. »

Saturday, June 30, 2012

Cinta ulama’ yang cukup indah..


Bersama Al-Imam Al-Hafiz Al-Mutafannin Al-Jihbiz Amirul Mukminin Fil Hadith Syaikhul Islam Syihabuddin Ahmad bin Ali as-syahir bi Ibni Hajar Al-Asqalani As-Syafiie Al-Asy'ari hafizahullah ta'ala pengarang kitab masyhur Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari.. 

||Sedikit kisah cinta Al-Imam yang jarang-jarang kita dengar ;)||

Syahadan, srikandi itu telah sekian lama begitu sabar mendampingi Al-Imam mengarang kitab Fathul Bari dalam kurun waktu seperempat abad. Wanita ini bukan termasuk insan yang dikenal. Tidak juga tercatat sebagai orang-orang masyhur. Tetapi dia hidup di dalam lingkungan ulama dan bangsawan terkenal di zamannya.

Ya, beliau adalah Al-Muhaddithah Syaikhah Uns binti Abdul Karim rahimahallah. Puteri bangsawan Mesir. Puteri keluarga terpandang di Mesir. Ayahnya adalah orang sangat terpandang di seluruh Mesir. Ibunya yang bernama Sarah binti Nasruddin juga orang yang sangat terkenal. Sebahagian keluarganya juga merupakan ulama terpandang. Lengkaplah sudah bahwa Uns hidup di kalangan orang berada yang dikawal dan penuh dengan kesenangan.

Mesir menjadi tempat kelahirannya. Tahun 780 H tepatnya. Kehidupannya sejak kecil seperti kehidupan para puteri bangsawan. Pendidikan yang diraihnya cukup tinggi. Dengan etika kebangsawanan yang tinggi. Hingga Syaikhah Uns di usianya yang baru menginjak dewasa sudah menjadi rujukan bagi para wanita bangsawan lain untuk bertanya. Hal ini kerana dia mempunyai ketajaman pemikiran dan kecerdikan minda.

Taqdirlah yang menjodohkannya dengan Sang Imam Ibnu Hajar. Melalui perantara guru Ibnu Hajar, Imam Ibnu Qotton. Pada bulan Syaban tahun 798 H, Mesir menjadi saksi kebahagiaan Ibnu Hajar dan Syaikhah Uns yang melangsungkan pernikahan mereka.

Ibnu Hajar ketika itu berusia 25 tahun sedangkan Syaikhah Uns berusia 18 tahun.

Syaikhah Uns telah memasuki dunia baru. Di sampingya kini adalah suami yang sekaligus ulama terkenal di zamannya. Ahli hadits yang tiada bandingnya. Dan Ibnu Hajar sungguh beruntung juga mendapat isteri solehah yang sangat mencitai ilmu. Allah telah menjodohkan pasangan yang sangat serasi ini. Tidak mustahillah walaupun telah berkahwin, ratusan kitab berjaya ditulisnya termasuk karya agung Fathul Bari yang siap ketika di alam rumah tangga...

Perkahwinan tidak sekali menghalangi sang Imam untuk terus berkarya dan berjasa kepada ummah..

Dengan penuh ketekunan dan cinta, Syaikhah Uns belajar hadits di rumah bersama suami tercinta yang mengajarnya juga dengan segala kesabaran dan kasih sayang.

Seiring dengan perjalanan waktu, Syaikhah Uns mulai menjadi wanita yang memiliki ilmu hadits. Hingga suatu saat, Syaikhah Uns menjadi salah satu dari ahli hadits wanita yang sangat jarang didapati ketika itu. Syaikhah Uns mulai memasuki dunia keilmuwan dan namanya dikenal oleh para pecinta ilmu.

Syaikhah Uns pun mulai disibukkan dengan mengajarkan ilmu hadits yang dipelajarinya dari sang suami. Seperti juga suaminya, Syaikhah Uns mempunyai murid-murid yang banyak. Ada yang membaca shohih Bukhari dari awal hingga akhir.

