. »

Tuesday, December 11, 2012

Aku yang berdosa..



Berdosa,
Mengikut kehendak nafsu,
Hati yang di rasuk syaitan..
mana mungkin iman senipis kulit bawang
dapat mempertahankan kehendak nafsu itu..

Jika dapat di undur masa,
mahu saja masa itu di undur ke masa lalu..
Tapi itu tidak mungkin terjadi..
sudah tersurat dan tersirat..
harus terima Qada’ dan Qadar


kenapa mesti perlu menerima ujian ini..
mengapa?
tidak di minta semua ini..
tidak di kehendaki semua ini..

Wahai insan..
kenapa perlu salahkan takdir?
mungkin Allah sedang menguji-Mu
Mungkin ada Hikmah di sebaliknya..
Nabi  dahulupun..
Tidak mengharamkan arak secara mendadak
Namun secara perlahan-perlahan..
Begitu juga dirimu..
jika kau susah untuk berubah..
cubalah secara perlahan-lahan..
Allah itu  Maha adil
Jangan bersedih jika ujian itu datang padamu..
Itu bermakna Allah sayangkan kamu..
Dosa itu sebesar mana sekali pun
Allah akan ampunkan..
Keampunan Allah itu, sentiasa terbuka..
Mohonlah keampunan pada Allah bersungguh-sungguh..

Apabila kita melakukan sesuatu dosa..
mohonlah keampunan pada Allah..
Allah pasti ampunkan...

Allah itu Maha adil dan Maha pengasih.. dosa pembunuh, minum arak, penzina

jika mereka memohon keampunakan kepada Allah, pasti Allah ampunkan..
Inikan pula dosa-dosa lain..bertaubatlah, jangan terus-menerus tangguhkan taubatmu itu..
kerana ajal itu pasti datang, cuma kita tak tahu masanya.. khuatiri dosa itu tidak sempat untuk bertaubat kepada Allah..

“Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan jangan ulangi perbuatan itu..
Jika diulangi perbuatan itu, bermakna taubat yang kamu lakukan itu,bukanlah taubat nasuha..
Jangan takut untuk bertaubat kerana merasa  diri akan mengulangi perbuatan itu lagi..
Bertaubatlah bersungguh-sungguh lagi, perbanyakkan amalan kepada Allah, kusyuk dalam solat salah satu cara yang dapat menguatkan iman..bergaulah dengan orang-orang soleh, jangan bersendirian kerana takut syaitan itu memerangkapmu dikala kesepian..insyaAllah mohon pada Allah semoga kita terhindar dari perbuatan terkutuk..”

Ya Allah jauhilah kami dari segala perbuatan yg Kau Murkai..
Mengejar cinta Allah..



p/s: jika kita mati hari ini, macam mana kita nak bertemu dgn Allah dgn diri yg penuh dosa.. ? sahabat... sememangnya dosa itu tidak sunyi dengan diri kita.. tetapi hanya taubat pada Allah mampu menghapuskannya.. Rasulullah SAW yg memang ahli syurga pun sentiasa solat taubat setiap hari sehingga lebam kakinya.. lagi la kita umatnya y belum tentu dapat meraih syurga Allah itu.. pesanan CH buat diri ini n sahabat tersayang.. Jgn lupa solat taubat setiap hari dan basahilah lidahmu dengar zikirullah setiap saat.. wassalam sayang...



Bersambung….

sambunganye
Aku berdosa part2


Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...