. »

Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan~



Sanah helwah.. selamat hari lahir...

Semoga Ya Allah, diri ini diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hijrah 1434 nanti.. Sanah helwah.. 6 Ramadhan.... ^^ 

terima kasih buat ma, melahirkan diri ini dengan susah payah, bertarung nyawa.. mendidik, menjaga, menjadi guru terbaik diri ini sehingga diri ini dapat mengenal kebaikan dari keburukan.. yang paling diri ini takkan lupa apabila sampai tarikh ini,iaitu pengorbanan seorang ibu yang wajib gantikan puasa selama hampir satu bulan gara2 kelahiran diri ini.. Dah la selama sebulan tu bukan boleh makan makanan sedap2 pun , masa tu perlu berpantang, hanya boleh makan ikan bakar dan nasi jer.. Bila sampai tarikh ni, memang akan mengingatkan lagi segala pengorbanan ma buat diri ini.. semoga ma sentiasa dalam redha Allah.. dan sentiasa dalam jagaan Allah.. apa yang paling diri ini mahu, mahu melihat ma tersenyum bahagia.. ^^ semoga ma sentiasa bahagia..

Ya Allah ketemukan CH lagi dengan Ramadhan akan datang...amin...


p/s: sayang ma sangat2.. hehe semoga ma sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan umur yang panjang dengan dilimpahi usia dengan ibadah pada Allah.. amin...


Saturday, July 21, 2012

Kekasih hati yang takkan dilepaskan~


salam ramadhan..


CH rindu kekasih hati ni iaitu bulan Ramadhan.. Alhamdulillah Sabtu 21hb Julai 2012 bersama 1 Ramadhan, bermulalah bulan barakah ini.. mesti semua orang menanti-nantikan kehadiran bulan Ramadhankan? Dan bulan Ramadhan juga digelar bulan al-Quran, kerana ulama’ akan membaca al-Quran sehingga beberapa kali khatam.


Al-Hafiz ibnu Rajab al-Hanbali berkata dalam kitab Lathaif al-Ma'arif, "Seorang mukmin menghadapi dua jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa di siang hari dan jihad qiyam (solat sambil membaca al-Quran) di malam hari. Sesiapa yang melakukan kedua-duanya dengan baik, ia akan menerima ganjaranya tanpa hisab."

Rabi bin Sulaiman bercerita, “asy-Syafi’i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30 kali..” 

Subhanallah, kita setakat mana yer? Dalam sebulan bulan Ramadhan ni, khatam sekali pun jadi la.. Ya Allah satu huruf ganjarannya cukup besar..
 hadis shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini:


“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya.”

Jadi, ketika membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, iaitu alif lam mim, kita akan memperolehi pahala puasa antara 3 x 10 = 30 sehingga 3 x 700 = 2.100.

Subhanallah.. semoga bulan barakah ini, kita dapat la memperbayakkan bacaan al-Quran, sekurang-kurangnya sekali khatam serta qiamulai di malamnya.. solat sunat tarawih hanya dapat dilaksanakan di bulan Ramadhan, rugi la siapa yang tidak mengejarnya.. banyak bersedekah, sabar dalam ujian Allah dan semoga pada tahun ni, diberi peluang menemui malam lailatulQadar.. insyaAllah.. ^^ salam Ramadhan, dan maaf segalanya..  dari CH sekeluarga..^^



p/s: CH mungkin agak kurang men’update’ blog ni nanti.. sekarang tumpukan pada bulan Ramadhan.. kekasih hati yang memang tidak akan dilepaskan iaitu bulan Ramadhan..insyaAllah selamat menempuhi bulan Ramadhan semua..^^


Saturday, July 14, 2012

Sukarnya melepaskan kau pergi~


CH agak sedih ni..  T__T
hati CH sedang merintih.. sob…sob..sob…
Sayang nak melepas dia.. tapi CH terpaksa lepaskan..
CH baru nak sayang dia, tapi nak buat camne,
CH terpaksa lepaskan dia pergi..

Terkenangkan  perkenalan CH dengan dia..
mula2 CH tak fikir untuk memiliki dia..
tapi selepas itu sungguh CH tertawan dengannya..
pastu apa lagi, CH cuba miliki dia..