Syaikhah Uns tetap seperti wanita lain. Yang suka memasak dan membuat kueh istimewa. Setelah murid-muridnya menamatkan shohih Bukhari, biasanya Syaikhah Uns membuat kueh dan makanan serta buah-buahan. Uns mengundang penduduk daerah tersebut. undangan terbuka untuk umum. Semua murid dan penduduk kampung dari yang besar hingga yang kecil semua berduyun-duyun menghadiri kenduri besar itu. Apalagi hari itu, adalah hari menjelang bulan Ramadhan. Pesta itu ikut dihadiri oleh suami tercinta Ibnu Hajar.

Bahkan Imam As-Sakhowi yang juga murid Ibnu Hajar, pernah meminta untuk belajar hadits dari Syaikhah Uns. Dengan begitu sabar Ibnu Hajar duduk di samping isterinya yang sedang menyemak bacaan As-Sakhowi. Kebersamaan yang sangat indah.

Kebahagiaan keluarga berkah ini dilengkapi dengan hadirnya anak-anak buah cinta mereka. Syaikhah Uns memang luar biasa. Bukan saja sebagai pecinta ilmu, tetapi juga wanita yang memiliki kecintaan dan kasih sayang yang besar kepada suaminya dan memberikan keturunan untuk Ibnu Hajar.

Setelah empat tahun mereka menanti, Allah berkenan memberikan keturunan pertama, perempuan. Yang diberi nama Zein Khotun. Sebuah keluarga yang tertata rapi, kerana isteri yang terdidik di keluarga bangsawan yang penuh dengan kedisiplinan. Jarak dari satu anak ke anak yang lain hampir rata. Sekitar tiga tahun. Allah memberikan puteri kedua yang diberi nama Farhah. Berikutnya yang ketiga juga puteri yang diberi nama Gholiyah. Jarak tiga tahun berikut lahir puteri keempat yang diberi nama Robiah. Dan akhirnya yang kelima pun putri dengan nama Fatimah.

Pasangan dengan lima puteri yang cantik dan comel. Suasana keluarga semakin terasa indah dan meriah. Syaikhah Uns yang telah mengabdikan hidupnya untuk suaminya membuat Ibnu Hajar selalu merindukannya. Ketika Ibnu Hajar harus pergi meninggalkannya menuju Mekah dalam rangka melanjutkan menuntut ilmu, jarak Mesir-Mekah mengukir kerinduan yang mendalam di hati Ibnu Hajar. Kerinduan terhadap kelima puterinya dan ibu dari puteri-puterinya. Ibnu Hajar sempat menguntai bait-bait syair untuk mengungkapkan kerinduannya yang sangat dalam.

Begitu romantik dan puitis. Kalah kisah romeo dan juliet. Begitulah kisah cinta Ulama.

Perpisahan itu, semakin menambah, kebersamaan mereka semakin indah. Saat-saat Allah mempertemukan mereka kembali. Pada suatu hari Syaikhah Uns meminta untuk ditemani pergi haji. Ibnu Hajar pun pergi dengan isteri tercintanya itu untuk membangun kebersamaan itu di atas ibadah.

Setelah haji yang pertama ini, Syaikhah Uns kembali merindukan Mekah setelah kira-kira lima belas tahun berikutnya.Syaikhah Uns meminta izin kepada suaminya untuk pergi haji. Ibnu Hajar mengizinkannya. Kali ini Uns ditemani oleh cucunya Yusuf Syahin yang masih kecil.

Bersama kebahagiaan ini, Allah mempunyai kehendak lain. Kebahagiaan Syaikhah Uns bersama suami tercinta dan puteri-puterinya serta cucunya, harus menghadapi taqdir Allah. Satu persatu puterinya meninggal di pangkuannya. Puterinya yang ketiga dan keempat meninggal terlebih dahulu setelah tertimpa penyakit yang mewabah waktu itu. selang beberapa tahun berikutnya, putrinya pertama menyusul kedua adiknya. Untuk kemudian giliran Allah memanggil putrinya yang kedua dan terakhir.

Dengan segala keteguhan hati,Syaikhah Uns menerima taqdir Allah, melepas kepergian belahan jiwanya. Tidak ada keluh kesah, yang ada adalah pasrah Kepada Allah.

Syaikhah Uns bak mutiara kilauannya semakin bersinar dari hari ke hari.

