ini adalah ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya, dan doakan juga pada yang sudah tiada supaya diberi kesejahteraan di alam sana. Wasalam sayang..


.........................................................................................................................................................

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...