. »

Monday, August 27, 2012

Harta yang menjadi rebutan




Kasih sayang yang dibina bertahun-tahun..
Dia kakak aku, dia ialah abang aku dan dia adik aku..
Kau dan aku berada dalam rahim yang sama..Ayah yang sama..
Kita beraliran darah yang sama..
Namun apabila dewasa..
Hal dunia yang makin kau suka..

Harta ialah apa-apa yang kita miliki..
Mungkin kereta, tanah, rumah dan sebagainya..
Semua itu kadang kala boleh menggelapkan mata..

Sahabat..
Mungkin ayah dan ibu sudah tiada..
Tapi jangan jadikan harta itu sebagai rebutan..
Aku sedih.. kerana hal ini berlaku di sekelilingku..
Tak perlu aku cerita di sini..
Seorang anak yang licik!
Hampir ayahnya di jemput Allah..
Boleh dia mengambil cop jari ayahnya itu,
Untuk mengesah tanah itu di waris untuknya..

Mungkin harta ayah dan ibunya dia yang dapat..
Malah harta itu dengan berbesar hati dia jual..
Harta pusaka itu boleh dia jual..
Tapi aku tengok dia tetap miskin begitu..
Mana duit berpuluh-puluh ribu hasil jualan tanah itu?

Itulah harta yang akan membawa kita ke lembah neraka..
Yang menggelapkan hati ketika berada di dunia..
dan yang akan membawa kita ke neraka di akhirat kelat..

Anak-anak..
Harta apakah yang paling berharga?
Sebuah hadis:.
Harta yang paling berharga iaitu
Amalan kita, sedekah dan anak soleh..

Bolehkah amalan kita membawa kita ke syurga?
Boleh.. tetapi belum tentu amalan kita itu di terima Allah
belum pasti untuk kita melayakkan diri ke syurga Allah..
Mahu kau tahu bagaimana amalan yang akan berlimpat kali ganda pahalanya
Walaupun ketika itu kita sudah tiada di dunia..
Namun pahala itu masih lagi bertambah..?
Dengan ilmu yang kau sampaikan dan orang mengamalkan malahan dia pula
menyebarkan pada orang lain..dan kau akan dapat pahala berlipat-lipat kali ganda
Walaupun ketika itu kau sudah meninggalkan dunia ini..
Namun saham pahala itu tetap berjalan..

Sedekah itu pun, jika hati tidak ikhlas..
Tidak bermakna apa pun sedekah kita itu…
Tetapi jika dengan hanya sepuluh sen, jika ikhlas..
pasti pahalanya kau dapat..dan ia menjadi saksi untuk kau di sana kelat..

Anak soleh..
anak soleh ini.. adalah satu-satu harta yang sangat bernilai..
Dialah yang akan membawa kita ke syurga..
ingat.. anak yang jahat..
pasti kita akan di bawanya ke neraka..
Sahabat..Jika kau rasa diri kau tidak membawa untung untuk ibu bapa kau..
Belum terlambat untuk kau berubah..
Berubahlah sahabat.. semoga kau ialah permata kepada ibu bapa kau..
Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hamba-Nya..
Semoga kita adalah anak yang membawa ibu bapa kita ke syurga..InsyaALLah..

Doa anak soleh menyelamat kita dari seksa kubur..
Malah dia yang akan memudahkan kita untuk ke syurga Allah nanti..
Didiklah anak dengan baik..
bagi yang masih belum berkahwin..
Perbaiki diri..perbanyakkan amalan soleh..
dan perbanyakkan taubat..

Ingat!! Anak soleh datangnya dari ibu bapa yang soleh..
Belum terlambat untuk kau berubah..
semoga kau jadi anak yang soleh kepada ibu bapa kau..
dan setelah berkahwin.. menjadi ibu bapa yang soleh kepada anak-anak kau..
Dan anak-anak kau pula menjadi anak-anak soleh buatmu..
InsyaAllah.. amin…



p/s: semoga Ya Allah.. Kau jauhi aku, suamiku, anak-anakku, dan keluargaku dari sikap buruk ini.. jauhilah sikap tamakkan harta dunia.. amin ya Rabbal 'alamin..


Wassalam..

Wednesday, August 1, 2012

Ya Allah makbulkanlah doa kami~


Salam Ramadhan… Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar, dan hidup dengan pelbagai kemewahan, serta nikmat iman dan dapat bertemu Ramadhan, sekarang ialah yang ke-12 Ramadhan.. maksud kemewahan yang CH tuliskan tadi bukan banyak duit kaya raya, maksud CH kemewahan dari segi kesemuan yang kita nak kita dapat..

Ada orang tak setuju dengan statement CH.. emm ok ok jangan marah.. CH  tahu tidak semua orang dapat apa yang mereka nak.. emm CH pun sama, banyak benda CH tak dapat apa yang CH nak.. apa yer CH nak CH tak dapat hee CH nak gi umrah nak gi bersujud di depan kaabah, tapi masih tak dapat lagi.. tapi itu atas rezeki dan takdir Allah untuk mengangkat kita ke sana..