Setelah lima puluh empat tahun mereka berbahagia bersama. Saling membantu, memahami, memaafkan dan bercinta. Pada bulan jumadil awal tahun 852 H Ibnu Hajar mendapat musibah sakit. Sakit itu berlanjutan sampai tujuh bulan lamanya. Dengan penuh pengabdian yang tulus dan kesabaran yang luar biasa, Uns merawat suaminya. Hingga pada malam Sabtu tanggal 28 Dzul Hijjah tahun 852 H Uns harus melepaskan orang yang paling dicintainya dalam hidupnya. Harus melepas kenangan indah bersama suaminya. Untuk dilanjutkan kelak di akhirat sana.

Syaikhah Uns adalah wanita yang sangat setia. Tidak terfikir olehnya untuk menikah lagi. Padahal Syaikhah Uns masih hidup 15 tahun lagi setelah ditinggal suaminya. Dalam rentang 15 tahun itu Syaikhah Uns menghabiskannya untuk iimu, ibadah dan pengabdian kepada masyarakat. Allah berkenan memberinya usia panjang. Pada usianya yang ke-87 tepatnya bulan Robiul Awal tahun 867 H, Syaikhah Uns harus menghadap Penciptanya menyusul suami tercintanya rahimahumullahu ta'ala di taman-taman syurga..


p/s dipetik dari pembaca CH, salah satu FB sahabat.. CH agak tertarik dengan cerita ulama' ini.. pasangan suami isteri yang berjuang menegakkan Islam bersama-sama.. indahkan cinta ulama ini..

" kenali ulama' kerana nanti akan disoal oleh Allah,masa hidup kita adakah kita cenderong kearahnya atau sebaliknya.."

Thursday, June 28, 2012

Cintaku tersasar





















Aku mungkin gadis ayu yang permalu
       Yang diam membisu pabila melihat kelibat jejaka
Mungkin sukar untuk hati ini membuka rasa cinta
       Dunia cinta tak pernah aku indamkan dikala waktu begini..

Namun siapa tahu
       Lelaki itu telah mengetuk hati ini
Kesilapaku diwaktu itu
      Aku melayan satu SMS yang tersilap dihantar kepadaku
Mula-mula aku dan dia hanya sebagai kawan..
       Takku sangka hati ini tertawan

Dia dan aku mula melayan rasa hati
    Aku pula mula menunggu kata-kata manis darinya
Takku sangka aku gadis ayu yang permalu sudah jatuh cinta
     Dunia ini ku rasa indah…

Dia memulakan langkahnya
    Meminta aku bercinta dengannya
aku sangat gembira,takku sangka dia juga mencintaiku
     Sudah lama aku menunggu kata-kata itu

Aku dan dia sekarang adalah pasangan kekasih
     dia menjadi milikku
Dan tiada siapa lagi yang dapat mengambilnya dariku

Aku dan dia sentiasa berhubung setiap masa
    Aku dan dia pasti takkan terlepas dengan SMS, call dan FB
Kredit setiap hari dibuang begitu sahaja
    Aku tak kisah ,kerana aku cintakan dia

Sebelum ini aku hanya SMS, call dan chat
   Tapi terasa rindu mahu melihat wajahnya
Aku mula 3G dengannya
   Mungkin mulanya aku 3G dengan memakai tudung
Namun lama-kelamaan,
    Aku mula membuka tudung,
Terasa mahu menunjukkan kecantikkan ini kepadanya

Aku juga mula berjumpa dengannya diluar
   Aku dengannya mengambil gambar bersama
Batasan aku dengannya dianggap biasa
   Tak apa la, setakat pegang sikit-sikit

Aku sangat bahagia apabila dia meletakkan status in relationship denganku
     Dan gambar yang ku ambil bersamanya
Ku upload dalam FB
    Aku bangga aku mempunya pak we




















Namun suatu hari,
    Aku tersedar dari lamunan ini
Sisa-sisa imanku berkata-kata
    Aku sedang melakukan dosa kepada Allah

Jika benar dia lelaki beriman,
    Kenapa dia mengajakku bercinta
Bukankah itu langkah pertama aku menghampiri zina?
    Aku sentiasa SMS, call,chat
Bukankah suaraku aurat?
    dan kata-kata manis itu adalah akan menimbulkan syalwat

 Dan aku bercantik-cantik semata-mata untuknya
    sedangkan dia bukan lelaki halal lagi untukku
Gambar aku yang di ambil bersamanya
    dan di upload di dalam FB
Bukankah itu menambahkan saham dosaku apabila orang melihatnya?