Dapat miliki dia..
Suka sangat2.. Jaga dia sungguh2..
takut dia pergi tinggalkan CH..
Macam2 la peristiwa belaku..
dugaan berlaku..
Tapi CH tetap sayang dia..

Tapi banyak halangan untuk CH miliki dia..
Jadi CH buat keputusan untuk melepaskan dia pergi..
Pergi kepada orang yang lebih sesuai untuknya.. T__T

Syahdunya hati ini..
Sayang sebenarnya.. tapi ini untuk kebaikan diri ini juga..
semoga berbahagia la wahai…
Ikan CH yang tersayang dengan Tuan baru....T___T

Hee terima kasih kerana membaca luahan hati CH sehingga habis..
hehehe.. jika tertipu jangan marah..
sungguh CH sayang anak ikan CH tu..
umur dah nak masuk 4 bulan, ada 19 ekor
sebab sebelum CH bagi pada Tuan baru dia tu..
seekor mati..sepatutnya 20 ekor..

Semester depan CH lagi free tak ada ikan2 tu..
pengasuh tak ada, dia dah grad..
CH ni selalu pergi site sampai 3 hari..

jadi agak susah untuk membelanya lagi..
tak pe.. itu hobi jer..
yang lebih penting..
kita jaga sesuatu yang lebih berharga..

eh silap.. sangat-sangat berharga dalam hidup kita..

pesan CH.. jagalah orang yang tersayang

jaga hati dia, berusaha jadi yang terbaik untuknya..
terutama ibu dan ayah kita.. ^^
pulanglah wahai anak2 diperantauan..
ibu bapamu memerlukan kasih sayangmu..

eh macam iklan raya pulak..
tapi sungguh seorang insan bergelar ibu dan ayah..
mereka tak memerlukan wang pun dari kita..
tapi memerlukan kasih sayang kita..
tanya khabar pun dah buat mereka tersenyum..^^
jangan pentingkan sangat kerjaya kita..
luangkan masa setengah jam untuk menelefon mereka..

ingat sahabat.. suatu hari nanti..
kita pun akan jadi seperti mereka..
merindui anak2 yang sudah dewasa..
mahu melihat wajah anak2 yang disayangi
dilahirkan penuh rasa kasih
dengan kesakitan yang amat sangat..

buat sahabat..
jangan lupa doa dalam solat
di setiap waktu solat,untuk mereka...
ibu bapa adalah anugerah terindah..
sayangilah mereka.. ^^


ketika baru seminggu lebih.. kecik sangat.. ada lebih kurang 40 ekor ni..

ni mak ayah anak2 ikan tu..semua dah mati..sebab dah tua..


ni gambar kenangan last anak2 ikan CH.. umurnya 3 bulan..
masa ni tinggal ag 20 ekor ^^
ekor diorang dah mula ada warna..


sem depan jaga anak orang la pulak..hee mesti kecoh ada budak kat bilik CH..
ada berani nak jaga baby.. ^^ hee


^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^


Friday, July 13, 2012

Kenapa aku berpurdah?

InsyaAllah.. semoga dipermudahkan...
Kali ni CH nak kongsikan mengenai niqab atau purdah.. Sahabat2 bacalah kisah ini, moga-moga faham mesej yang disampaikan tentang “kenapa wanita berpurdah”.

.........................................................................................................................................................................................................

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”. Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.

“Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla~” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.

“erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. “Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?“

“MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe.” Aishah bergurau. “Ade2 je la Aishah ni." Aqilah bersuara malu. “Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh..” Aishah mengembalikan perbincangan. “Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."

“Eh salah ke? astaghfirullahalazim~” kerisauan Aqilah jelas terpancar.  "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.

“Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~” Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.

“Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita.” Hurai Aishah.

“Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali bertanya. “Tak jugak~” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.

“Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan. “Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?” Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah.” Aishah menjawab. “Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw…takkan la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.

Aishah ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”.  “title” ahli syurga? apa die?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka)” jawab Aishah.

“Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin tahu. “Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep.” Aishah tenang menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh “share” dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?” Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan  yang sentiasa dibawakan bersama. “Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] .

“Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu." Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. “Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ” pinta Aishah.

“Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]

 "Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.

“Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. “Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.

“Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau ape2 pun Aishah tak kesah,  sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah.

“Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~” Aqilah memberi azam. “Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah mengambil hati. “hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu. “Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian.

“Haaaa…”lurus” yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah mengagumi Aishah.

“Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni “lurus” la eh?” Aishah bergurau. “Eh? Buleh jugak kot~ haha” spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih~” Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, “Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.


“Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe…jom Aishah~” Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.




p/s: CH= Niatkan dalam hati  "Aku pasti berniqab.." 


Sumber:http://asrulhadiabdulrahman.blogspot.com/2011/01/kenapa-pakai-purdah.html


.........................................................................................................................................................

Thursday, July 12, 2012

Jauhi aku dan saudara SeIslamku dari perkara ini..
























Jauhi aku dan saudara SeIslamku dari perkara ini..

“Akhir zaman.. Yang Islam akan keluar Islam
Yang bukan Islam ramai pula yang memeluk Islam..
Rugilah mereka.. Mereka itu tergolong sebagai orang MURTAD..
Dan nerakalah tempat mereka,dan mereka kekal di dalamnya”

Mungkin perkara Murtad ini dah basi dan dah lama..
Tapi bagi yang tak sedar perkara ini.. sedarlah..
SeIslam denganmu sekarang sedang dilanda ancaman murtad..

Rasulullah SAW berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak Nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?” “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”  Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah?”  Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”  Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

“Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..”

Ini adalah petikan dari pembacaan satu artikal di dalam FB.. (maaf tak de linknya..)
Jika kita tengok, pesan Rasulullah itu dan Kata-kata Iman Al-Ghazali itu benar..
Islam semakin tumbang.. Kenapa? Kerana akidah kita..

Akidah bermaksud pegangan..
akidah yang berpegang teguh pada kalam ALLAH dan sunnah Rasulullah SAW
dan perkara yang dibawa oleh para sahabat..

“kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.”

Sekarang ramai yang murtad..Nauzubillah.. Macam mana ini berlaku?
Kerana Akidah kita.. Kafir laknatullah itu sekarang menggunakan strategi secara halus..
Secara halus? Ya secara halus.. Mereka membawa fahaman kepada kita secara halus..
Kita mungkin tak sedar.. Rancangan TV sekarang orang Melayu Islam yang buat..
Tapi unsur yang dibawa seperti unsur kafir laknatullah yang buat..
Apa dia? Adegan rempit, cium, peluk seperti menonton filem kafir laknatullah..Nauzubillah..

Itu baru bercakap tentang Filem Malaysia yang dikafirkan..
Masyarakat kita pula macam mana?
Mungkin kita tak sedar, budaya yang kita lakukan..
Jelas artikel di atas:.

“Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.”

Masalah social dikalangan remaja.. Itu biasa, tapi jangan anggap ia biasa..
kerana  masalah ini satu ancaman.. Remaja generasi pembawa Islam..
Jika Islam yang di bawa, maka pasti Islamlah yang akan terbentuk pada masa hadapan..
Mungki bagi remaja budaya couple itu biasa, tapi sebenar budaya couple itu datangnya dari kafir laknatullah..Mungkin mereka biasa aje, nak pegang tangan, cium sini, cium situ, itu biasa bagi diorang kerana diorang tidak punya agama.. Jangan jadikan budaya mereka sebagai pegangan, sebab itulah akidah kita rapuh, kerana kita sudah menganggap hal yang kafir laknatullah bawa itu biasa..
Biasa lama-lama terbiasa, dan diri makin jauh dari Allah dan perkara seperti murtad ini yang kita tak nak dengar..

“Murtad itu samalah seperti orang kafir laknatullah.. Dia akan kekal di dalam api neraka”

Kekal dalam api neraka,nauzubillah… Semoga kita di jauhi dari perkara ini..

“Syaitan akan menghasut anak adam,cucu dan cicit anak adam sehingga hari kiamat….”


Kita cuba tanya diri kita, adakah kita dekat dengan Allah.. CH tak tanya akidah tau, CH tanya adakah kita dekat dengan Allah selama ini..? Check diri.. Solat terjaga ke? Al-Quran dalam sehari sepotong ayat baca tak.. Amalan jaga ke? Cuba kita check.. Jika kita jauh dari Allah, cuba fikir, kita ni Islam, jika tak solat sama ajelah dengan kafir laknatulah tu.. Cuma kita Islam dalam IC.. Jangan macam tu..“solat itu tiang agama” … jika tak solat, pasti senanglah syaitan itu untuk memasuki hati kita.. Solat yang kusyuk membawa Iman yang mantap.. Solat berjemaah lagi baik, kusyuk itu lagi hadir.. dan pahalanya 27 kali.. berbeza solat seorang yang hanya 1 pahala..

