. »

Monday, March 21, 2011

PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN

Kematian adalah yang pasti. Setiap orang pasti akan merasainya. Hanya tunggu waktu, dan saatnya sahaja. Mungkin sekejap lagi kita di panggil oleh Allah. Sudahkah kita siap sedia untuk menghadapinya?

Syurga…..
Syurga sangat indah, sungguh nikmat , semua di dalamnya terdiri daripada manusia yang muda-mudi, tak ada seorang pun yang tua. Semuanya sangat cantik dan tak ada seorang pun yang sakit.


Makanan adalah makanan yang sangat lazak, pelbagai makanan boleh di makan malah yang haram di dunia,di syurga sudah tidak lagi menjadi haram. Sungai yang terdiri daripada sungai susu, sungai madu, yang boleh mandi dan minum airnya dan ianya takkan kering. Air ini takkan kotor walaupun kita mandi di dalamnya kerana kita pada waktu itu tidak lagi buang air besar dan air kecil. Kerana makanan dan minuman yang kita makan itu akan menjadi peluh. Peluh yang mengeluarkan bau yang sangat harum.

Pakaian pula diperbuat daripada sutera yang indah. Pelbagai jenis pakaian boleh dipilih. Setiap hari boleh ber’shopping’ apa-apa sahaja yang kita suka. Mahligai pula diperbuat daripada emas.
Allah menghulurkan seorang manusia yang sangat susah hidupnya yang tidak pernah merasa senang hidupnya di dunia  ke dalam syurga. Apabila Allah bertanya “ Adakah kamu pernah mengalami kesusahan” , dia menjawab “Tidak, tidak pernah” padahal dia sangat susah ketika di dunia, namun dengan hanya menghulurnya sahaja ke dalam syurga segala kesusahan yang pernah di rasai sudah lenyap. Betapa indahnya keadaan syurga dan senangnya hidup di syurga itu menyebabkan tidak ada seorang pun merasakan kesusahan apabila berada di dalamnya.

Neraka………
Bau neraka yang berasap sudah menyebabkan kita merasa panas. Kepanasan neraka adalah 70 kali ganda panas matahari. Panas matahari pun sudah berjuta-juta darjah celcius panasnya apatah lagi 70 kali ganda panas matahari .

Orang yang masuk neraka akan dibakar di dalamnya. Dagingnya akan dibakar sehingga menjadi arang dan diangkat semula sehingga dagingnya tumbuh semula dan dibakar semula. Keadaan ini akan berulang-ulang sehingga dosanya terhapus. Makanan bagi penghuni neraka adalah buah berduri dan air panas. Mereka yang berada di dalam neraka bagaimana pun terpaksa memakan makanan ini kerana mereka tak ada pilihan kerana hanya itu sahaja makanan yang ada. Buah berduri yang dimakan akan merobekkan perut dan menghancurkan dalaman badan. Sungguh pedih!

Allah menghulurkan seorang manusia yang sangat senang hidupnya yang tidak pernah merasa susah hidupnya di dunia  ke dalam neraka. Apabila Allah bertanya “ Adakah kamu pernah mengalami kesenangan” , dia menjawab “Tidak, tidak pernah” padahal dia sangat bersenang lenang di dunia, namun dengan hanya menghulurnya sahaja ke dalam neraka segala kesenangan yang pernah di rasai sudah lenyap. Betapa teruknya keadaan neraka dan susahnya neraka itu menyebabkan tidak ada seorang pun merasakan kesenangan apabila berada di dalamnya.

Titian sirat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abdullah , ia berkata , Sirat berada di atas Jahannam (neraka) seperti ketajaman mata pedang , maka kelas pertama melaluinya seperti kilat, kelas kedua melaluinya seperti angin , kelas ketiga melaluinya seperti kuda yang bagus dan kelas keempat melaluinya seperti binatang ternak paling bagus. Kemudian mereka lalu sementara para malaikat berkata , ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan!’’’.

Di dalam hadis Huzaifah dan Abu Hurairah,kedua-duanya berkata , “ Sedangkan Nabi kita berdiri di atas Sirat seraya berkata ‘Rabbku, selamatkan , selamatkan,’ sehingga datanglah seorang lelaki, maka ia tidak dapat berjalan kecuali dengan merangkak.” Dia berkata “ Pada kedua bibir Sirat   terdapat besi-besi bengkok yang tergantung dan diperintahkan menyambar orang yang diperintahkan untuk disambarnya, lalu ada yang selamat dalam keadaan tergesek dan ada yang tertiarap ke dalam api neraka.”
Sirat itu diletakkan di atas neraka Jahannam ,dan kita semua akan lalu di atasnya serta melihat Jahannam dengan mata kasar dalam keadaan menyala-nyala.