Ok , di sini CH mahu sampaikan tentang rezeki berkaitan harta dan kesenangan.. Mungkin sahabat cakap sahabat orang susah, makan pun susah, bila mak ayah ada duit baru dapat makan sedap, kalau tak , makan nasi dengan telur pun pernah.. betul ke makan nasi dengan telur tu menyusahkan hidup atau orang susah? Heii sahabat.. CH pun orang susah jugak, makan apa yang ada jer..ok.. Kita tak susah kalau boleh makan nasi dengan telur.. wah sedap tu, kenyang sangat-sangaaaaaat tu.. Nasi dengan telur tuuu… Cuba kita fikirkan saudara kita yang menderita sekarang… di Rohingya, apa mereka makan? Apa yang mereka rasa sekarang? Diwajah mereka ada senyuman dan ketawakah…??? Wahai sahabat, tahu tak? Mereka sedang menderita.. sedang kelaparan, dan hidup ditemani air mata..  sesuap nasi mahupun sebiji beras mereka nak jumpa pun susah.. ramai yang kebuluran..

Nasi dengan telur tu masih tak bersyukur ke sahabat? Ala.. CH tak marah hee tapi bagitau perkara yang benar..  sahabat, semoga sedarlah bahawa saudara kita sekarang sedang ditindas.. dibunuh tanpa henti, dianiaya, dizalami oleh kafir laknatullah.. Wanita, kanak-kanak dibunuh macam tu jer.. Lagi menyayat hati dirogol didepan keluarga mereka, jika melawan mereka akan dibunuh dikerat-kerat dan dicampakkan dihadapan keluarga mereka.. Ya Allah tak boleh bayangan bagaimana terseksanya.. di zaman Rasulullah saw kaum yang lemah ini Rasulullah tak bagi bunuh walaupun mereka dari kalangan musuh kita.. di sini isunya adalah kafir laknatullah, tak kira bayi baru lahir berumur satu hari pun, pasti mereka bunuh, tiada belas kasihan, perilaku lebih buruk dari binatang lebih keji dari syaitan..

Sahabat… janganlah kita leka lagi.. leka dengan kesenangan yang kita ada, yang masih ada ini.. kita tak tahu apakah takdir yang akan datang dikemudian hari.. saat kita tertawa tiba-tiba saat itu kita menangis, sesal pun tidak guna lagi.. semoga ada doa yang sahabat curahkan pada Allah untuk mendoakan saudara seIslam kita yang dizalimi sekarang.. doalah sahabat, sesungguhnya doa pada bulan mulia ini sentiasa dimakbulkan..

Pesanan CH..

Apabila lepas solat doakan buat saudara kita yang ditindas ini.. apa-apa doa contoh la:

“Ya Allah selamatkanlah saudaraku yang ditindas tak kira di mana pun mereka.. hapuskan kafirlaknatullah”

"Ya Allah selamatkan saudaraku seIslam yang dizalimi"

jika mahu lebih elok, sebutlah nama negara saudara kita, “diRohingya, di Syria, di Palestine”..

Yang kedua.. semasa kita berbuka puasa.. selepas menadah tangan baca doa berbuka puasa, bacalah doa untuk saudara kita, cukup Allah makbulkan doa waktu berbuka, waktu ini adalah waktu makbul doanya.. “Allah memakbulkan doa orang teraniaya , doa orang-orang berpuasa..” .. kita semua sedang berpuasakan, insyaAllah pasti Allah makbulkan..

Dan qiam pada malam hari.. Solat sunat tahajud yang dilakukan pada waktu sepertiga malam.. solat sunat tahajud dilakukan setelah kita tidur dan bangun semula pada malamnya.. jika kita berjaga sampai waktu sepertiga malam, kita tak boleh lakukan solat sunat tahajud, itu bukan namanya solat sunat tahajud.. solat sunat tahajud mesti tidur seketika dan bangun semula pada malamnya.. solat sunat tahajud doanya mudah termakbul, insyaAllah lebih-lebih lagi dibulan mulia, bulan Ramadhan ini doanya sangat dimakbulkan.. solatlah solat sunat tahajud dan solat-solat sunat yang lain.. dan mungkin bagi yang tak tidur mungkin sibuk dengan mengaji al-Quran, solatlah solat sunat yang lain seperti solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih dan akhiri dengan solat  sunat witir.. doa itu tetap diselitkan untuk saudara kita yang dizalimi itu..

ketika mengaji atau membaca al-Quran, sebelum membaca al-Quran niatkan sedekah  untuk arwah keluarga kita, saudara kita dan saudara seIslam kita yang telah tiada dan doakan keselamatan orang Islam seluruh dunia..

Sabda Rasulullah saw: 

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka beliau bukan golongan mereka” (Hadith Riwayat al-Baihaqi)


semoga sahabat sedar dan mula mengambil berat hal saudara seIslam…





kanak perempuan yang comel..
 semangat jihad yang tinggi dalam dirinya..
bila kita renung matanya,
ada perasaan sedih dalam diri kanak-kanak ini..
mungkin perasaan itu disimpan rapi
tiada siapa dapat rasakannya..
sayu sungguh CH tengok matanya.. :'(
jika kita fikir adakah kanak-kanak ini masih hidup ,
atau telah syahid?


saudara kita yang syahid.. ini adalah gambar pejuang
dari Palestine.. kesemua gambar ini adalah gambar
saudara kita di Palestine

"Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dari kekejaman kafir laknatullah.."


p/s: salam Ramadhan.. semoga sahabat-sahabat mendapat barakah bulan mulia ini, dan pasti bertemu malam lailatul Qadar.. amien…



Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...