Menyetuh isu pemerintah..
CH sentuh isu ini bukan kerana mahu sentuh isu politik tau.
Kisah orang buta dan orang kudung boleh jadi tauladan..
Sahabat, zaman Rasulullah SAW, sangat-sangat menentang pemerintah kaum Quraisy..
Rasulullah sangup berperang ketika itu kerana Islam.. Rasulullah nak bawa Islam, dan nak memerintah , pemerintahan yang akan membentuk negara itu.. Pemerintahan berlandaskan Islam pasti Islam yang kan dibentuk, segalanya akan membentuk menjadi Islam apabila pemerintahan berlandaskan Islam.. Sistem pemerintahan seperti peraturan, hukuman akan berlandaskan Islam.. Jika kita pernah dengar, hukum hudud, ramai yang menentang, sedangkan itu hukum Allah, kenapa, kerana pemerintahan kita itu yang menetang.. Kita boleh lihat dengan jelas. Tak perlu butakan mata seperti orang buta itu.. Islam bukan Melayu tau, pemerintahan yang membawa Islam, CH tak cakap dia tu pemerintah beragama Islam.. Islam yang dia bawa,segalanya, dari sistem pemerintahan dan peraturan negara..adakah dia bawa Islam? Pemerintahan kerajaan kita sekarang bawa Islam ke? Ce fikir, jangan butakan fikiran..

CH bercakap bukan atas dasar politik, tapi kebenaran.. Rasulullah SAW pun mempunyai pelbagai rakyat yang beragama berbeza, tapi Rasulullah SAW tetap melakukan hukuman Allah ini, hukum hudud. Kita buat berdasarkan Islam, orang bukan Islam akan dihukum ikut agamanya.. Tak perlu risau akan negara kita yang berbilang kaum, bukan alasan negara berbilang kaum untuk tidak laksanakan hudud.. Agama lain hukum ikut agamanya , kita hukum ikut agama kita Islam  iaitu hukum hudud.. ce fikir, kalaulah kerana berbilang kaum ye la 1 Malaysia, tapi suruhlah orang bukan Islam tu solat juga, kan kita negara Islam.. Betul?  Tapi diorang sembayang cara dia, kita solat dengan Allah yang Esa.. Faham? Begitu juga hukuman ini, kenapa kerajaan menentang hukuman hudud, kita buat untuk orang Islam, orang bukan Islam ikut hukuman agama mereka.. hukum hudud akan dilaksanakan untuk orang Islam.. itu hukum Allah , hukum Islam untuk bawa orang Islam pada landasan Islam.. ce fahamlah sahabat..  pe nak susah, berbilang kaum bukan alasankan..

Masalah murtad ini pasti takkan berlaku jika kita betul2 ikut ajaran Islam ini.. Dari segala segi, yang penting sekarang pemerintahan negara kita.. Jikalah pemerintahan tak bawa Islam, mana lagi kita nak pegang, pasti negara hirup piruk.. Ce fikir..

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu jadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, iaitu di antara orang-orang yang telah di beri kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.”  Al-Ma’idah ayat 57..

Maksud ayat ini jelas, jangan jadikan pemimpin yang menjadikan agama kita sebagai bahan ejekan, seperti masalah kita sekarang yang tak nak hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, mempermainkan hukum Allah kan.. Ejek agama Allah kan tu? Ce faham.. jangan butakan hati.. Duit, pembangunan tak penting , itu yang membutakan mata hati sebenarnya, pembangunan, duit penyebab manusia makin jauh dengan Allah.. Paling penting, bangunkan insan dalam diri (terap nilai Islam, faham Islam dalam diri setiap insan) baru la fikir pembangunan negara.. Akidah kita berpegang pada kalam Allah dan sunnah Rasulullah SAW..  Kalam Allah ada menyatakan macam ini, tak nak percaya lagi ke?