Tersedar aku dari lamunan ini..
     Ya Allah ampunilah aku
Aku telah melakukan dosa yang sangat banyak padamu
    Ya  Allah…
Ampunilah aku…ampunilah aku..ampunilah aku..



“Pintu taubat itu sentiasa terbuka, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Jangan takut untuk bertaubat dan jangan takut untuk berubah.. mengenai cinta, mungkin couple itu trend, trend yang menjadi ikutan dari barat.. kita sebagai orang Islam, jangan amalkan, tak usah nak mengikut perbuatan yang memang sah kita tahu haram. Dalam Islam telah menentapkan jalan-jalan yang betul untuk kita ikuti, pertama bertunang untuk kita mengenali dia dengan lebih dekat dan merancang ke gerbang perkahwinan. Jika dia tidak bersedia dengan semua ini, nampakkan dia mahu mengambil kesempatan kepada kita.. Wanita sangat mudah cair, walaupun sehebat mana wanita itu, sekeras mana pun dia, yang pasti hatinya tetap lembut.. wanita mesti kental hatinya.. ~Muslimat biar lembut zahirnya tapi kental dalamannya..
  
 
   P/S:. Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa pun..Peringatan untuk diri ini dan sahabat bersama…


Sunday, June 24, 2012

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

Darwisy berusia 2 hari

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..


p/s CH ambil artikel ni kt FB, dan tidak perasaan pula tak simpan link nye.. moga pemilik link ni akan di beri pahala berlipat ganda atas artikel yg cukup berguna ni.. Maaf, akhir2 ni CH tidak berkesempatan menulis.. ^^ agak sibuk.. semoga perkongsian ini berguna untuk sahabat2..

........................................................................................................................................................



Cerita berhabuk: Aku dan Lyka..


 Cerita berhabuk: Aku dan Lyka..


Pagi itu aku bangun untuk solat subuh..
Kemudian bersiap-siap untuk menghantar Umairah dan Ikhram ke tadika..
Pagi itu Lyka juga bangun seawal pagi dan mahu mengikut aku menghantar mereka ke tadika..
Aku membawa Lyka sama..

Dalam kesibukkan itu, abang ipar aku menyuruh aku membeli ikan dan kuih..
Ikan “sela” untuk orang lahir baby iaitu isterinya atau kakak aku..
Abang ipar aku itu juga benarkan aku bawa Lyka sama..
Aku agak takut ni nak bawa anak orang sama.. Naik motorsikal pula tu..
lagi parah, aku tak ada lesen he he he

Aku pakaikan Lyka sweater dan topi biasa, bukan helmet tau..
Dan aku mula bertolak untuk hantar anak-anak buah aku ke tadika..
Selepas menghantar Umairah dan Ikhram ke tadika aku mula ke pasar…

Di pasar, aku parking motor berhampiran kedai ikan itu jer..
aku mula mencari ikan “sela” itu..
Rupanya ikan belum sampai..Aku pun menunggu la..
Alahai motor aku tadi telah menghalang lori ikan dari masuk..kena alih motor dulu..
Selepas aku parking motor di tempat yang betul ^^ ..aku mula mendukung Lyka dan berjalan..
Alamak..Ramai betul orang sekarang, rupanya aku bertembung dengan peraih ikan..
Aku yang kecil cuba mencari-cari ikan itu..
Agak susah, mata aku sentiasa terlindung dek orang..
dan Lyka pula berat.. Sakit pula tangan aku ni..
Nampaknya penjual ikan itu lebih pentingkan peraih ikan..
aku berdiri jer tunggu sehingga ikan ‘peraih ikan’ itu siap di bungkus..