      Allah s.w.t berfirman:
       Ertinya:
        “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi
        neraka itu. Hal itu bagi Rabbmu adalah suatu kemestiaan
        yang sudah ditetapkan"
                                                                         (Maryam:71)

Rasulullah s.a.w yang sangat menyayangi umatnya. Rasulullah tidak mahu umatnya di masukkan ke neraka Jahannam. Sedaya yang mungkin baginda menolong umatnya iaitu kita semua. Pada hari akhirat, di padang masyar,baginda tidak terus memasukki syurga tetapi di padang masyar baginda mencari umatnya dan mahu umatnya semua boleh masuk syurga. Betapa sayangnya baginda kepada kita.

Ada dikalangan kita iaitu umat Rasulullah s.a.w di masukkan ke neraka. Rasulullah s.a.w bersujud kepada Allah. 
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati.., umati……..”.
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sebesar biji gandum. Keluarlah umat nabi Muhammad s.a.w dari neraka.

Kemudian, Nabi Muhamammad s.a.w bersujud kepada Allah. 
Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “umati..,umati…”. 
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sebesar biji sawi.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersujud lagi kepada Allah.
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.” 
Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati…, umati…”.
Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka yang dosanya sekecil-kecil biji sawi.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersujud lagi kepada Allah,Nabi masih tidak berputus asa selagi umatnya masih ada di dalam neraka. 
Dan Allah berkata “ Ya Rasulullah angkatlah mukamu mintalah apa yang kami mahu hari ini, Aku akan tunaikan semua permintaanmu hari ini.”
 Nabi Muhammad s.a.w berkata “ umati…, umati……”.
 Allah seraya menyuruh malaikat mengeluarkan umat  Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka  yang pernah mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ walaupun sekali. Astagfirullahhal a’zim, begitu sekali sayang Nabi Muhammad s.a.w kepada kita sehingga begitu sekali mahukan umatnya memasuki syurga. 

Bekalan untuk ke sana
  1.        Perlukan iman,amalan (pahala dari amalan)
  2.        Tingkatkan keimanan “Lailahaillallah”..orang yang betul-betul beriman apabila menyebut nama Allah, hatinya bergetar takut. Sekiranya hati tak bergetar lagi,tak ada rasa apa-apa dengan menyebut nama Allah itu bermakna iman tak sampai lagi. Usaha dapatkan iman sehingga menyebut nama Allah , hati bergetar
  3.        Hendaklah memperbaharukan iman ,sebut “Lailahaillallah”
  4.        Orang beriman darjatnya tinggi di sisi Allah. – Orang yang berdarjat tinggi Allah akan bagi dugaan.
  5.        Orang yang menyebut “Lailahaillallah” –Syurga baginya
  6.        Yakin dengan kebesaran Allah – bercakap dengan kebesaran Allah .          "Kita berlajar bersungguh-sungguh , Allah sahaja yang boleh bagi kejayaan”. Hanya Allah sahaja yang dapat mengizinkan apa-apa sahaja yang  Allah kehendaki.
  7.       .Apabila kita beriman, kita mesti beramal – buat apa-apa sahaja, ikutlah sunnah , sesiapa yang ikut sunnah mendapat banyak kelebihan, orang ini dapat melihat Rasulullah s.a.w dari dalam kubur lagi. – kelebihan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w juga,baginda juga pada hari hisab iaitu di padang masyar , baginda akan bagi air dengan tangan  baginda yang mulia itu sendiri kepada kita.

Sunnah ada 3:
1.       Penampilan – ikut Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai contoh menyimpan jangut bagi lelaki, bagi wanita ikutlah penampilan isteri-isteri Nabi.
2.       Sirah – perjalanan hidup Nabi Mihammad s.a.w
Sebagai contoh, cara makan baginda,cara tidur baginda.
Sebelum makan Nabi Muhammad s.a.w akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali. InsyaAllah dengan amalan basuhan tangan sebanyak 3 kali ini, kita akan meninggal dunia tanpa sebarang hutang dengan sesiapa pun.
Baginda juga berkumur sebanyak 3 kali sebelum makan. InsyaAllah dengan amalan ini lidah senang mengucapkan kalimah Allah
Bersugi – baginda sentiasa bersugi. InsyaAllah akan dapat menyebut kalimah agung dengan senang “Lailahaillallah”.
3.       Fikir risau (sarirah).
Nabi Muhamammad s.a.w fikir dan risau, bayi yang baru lahir baginda mahu bayi itu mesti boleh menyebut kalimah “Lailahaillallah”. Baginda sangat risaukan umatnya, sehingga akhir saat kewafatan baginda, baginda masih sempat menyebut “umati,umati”.