Maaf jika rasa kata-kata CH ini berunsur politik..
Maaf.. CH tak ada niat..
CH mahu sedarkan seagama dengan CH..
Semoga sahabat bukalah hati, jangan butakan hati..^^


Tuesday, July 10, 2012

Cinta Rasulullah s.a.w.. Perang Uhud


Cinta Rasulullah s.a.w. …Perang Uhud
Sirah Nabi yang membuatkan aku menitis air mata..

Perang Uhud itu berlaku di bukit Uhud..
Berlaku pada 6  Syawal tahun ke-3 hijrah..
Atas tidak puas hati kaum musyrikin Mekah
terhadap kekalahan mereka dalam perang Badar..
Dan kematian  pemimpin musyrikin..
Kerana rasa dendam itu,
tercetus perang Uhud ini..

Ikrimah bin abu Jahal, Sufwan bin Umaiyyah, dan Abu Sufian bin Harb
merupakan orang yang aktif menyiapkan persiapan untuk berperang.
Dengan mengumpul harta,dari kabilah yang dipimpinnya.
Pemilik harta yang menyerahkan hartanya
ada Allah berfirman maksudnya:


“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, menafkahkan harta
mereka untuk menghalangi jalan Allah, mereka akan menafkahkan
harta itu, kemudiaan menjadi penyesalan bagi mereka ,
dan ,mereka akan dikalahkan, dan ke dalam neraka Jahanamlah
orang-orang kafir itu dikumpulkan, supaya Allah memisahkan
golongan yang buruk dari yang baik, dan menjadikan
golongan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian
yang lain , lalu kesemuanya ditumpahkannya, dan
dimasukkannya ke dalam neraka Jahannam, mereka itulah
orang-orang yangrugi.”
(Surah al-Anfal:Ayat 36-37)

Dalam masa setahun,
sejumlah 3000 bala tentera yang lengkap bersenjata
dan bekalan telah berjaya dikumpulkan.

Tahukah kamu..
Kelengkapan dalam peperangan itu?
3000 ekor unta, 200 ekor kuda, 700 baju rantai
serta disertai dengan 15 orang wanita sebagai penyokong..masyaAllah..
Abu Sufian bin Harb dilantik sebagai panglima tertinggi dalam peperangan ini.
Mereka bertolak ke Madinah.

Rasulullah s.a.w diberitahu oleh utusan dengan sepucuk surat.
Rasulullah s.a.w berada di masjid Kuba, surat itu dibaca oleh Ubay bin Ka’ab.
Bermula syura
Kerana kasihnya Nabi kepada rakyat madinah..
Perang ini dilakukan dikawasan jauh dari kawasan berpendudukan
iaitu kawasan bukit..

Tentera Islam pada awalnya ialah 1000 orang..
Dalam perjalanan untuk ke bukit Uhud..
seramai 300 orang munafik iaitu yang diketua oleh Abdullah bin Ubai bin Salul
telah keluar dari barisan perang..
Mereka ini pengecut yang lari dari bersama-sama
berperang..

Dalam perang ini,tentera Islam pada awalnya telah berjaya
tetapi atas sebab sikap sesetengah tentera Islam
iaitu tentera pemanah yang berada di bukit Uhud..
yang tidak mendengar arahan Nabi
yang turun dari bukit Uhud
untuk mengambil harta tentera musyirikin yang di tinggalkan..

Apabila melihat keadaan itu,
tentera musyirikin telah patah balik dan
telah menyerang mereka dari belakang bukit Uhud..
ramai yang syahid..
ketika itu..
Syaidina Hamzah iaitu bapa sudara Rasulullah s.a.w.
telah di bunuh dengan tombak oleh Wahsyi
Wahsyi bin Harb membunuh syaidana Hamzah kerana mahu membalas dendam
atas kematian saudara-saudaranya dalam perang Badar..
Syahidlah syadina Hamzah..
Malahan 70 orang tentera Islam yang lain turut Syahid..

