. »

Friday, July 22, 2011

Resepi Laksa Pinang Ayu

Emm.. laksa pinang memang sedap rasanya. Malahan ia adalah salah satu makanan kegemaran saya.. jom masak... \(^_^)/

##############################

Resepi Laksa Pinang Ayu

KUAH:
Ikan –  1kg ,direbus dan di asingkan isinya,ambil isinya sahaja,tulang di simpan (dikisar)
Bawang Merah-  6 biji  jika besar, jika kecil 8 biji (ditumbuk atau dikisar)
Lada Kering- semangkuk, ½ kg,jika nak pedas, boleh sahaja lebihkan (dikisar)
Daun kesom  -segempal atau lebih
Bunga gantang-seikat/ 2 kuntum
Belacan- secukup rasa
Ajinomoto-secukup rasa/ sudu teh
Serai- 2 batang, dipotong kecil-kecil dan nipis.
Asam keping- 2 keping
Laksa-1½  kg

ULAMAN:
Lada besar – di potong kecil-kecil
Salad, Nenas dan telur.

CARA-CARA:
Bahan yang di kisar tadi di campur dan di kacau sebati. Masukkan bahan selain yang perlu dikisarkan ke dalam periuk. Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar . Tambahkan air selaras dengan bahan2 yang di kisar tadi. Jika air lebih tidak mengapa. Mula memasak kuah ini dengan api sederhana sambil perlu dikacau tanpa henti. Pastikan jangan di tinggal kuah ini,pastikan sentiasa dikacau supaya ia sebati. Setelah mendidih dan kuah mula sebati mgkin 15 minit camtu, bolehlah di hidangkan dengan laksa. Letakkan ulaman dan sedia di makan..

 ****************************
Tip-
Jika mahu kuah yang lagi pekat, kisarkan tulang ikan yang di buang isinya tadi.. Dan air kisaran tulang itu di masukkan kedalam periuk bersama bahan kisaran tadi iaitu sebelum dimasakan bahan kuah..Memasaklah sambil berzikir. Pasti berkat masakanmu , malah ia lebih elok dari masakan dibeli di luar. Pastikan keluargamu merasa air tanganmu serta zikir dan doamu semasa memasak, pasti kasih sayang dengan orang yang kamu sayang semakin erat... <3

1 comment:

ar_drchem xD said...

SubhanaAllah...
Ya ukht macam sedapp !
boleh masak nanti jamu sahabat2 ^^
rindu ukht :)
Selamat Ramadhan !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...