Yang mengamalkan 1 sunnah ,pahalanya 1000 orang mati syahid.
Amal sunnah Rasulullah s.a.w, 1 hari 1 sunnah
Dakwah kelebihan kelebihan kepada orang lain. Ilmu yang kita ada perlu dikongsi kepada orang lain.
Usaha pada solat,solat adalah kunci syurga . Mesti  jaga solat kerana solat umpama kepala kita.


       Jaga solat  dapat apa?
1.       Apabila kita menjaga solat , kesempitan hidup di dunia akan di angkat.
2.       Di angkat dari seksa kubur.
3.       Terima buku catatan dengan tangan kanan
4.       Akan melintas titian sirat macam kilat.
5.       Masuk syurga tanpa di hisab.
6.       Solat awal waktu
1.       Baca doa ini: “Allahumma ajrni minannar”  (selepas solat subuh & solat magrib)
2.       Selepas solat baca ayat kursi & surah al-ikhlas
Waktu selepas solat adalah waktu doa termakbul.
7.       Istiqamah dengan ilmu agama – selalu dengar hadis-hadis  Nabi.
Orang yang tak dengar hadis Nabi selama 3 hari ,hati akan keras
Orang yang menuntut ilmu, jika mati, di kira mati syahid
8.       Istiqamah dengan zikrullah – banyak berzikir, yang terbaik bacalah al-Quran
Orang yang banyak baca surah Al-Mulk & Al-Sajadah  samada sebelum  tidur atau selepas solat. Biasanya surah al-Mulk dibaca sebelum tidur. Kelebihannya ialah terselamat dari seksaan kubur .
Sesungguhnya setiap zikir adalah perbelanjaan untuk bina mahligai di syurga
9.       Seseorang yang jadi hafiz al-Quran akan dapat memasukkan sebahagian keluarganya ke dalam syurga. Orang yang berniat hendak jadi hafiz pun ada kelebihan.
10.   Muliakan orang Islam – bersangka baik dengan orang  Islam
Orang yang melawat orang Islam , Allah beri  mahligai kepadanya
Berilah makan pada orang ,berilah seseorang makan  dengan tangan kita sendiri.
11.   Jaga lidah
Biar cakap-cakap kita menyatukan umat, orang yang memecahkan umat nerakalah baginya.
12.   Memperbaiki niat
Biar niat yang ikhlas , niat kerana Allah s.w.t
Niat ikhlas, jika seseorang yang solatnya tak tinggal ,malah menutup aurat dengan baik, tetapi jika niat kerana seseorang atau niat kerana mahu seseorang melihat amalan baik kita, amalan kita itu  tidak akan di terima kerana bukan niat kerana Allah .
Syirik khafi – orang yang solat  dengan memperelokkan solatnya kerana ada orang yang melihatnya.
Jika kita tahu kesalahan kita ‘istifarlah’ kepada Allah. “Astagfirullahhal a’zim”
13.   Banyakkan dakwah
1.       Mengajak orang ke jalan Allah
2.       Mesti saling ingat-mengingati
3.       Cerita kebesaran Allah
4.       Usahakan iman
5.       Orang yang buat dakwah ,walaupun berada dalam kubur pun ‘saham’  pahala sentiasa berjalan. Orang yang berdakwah yang tak malu berdakwah kerana Allah, Allah akan masukkannya dalam syurga tanpa di hisab.

Sudah siap sediakah kamu untuk menuju ke alam kematian dan akhirat?
Ya Allah,semoga kami adalah di antara orang-orang yang terpilih ke syurgamu…Amin….

Wassalam……
<AYu…..>


p/s: program srikandi HEWI UTM

4 comments:

azi said...

Assalamualaikum yati....
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan pembaca blog ye....banyak yg. akak dapat....semoga kita setiap hari sentiasa cuba menjadi yg. terbaik.

Cahaya Hidupku said...

waalaikumussalam...
terima kasih kerana sudi membaca..perkongsian ini adalah dari program agama y yati sertai di UTM.. semoga pengetahuan y yati dpt ini dpt r sama2 kita amalkan..

Unknown said...

assalamualaikum...nk tnya sumber rujukan hadis "kalau tak dengar hadis nabi selama 3 hari hati akan menjadi keras"
jazakillah khair

Cahaya Hidupku said...

"Sesiapa yang tidak mendengar ayat Al-Qur'an atau Hadis selama 3 hari berturut-turut, satu titik hitam akan muncul dalam hatinya. Apabila titik hitam ini menebal dan akhirnya menutupi hati seseorang itu, maka amatlah sukar baginya untuk menerima hidayah."

ini asal kata-katanya, dia bukan hadis, tapi kata-kata oeh ulama' tasawuf.

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...