Dalam keadaan itu..
tentera musyrikin telah menyerang Rasulullah s.a.w.
seorang srikandi sanggup mempertahankan dirinya
sebagai benteng pertahanan kepada Rasulullah
betapa kita sebagai kaum hawa boleh mengambil iktibar dari kisahnya
Wanita yang sangat berani dalam menegakkan Islam..
Ketika dalam pengelukkan itu,
Rasulullah telah terkena pisau di pipi baginda..
ketika itu, sahabat Nabi sanggup mengigit pisau itu
untuk membuang pisau itu dari pipi Rasulullah..
Subhanallah..betapa kasih sahabat-sahabat Rasulullah kepada baginda..
Ketika ini juga..
berlaku sesuatu yang menyayat hati..
Apabila semua tentera yang telah syahid itu
telah dicincang oleh tentera musyirikin itu..
Dan ada wanita Quraisy mahu mengambil
jantung Syaidina Hamzah untuk dimakan
Namun Allah tidak meredhai..dan dia tidak dapat lakukan..
mereka juga mengambil anggota badan tentera Islam
seperti telinga dijadikan anting-anting.. subhanallah…

di sini..
sungguh banyak peristiwa menyayat hati..
pernahkah kalian terfikir akan nikmat Islam ini?
Jika bukan Rasulullah SAW dan sahabat baginda
pasti kita tidak akan merasa nikmat ini..
Bersyukurlah sahabat..
Kita punya Rasulullah yang sangat begitu bersungguh-sungguh
dalam mempertahankan Islam..
Rasulullah dan sahabat baginda tidak pernah mengenal erti putus asa..
Syaidina Umar sangat menyintai syahid..

Sahabat..
Pernahkah kalian terfikir untuk merasa syahid itu?
Jika kita takut akan mati..
sememangnya kita tidak mahu peperangan itu..
tetapi tengoklah dunia sekarang..
tengoklah Palestine negara yang Allah sebutkan dalam al-Quran
negara yang mulia..
Musuh Islam sedang memerangi mereka..
Kita bersyukur kerana negara kita aman..
tetapi pasti suatu hari nanti keamanan ini tidak akan kekal..
musuh Islam itu mahu hapuskan Islam secara halus..
Cuma kita tidak sedar..

Sahabat..
Kita tidak mahu peperangan itu..
tetapi sekarang dunia itu berbeza..
semakin banyak penghinaan keatas Islam..
malahan ada sesetengah orang Islam sendiri membenci Islam..

Sahabat..
Jika kita diberi peluang untuk berjuang untuk Islam
berjuanglah bersungguh-sungguh..
Letakkan dalam hati “aku mahu syahid” “aku mahu syurga Allah”..

Sahabat..
senang sahaja untuk tidak merasa gentar untuk mati..
iaitu meletakkan dalam hati
Aku tidak takut mati..
mati itu pasti..
dan sakaratul maut itu tetap sakit iaitu seperti 360 tikaman pedang..
baik mati syahid kerana Islam dari mati tanpa erti..
generasi Islam…bangkitlah…
kau ialah generasi harapan untuk Islam..
Darahku mengalir untuk Islam..
dan aku sanggup mati untuk tegakkan Islam..

Allahuakbar… Allahuakbar….. Allahuakbar
……

Pesanan dari CH buat sahabat tercinta:
 di Myanmar, Syria telah berlaku pembunuhan ke atas orang Islam.. malahan juga di Thailand..
adakah kita sebagai orang Islam hanya mahu berdiam diri?
sesungguhnya kita bersaudara..
Sungguh sedih saudara kita dilayan begitu..
sedarlah sahabat, bangkitlah…
Islam bukan untuk dihina…
semoga kebenaran itu akan tertegak buat Islam suatu hari nanti..

.........................................................................................................................................................

Thursday, July 5, 2012

Perjuangan tanpa henti


Sheikh Bediuzzaman Sa'id Nursi..

wajah Sa'id Nursi, seorang yang sangat tegas dalam perjuangannya

Kata-kata Sa'id Nursi yang CH sangat suka.. boleh menjadi semangat kepada pejuang-pejuang Islam..^^

"Puji-pujian bagi Allah Maha Tinggi.. Saya sanggup mengorbankan kebahagian saya demi keselamatan IMAN masyarakat. Saya tidak inginkan Syurga atau pun takutkan neraka. Semoga seribu Sa'id Nursi dikorbankan untuk memelihara keimanan negara. Syurga akan menjadi penjara bagi saya andainya sudah tidak ada lagi orang-orang yang beriman kepada al-Quran. Sebaliknya, saya merasa senang dan puas walaupun jasad saya sedang dibakar api oleh neraka, apabila saya tahu keimanan negara masih terpelihara.."




