. »

Tuesday, November 20, 2012

PALESTIN dan Kita


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar, penghulu segala nabi, Nabi Muhammad S.A. W., ahli keluarga baginda s.a.w., para sahabat Nabi s.a.w. yang setia, dan para pejuang agama Allah sama ada yang masih berjuang mahupun sudah menemuiNya.

Al fatihah buat Asy Syahid  Ahmad Al-Ja'bary, Ketua Umum Briged Izzuddin Al-Qassam yang telah mengikuti jejak langkah assyahidin Palestin, Syeikh Ahmad Yassin,  Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi dan lain-lain. Assyahid Ahmad al-Ja’bary telah syahid pada 14 November 2012, Rabu kerana dibunuh oleh rejim zionis Israel melalui serangan udara. 

Keadaan di Gaza, Palestin sekarang

 Menurut laman web Haluan Malaysia  , Tentera pengganas rejim Zionis telah melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Sehingga kini, 23 warga Gaza terbunuh manakala hampir 200 lagi tercedera.Asy syahid Ahmad Al Ja’bary terkorban bersama anaknya apabila kereta yang sedang mereka naiki menjadi sasaran serangan roket pasukan perisikan Shin Bet.
 Kediaman Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, turut menjadi sasaran serangan roket pada jam 7.00 malam tadi waktu tempatan. Alhamdulillah beliau dan keluarga terselamat.Pejuang-pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan 40 serangan roket ke bandar-bandar Zionis, termasuk di Tel Aviv. Rejim Zionis dilaporkan telah membunyikan siren peringatan kepada penduduknya untuk bersiap siaga. Sehingga kini pesawat tanpa pilot (drones) Zionis dan jet pejuang mereka masih terbang mengelilingi ruang udara wilayah Gaza.

Kita, umat Islam di Malaysia. Apakah tindakan kita?

Bertindaklah mengikut kemampuan masing-masing. Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh kita:
1.                  Pergi ke medan jihad di Palestin, jika berkemampuan, ada cara dan punya keikhlasan. Bantuan boleh diberikan sama ada dengan menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan atau lain-lain bantuan fizikal yang lebih besar impaknya.
2.                  Jika tidak mampu untuk turun ke medan tersebut, sumbanglah bantuan-bantuan seperti pakaian, makanan dan lain-lain menerusi badan-badan yang dipercayai. Antaranya,Aqsa Syarif  , Haluan Palestin  , dan AMAN Palestin .
3.                  Jika tidak mampu untuk kedua-dua bantuan di atas, dan termasuk juga mereka yang mampu untuk menghulurkan kedua-dua bantuan di atas, kita masih boleh menghadiahkan doa untuk keselamatan rakyat Palestin, Syria, Rohingya, Patani dan walau di mana jua umat Islam berada. Anda boleh membaca doa  :-

a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu, dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.


b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c-    Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d-   Doa sewaktu berbuka puasa.
e-   Doa selepas azan dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4.  Selain itu, kita boleh melakukan solat hajat dan puasa yang diniatkan khusus untuk rakyat Palestin, Syria, Patani, Rohingya dan semua umat Islam yang sedang ditindas.

5. Menyertai demonstrasi aman. Walaubagaimanapun, harus difahami,sebaik-baik demonstrasi adalah mendidik umat Islam terutama pemuda Islam untuk bersolat subuh berjamaah di surau-surau dan masjid-masjid. Hal ini kerana kita tidak akan mampu menewaskan zionis Israel dan musuh-musuh Islam yang lan jika tanpa bantuan daripada Allah.Ambillah pengajaran daripada sirah-sirah peperangan Rasulullah S.A.W. bersama para sahabat yang akrab dengan Allah, lalu Allah kurniakan kemenangan pada mereka.

6. Boikot barangan yang menyumbang kepada rejim Zionis dan sekutunya. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata berkenaan boikot tersebut di Qatar pada 8 Oktober 2001, yang  sebahagiannya berbunyi,

“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan… hingga akhir ucapan “

7. Menulis di blog masing-masing dan “share” gambar dan status berkaitan Palestin di Facebook.

8. Ceramah atau berucap di speaker corner yang disediakan pihak universiti masing-masing. Ataupun sekurang-kurangnya menghadiri ceramah atau speaker corner berkenaan isu Palestin dan isu umat Islam yang lain.

Walau dengan cara apa sekalipun, berikanlah bantuan kepada saudara seislam kita di Palestin, Syria, Rohingya, patani dan walau di mana umat Islam itu berada. Moga dengan bantuan yang kita hulurkan (walaupun hakikatnya Allah juga yang memberi izin dan kudrat untuk kita bantu mereka), Allah menerima segala bantuan tersebut sebagai amal soleh kita.

Akhir kalam, Palestin bukan hanya isu rakyat Palestin, ia merupakan isu yang wajib diambil berat oleh semua yang beragama Islam. Untuk makluman,  Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) GAMIS akan menganjurkan demontrasi besar-besaran membantah kezaliman Israel terhadap Ghazzah pada 23 November 2012. Update berkenaan demonstrasi tersebut akan diberitahu kemudian. Kepada shabat-sahabat yang berkelapangan, mohon turun bersama-sama menunjukkan solidariti kita mengecam rejim zionis la'natullah.

Sumber: 

Maznah binti Osman
Naib Presiden 2 merangkap Pengerusi HEWI PMIUTM
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia
2.17 pagi 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...