|
InsyaAllah.. semoga
dipermudahkan...
|
Kali ni CH nak kongsikan mengenai niqab atau purdah.. Sahabat2 bacalah kisah ini, moga-moga faham mesej
yang disampaikan tentang “kenapa wanita berpurdah”.
.........................................................................................................................................................................................................
Aishah,
19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar
aliran pengajian islam ataupun “ustazah”. Mengambil bidang matematik di UKM.
Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang
dikenakan.
Kelas
agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para
pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat
utk pulang. Termasuk lah Aishah.
“Erm
Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang
duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla~” jawab Aishah mudah. Kelihatan
matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai
purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau
Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
“erm..ok
lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang
dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. “Alaah~
mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan
semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak
buat tak dapat pape~ kan2?“
“MashaAllah,
hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe.”
Aishah bergurau. “Ade2 je la Aishah ni." Aqilah bersuara malu. “Gurau aje
la..ok2..kite sambung balik eh..” Aishah mengembalikan perbincangan. “Betul sgt
ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya
segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak
baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit
pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."
“Eh salah
ke? astaghfirullahalazim~” kerisauan Aqilah jelas terpancar. "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan
ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah.
Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah
tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
“Alah,
Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi
Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~”
Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut
sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.
“Ok2..sambung
eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia
cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa
yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah
dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba
kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh
mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan?
Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha
Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita.” Hurai Aishah.
“Oooo..mcam
tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas
menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya
sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali bertanya.
“Tak jugak~” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak dah~ abes tu apa kena
mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah
inginkan penjelasan.
“Sunnah
dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah
menjelaskan. “Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?”
Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain.
Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia
tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya.
inshaAllah.” Aishah menjawab. “Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw…takkan
la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai
purdah.
Aishah
ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan
anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab
mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan
apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi “title” yang
hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”. “title” ahli syurga? apa
die?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas
mereka)” jawab Aishah.
“Oooo..Jadi,
apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin tahu.
“Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia
perintah Allah swt. itu jep.” Aishah tenang menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau
camtu, buleh “share” dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?”
Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. “Ha, ini
dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."
“Hai
orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] .
“Eh
Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk
kot~” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak
silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu." Aishah
meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. “Ok, cuba baca ayat
ke dua yang ada kat situ” pinta Aishah.
“Niscaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]
"Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat
ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.
“Barangsiapa
mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar.”
Baca
Aqilah sambil tersenyum kagum. “Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya
Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar.
Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat
kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~”
Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.
“Yup~
itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan
kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau
ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah
jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi
saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang
dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.”
tambah Aishah.
“Allah~lepas
ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~” Aqilah memberi azam. “Amin ya Rab.
suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah mengambil hati.
“hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz
bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu
bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)”
Aqilah cuba berkongsi ilmu. “Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah
inginkan kepastian.
“Haaaa…”lurus”
yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam
mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia
terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah
nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah mengagumi Aishah.
“Oooo..kire
Aqilah nak kate Aishah ni “lurus” la eh?” Aishah bergurau. “Eh? Buleh jugak
kot~ haha” spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih~” Aishah mencubit manja bahu
Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa,
“Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup
ini bilik la~” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.
“Eh, sori
uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe…jom Aishah~” Aqilah memberi
respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.
p/s: CH= Niatkan dalam hati "Aku pasti berniqab.."