Lyka pula mula menjerit-jerit sebab nak turun nak sentuh ikan di situ..
Ala aku lupa la kasut dia,ingat nak bawa dia hantar Umairah dan Ikhram kat tadika jer..
Kalau hantar kat tadika jer  tak perlu kasut sebab dia tak perlu turun dari motor..
nampaknya Lyka tak boleh turun ke bawah kena dukung jer la..
Tapi dia mula nak turun.. makin berat di buatnya.. semua orang pandang aku..
Yela aku pegang Lyka macam-macam,dukung kat sisi, depan,sebab berat kot,
11 kg kot Lyka ni..
Mungkin diorang tengah fikir aku ni ibu budak ni ke..
Agaknya diorang ingat aku ni mak Lyka kot..
Yela orang sekarang badan jer kecil tapi dah ramai kahwin
dan ada anak.. Ok lah, aku suka orang anggap aku dah ada anak..^^
sebab tak ada la orang nak ganggu aku nanti..

Selepas aku beli ikan, aku mula mencari-cari kuih..
kuih yang boleh makan untuk orang lahir baby..
Aku berjalan ke kedai kuih-muih..
Tangan aku sakit kot..alahai beratnya Lyka ni..
Aku behenti seketika..
Lyka berat la!!!
Dan selepas itu meneruskan perjalanan ke tempat kuih..
tak ada la jauh sangat.. ^^

Dan mula membeli kuih-kuih itu..
Mak cik di situ menegur Lyka.. Lyka cuma pandang jer..
Mentang2 budak comel, jual mahal pula Lyka ni..
Bukan nak senyum kat mak cik tu, mungkin ngatuk la tu..
Selepas itu aku mula gerak nak pulang..
Dan pulanglah aku..

Hari itu memang memenatkan.. Tu baru dukung dia..
Memang beruntunglah siapa yang badan besar..
aku badan kecil memang penat la…

Tapi aku suka..sekali sekala jaga anak buah..
Lama dah kot tak jaga anak buah selepas masuk U ni..
Letih menjadi mak su mithali..^^


Umairah, Ikhram dan Lyka..

p/s cerita ni dah lama dalam desktop CH, cuma tak di post kan jer.. cerita mgkin dah basi.. tp xpe.. ^^


Wednesday, June 6, 2012

Indahnya alunan suaramu..


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim....

gmbr xde kena mengena...abaikan ^^
Telefon atau kebiasaan digunakan ialah handphone merupakan alat komunikasi yang sangat penting. Pernahkah kau terfikir, mengapa dengan handphone ini wujudnya masalah maksiat? Bukankah suara sahaja yang di dengari apabila si gadis menelefon si jejaka? Tidak ada unsur berpegangan tangan mahupun unsur yang akan menyebabkan zina.. tapi kenapa di panggil handphone bermaksiat.? Apabila kita sangat perlu untuk menelefon berlainan jantina atas perkara yang sangat penting itu di hukumkan sebagai “Harus”.. yang lebih tepat,Harus berbual di antara lelaki dan perempuan (bukan mahram) melalui telefon dengan syarat perbuatan itu tidak menimbulkan syalwat antara keduanya ataupun salah seorang.. Namun di hukumkan”Haram” itu, apabila kita menggunakan telefon sebagai alat perhubungan bagi lelaki dan perempuan semata-mata untuk bercakap kosong atau bertanya khabar atas niat berkasih-kasihan, bercinta-cintun..

Tentang suara, ulama berpendapat haram jika menimbulkan fitnah(menimbulkan rasa syalwat/zina hati) bagi perempuan atau lelaki. Selalunya lelaki yang mudah tertawan dengan suara yang merdu. Sebab itulah wanita perlu bercakap dengan tegas, jangan diiringi dengan gelak ketawa, suara manja, senda gurau, yang boleh menimbulkan masalah hati.

Gunalah handphone sebaik mungkin. Jangan jadikan handphone yang kita gunakan itu sebagai medan dosa. Syaitan itu sentiasa menghasut anak adam.. Janjinya pada Allah yang akan menghasut anak adam sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, kita yang perlu menjauhi akan perkara yang kita sedar perbuatan itu adalah di murkai Allah..

Cintailah Allah 100%, serta kekasihnya Rasulullah SAW.. barulah kau tahu betapa indah cinta yang akan kau perolehi dari manusia oleh kerana cintamu kerana Allah..insyaAllah...


Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...