. »

Monday, February 4, 2013

AKU YANG BERDOSA PART 2



Wahai orang yang menundakan TAUBATNYA..
Wahai orang yang menundakan TAUBATNYA..
Kenapa menunda-nunda, sampai bila kamu mahu menunda taubatmu?
dan sampai bila kamu akan akhirkan insyafmu?

Padahal sungguh kamu telah berkata: Kalau aku puasa nanti aku akan taubat! Dan bila datang bulan Ramadhan aku akan insyaf!? Maka inilah hari2 Ramadhan, gejolak berkurang. Dan kamu pada setiap hari, kamu letakkan sebuah tembok penghalang pada dirimu dari taubat, dan kamu berada diatas jurang kehacuran. Celaka kamu…. Celaka kamu…. Wahai orang2 yang meremeh-remehkan. Kamu tidak puas dalam taubatmu kecuali dengan kamu bercermin kepada kesedihan Nabi Ya’kub atas anak-anaknya, dan dengan kesusahan Daud dan seruan Ayyub kpd Tuhan-Nya dalam tiga kegelapan, : Tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang2 zalim, atau kesabaran Yusuf dalam menahan hawa nafsu, kalau kamu tidak puas hal itu, maka dengan gangguan saudara-saudaranya atasnya dan mereka berkata: sesungguhnya kami termasuk orang2 zalim, sesungguhnya kami termasuk orang-orang salah.

Baik… baiklah… wahai orang pendosa yang suka menangguh2, jangan takut utk bertaubat, jangan malu utk insyaf, sesunggguhnya Adam dan Hawa telah berbuat dosa sebelummu, keduanya berkata:

“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak memberi rahmat kepada kami, nicscaya kami termasuk orang2 yg rugi”(Surah Al Araf ayat 23)

Dan juga Nabi Ibrahim telah berbuat salah juga sebelummu dimana beliau berkata:

“Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.” (Surah Asy Syu’ara ayat 82)

Dan Nabi Musa juga pernah berbuat dosa dan: Dia(Musa) berdoa :
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri ampunilah aku. Maka Allah mengampuninya ” ( Surah Al Qhasas ayat 16)



Bersambung….

Yg sebelum2 nye:
Aku berdosa part1

sambunganye:
Aku berdosa part akhir..


No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...