Sayyid Qutb 
Wajah Sayyid Qutb.. tenang wajahnya,walaupun dalam tahanan..

Sayyid Qutb sebelum digantung mati kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:

“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”



............................................................................................................................................................................................................

Ini kata-kata Ulama' yang cukup mantap dalam perjuangan.. mereka ini dalam hidupnya hanya memikirkan masalah ummah.. fikirkan tentang Islam, memperjuangkan Islam habis-habisan, dikeji, dicaci, malahan hampir dibunuh, mereka(ulama') masih teguh dengan perjuangan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Sa'id Nursi pernah dihukum penjara, selama puluh-puluhan tahun, tetapi walaupun dia berada dalam penjara, dia tetap menyebarkan dakwahnya semasa dalam penjara, sehingga banduan di dalam penjara sedar dan insaf. Sehingga begitu sekali perjuangan dakwahnya, di mana letaknya Sa'id Nursi dakwahnya tetap disebarkan..

Banyaklah tentangan terhadap Sa'id Nursi, ketika zamannya, di Turki, berlaku pemodenan, zaman ini budaya barat mula memasuki Turki, Sa'id Nursi habis-habisan menentangnya dengan penulisannya iaitu risalah An-Nur, risalah An-Nur yang ditulis Sa'id Nursi dikatakan menentang kerajaan, menyebabkan Sa'id Nursi diancam, dan dimasukkan ke dalam penjara akibat hal ini, lama Sa'id Nursi di dalam penjara, hampir puluh-puluhan tahun. Namun selepas itu, kesnya dibicarakan semula dan menunjukkan tiada bukti membuktikan yang risalah An-Nur Sa'id Nursi itu mengandungi unsur politik, dan Sa'id Nursi dibebaskan dari hukuman penjara. Tetapi hidup Sa'id Nursi selepas itu tetap seperti dalam penjara, ada sahaja orang yang mengintipnya, malahan ada yang cuba menembaknya dari belakang. betapa menderita hidupnya, tetapi Sa'id Nursi tetap meneruskan penulisan risalah An-Nurnya itu sehingga siap. kerana risalah itu, Islam masih ada di negara itu. Risalahnya itu menyebabkan ramai yang faham akan Islam.. cukup indah karangan risalah An-Nur, CH ada membacanya, walaupun tidak kesemua isi risalah An-Nur.

Sungguh sedih kisah Sa'id Nursi ini, apabila Sa'id Nursi meninggal, pemerintahan negaranya terus meluaskan penyebaran budaya barat itu. Malahan kerana pemerintah itu terlalu marah dengan Sa'id Nursi, kerana ketika Sa'id Nursi hidup, dia tidak dapat melaksanakan budaya barat itu. mereka sepakat mengali kubur Sa'id Nursi disaksikan oleh adik Sa'id Nursi(subhanallah CH lupa nama adiknya itu)..dan mayat Sa'id Nursi dibawa dengan kapal terbang ditanam di suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.. semoga mujahid ini aman di sana, hanya Allah sahaja yang tahu betapa besar pengorbanan mereka terhadap Islam.

Ulama'-ulama' kebanyakkan tidak sempat berkahwin.. betapa mereka ini hanya mahu Islam itu tertegak dengan baiknya di bumi Allah ini sehingga tidak sempat memikirkan kebahagian diri mereka sendiri.. seperti yang Said Nursi katakan, dia sanggup korbankan kebahagian dirinya demi Islam. Walaupun Sa'id Nursi tidak berkahwin tetapi Sa'id Nursi sangat menghormati kaum hawa, jika Sa'id Nursi terserempat dengan wanita, pasti Sa'id Nursi akan tunduk pandangannya, cukup Sa'id Nursi menjaga pandangan.. pernah seseorang bertanyakan hal ini, mengapa Sa'id Nursi tidak berkahwin, jawapan yang diberikan,Sa'id Nursi bukan tidak mahu berkahwin tetapi dia tidak mahu menjadi seorang suami yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab, kerana sibuk dengan perjuangan..

