. »

Monday, February 14, 2011

Cuti hujung miggu yang memang memenatkan..

Inilah lukisan saya yang saya bertungkus lumus sepanjang hari tu.
Alhamdulillah ..Akhirnya siap la juga..
 


Assalamualiakum.. lama sungguh saya tak buka blog. Sepanjang minggu2 yang lalu, hidup saya sangat sibuk dengan pelbagai asiggment. Cuti hujung minggu ini memang terlalu sibuk. Semalam dan hari sabtu 12 hb, saya bertungkus lumus sepanjang hari menyiapkan lukisan saya. Tak sangka pada hari sabtu lepas saya tidak tidur sepanjang hari. Pada hari itu saya dan kawan2 ke studio untuk bersama2 mewarna lukisan kami pada pukul 9 malam. Saya fikirkan mungkin hanya mengambil masa 3 jam untuk mewarna lukisan saya itu, mungkin pada pukul 12 malam dapatlah saya siapkannnya. Tetapi tidak, saya mewarnanya sepanjang hari.Dan akhirnya saya dan kawan2 pulang ke bilik pada pukul 6 pagi ketika azan subuh dilaungkan. Ketika semua orang lena di buai mimpi, saya berjaga sepanjang hari. Semalam saya masih lagi menyambung mewarna lukisan saya iaitu pada pukul 3 petang. Sebenarnya lukisan saya itu memang sudah cantik , tapi saya tetap tidak berpuas hati dan tetap mahu mewarnanya lagi. Akhirnya saya pulang ke bilik bersama2 sahabat saya pada pukul 11 malam. Memang meletihkan tapi seronok kerana saya dapat menghasilkan lukisan sendiri dan dapat merasakan sendiri suasana sebagai seorang pelukis. Dan yang paling penting kerana sepanjang hari mewarna di studio sehingga pagi, ukhwah saya dan kawan2 semakin erat, termasuk kawan2 saya yang bukan Islam. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah ini akan semakin erat. (=


AYu.. (=

1 comment:

ika said...

nice2...i loikee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...