. »

Wednesday, February 27, 2013

Aku yang berdosa Part Akhir..


“Wahai orang yang menundakan TAUBATNYA..
Wahai orang yang menundakan TAUBATNYA..
Kenapa menunda-nunda, sampai bila kamu mahu menunda taubatmu?
dan sampai bila kamu akan akhirkan insyafmu?”


Seorang perempuan telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, dan perempuan itu memberitahu
“sesungguhnya aku telah berzina maka sucikan aku."

Maka Nabi menyuruhnya kembali, maka besoknya perempuan itu berkata:
“Wahai Rasulullah mengapa engkau suruh aku kembali, mungkin engkau menyuruhku kembali seperti engkau berbuat terhadap Maiz, maka demi Allah aku sekarang sedang hamil”
 maka Nabi bersabda:" tidak…, pergilah sampai kamu melahirkan”

Maka ketika telah melahirkan, dia datang dengan membawa seorang bayi yang sudah berbentuk, maka dia berkata :
“ inilah aku telah melahirkannya."

Maka Nabi bersabda: “pergilah susui dia sampai kau menyapihnya(berhenti menyusu).”
Maka ketika dia telah menyapihnya dia datang bersama bayinya ditangannya ada sepotong roti, kerana semangatnya untuk bertaubat dan agar ditegakkan atasnya hukuman, dia berkata:
“inilah wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya dan sudah makan makanan” maka bayi itu diberikah pada seorang muslim, kemudian diperintahkan utk merejamnya. Dan dia dipedamkan ditanah sampai kedadanya, dan beliau menyuruh manusia utk merejamnya. Maka Khalid bin Walid mengambil batu dan dilempar ke kepalanya, maka darah memancar kewajahnya, maka darah itu mengenai wajah Khalid, maka Khalid memakinya dan Nabiyullah mendengarnya makiannya terhadap perempuan itu:

“ Wahai Khalid, demi Allah yg jiwaku berada ditangan-Nya dia telah bertaubat dengan sebuah taubat yang kalau seorang pemungut Al-Maks bertaubat dengan taubat itu tentu diampuni oleh Allah, dan pemungut Al-Maks adalah orang yg memungut pajak atas manusia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dan dalam sebuah riwayat disebutkan : dia telah bertaubat kalau taubat itu bagikan pada 70 orang penduduk Madinah sungguh akan mencukupi mereka. Apakah dia biasa mendapatkan yang lebih baik dari kesungguhan dirinya terhadap Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia? Sesungguhnya pelaku dosa apabila dia telah lalai dari bertaubat atau lambat dalam mencapainya, maka jiwanya akan tersesat jalannya yg tiada ketenteraman didalamnya, terpeleset yg dia tiada akan mencapai yg dia harapkan sebelum dia dibukakan pintu taubat utknya, utk  membersihkan jiwanya dari hal yang dimurkai, dan meringankannya dari beban2 dosanya.

Ketahuilah bahawa taubat bagi seseorang itu ibarat air bagi ikan, apa pendapatmu terhadap ikan apabila berpisah dengan air? Wahai Tuhan Kami… Wahai Tuhan kami… Waha Zat yg melihat kepakan sayap nyamuk di kegelapan malam yg senyap gelap gelita dan Dia melihat titisan keringatannya dilehernya,dan Dia melihat tulang-tulangnya yang kurus yang tersenbunyi, Ya Allah kurniakanlah kami taubat agar Engkau hapuskan dosa2 yg kami lakukan dahulu.

 Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesunnguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sunnguh , Dia Yg Maha pengamun. Maha penyayang. (Surah Az-Zumar ayat 53)


P/s: sumber Dari Khutbah Syaikh Suiud As Shuraim..
Semoga bermanfaat :) dr CH

sambungan sebelum2 ni~

Aku yg berdosa
Aku yg berdosa Part 2


No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...