Jika sahabat-sahabat baca kisah mereka, sahabat pasti sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. tanpa pergorbanan mereka itu mungkin kita tidak akan merasa keindahan Islam hari ini, bersyukurlah sahabat. CH tak dapat nak ceritakan mengenai Sayyid Qutb dengan lebih detail, kerana CH tidak sempat mencari buku kisah hidupnya..

Terima kasih buat sahabat CH, kerana memberi pijam buku tentang Sa'id Nursi kepada CH.. Cuba la sahabat baca, sungguh CH telah jatuh cinta akan buku-buku seperti ini.. tinggallah Novel, tinggallah sesuatu buku yang melalaikan, cubalah cari buku yang memberi kita kesedaran tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat baginda..



CH cadangkan buku-buku ni:



InsyaAllah CH tengah mencari buku ni..
Buku CH baca tu sama macam ni,
cuma penulisan dalam bahasa Melayu..
Maaf, CH tak dapat cari gambar buku tu
dalam internet.. tapi sahabat cuba la cari.


banyak buku-buku ulama', mungkin sahabat boleh cari.. bacalah buku yang mengingatkan kita kepada perjuangan Islam supaya kita sedar betapa pentingnya berjuang menegakkan Islam di bumi Allah ini.. ^^ dan selepas ni boleh la cuba-cuba belajar kitab pula..


p/s: Ok sahabat CH tinggalkan sahabat dengan kata-kata ini.. renungkan..

 "Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di bumi kamu..."

~Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna

.........................................................................................................................................................

Wednesday, July 4, 2012

Pandai Memasak Juga Sunnah




Umum diketahui Saidatina Khadijah r.a. pandai memasak dan menguruskan suaminya, Rasulullah SAW. Begitu juga Saidatina Aisyah r.a. Jadi, dengan kata lain, jika nak jadi wanita yang solehah, memasak itu perlu tahu samada asas atau expert dalam menguruskan rumahtangga. Namun dicatatkan juga dalam sirah, Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur. Jika Nabi SAW tidak pandai memasak, mustahil Nabi SAW mampu membantu isterinya. Nabi SAW biasa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah. Mustahil Nabi SAW menyusahkan orang lain dengan pekertinya yang mulia. Jadi, tidak mustahil Nabi SAW pandai memasak. Secara logiknya begitulah. 

Rasulullah SAW juga manusia biasa, namun bukan suami biasa.

Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW. Kalau kita, tentu dah hangin atau hilang sabar, mengeluh-ngeluh, bercakap tentang duit dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan dapur Rasulullah SAW.

Tapi, bahan-bahan di dapur Rasulullah SAW tidak se'mewah' bahan-bahan masakan seperti di dapur kita. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa di rumah Rasulullah SAW pernah tidak dinyalakan api untuk memasak makanan selama tiga bulan. Kemudian, hingga wafat Rasulullah SAW tidak pernah kenyang memakan roti dan minyak dua kali dalam sehari. Manakala makanan-makanan asasi rumahtangga Rasulullah SAW, Aisyah r.a. mengatakan, "Dua bahan makanan, iaitu air dan kurma, di samping ada seorang tetangga Rasulullah dari kaum Ansar yang memiliki binatang perahan. Mereka selalu memberi susu dan kami meminumnya."

Moral:

Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri. Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

kerdit by: Rusydee art

p/s: sungguh mulia Rasulullah s.a.w dengan sikap zuhudnya(sederhana).. kena pandai masak la.. tak kira laki ke pempuan, tapi pempuan memang WAJIB kena pandai masak, nama lagi pempuan , rugi pempuan tak pandai masak hehe.. ^^ CH pun dalam proses belajar memasak.. yela, tak sempat nak masak sendiri, duk universiti ni makan kat kedai, tak gitu.. CH nak pastikan suami dan anak-anak makan masakkan CH jer.. ^^ supaya tahap kebersihan dan keberkatan tu ada pada makanan kita masak, kat kedai mereka tak kisah sangat semua ni.. makanan terbaik adalah masakkan yang disertai dengan zikir dan kasih sayang seorang isteri.. ^^ ape tunggu lagi, belajar masak bagi yang tak pandai masak..CH akan pastikan masakkan CH la paling terbaik di dunia dari segi rasa, kesedapan dan keberkatan masakkan tu hehe...

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...