. »

Sunday, July 14, 2013

Seksa Kubur ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan,selawat serta salam pada junjungan Besar kita nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda..

Kita pun pasti akan merasai..

Kita selalu dengar ceramah ustaz  yang pada bulan Ramadhan terbukanya pintu syurga seluas2nya dan tertutupnya pintu neraka serapat2nya.. namun kali ini CH mahu kongsikan satu kisah yang dipetik dalam Kitab az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair, Ibnu Hajar yang menulis kisah ini, iaitu kisah seksa kubur.

Kisah ini adalah kisah Ibnu Hajar sendiri. Bermulanya kisahnya, Ibnu Hajar ini selalu ke kubur ayahnya, untuk membaca al-Quran disisi kubur ayahnya. Pada suatu pagi yang gelap selepas solat subuh iaitu pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir, dan kemungkinan pada malam itu adalah lailatulqadar. Tak ada sesiapa  pun selain dia dikawasan kubur tersebut.

Ketika dia duduk dan mula membaca ayat2 al-Quran, tiba-tiba dia terdengar suara rintihan yang mengejutkan “aah..aah… aahh..”  dan nadanya  sangat memilukan.. Suara tersebut datangnya dari kubur yang dibina dengan  batu dan simen, berwarna putih bersih.

Dia memberhentikan bacaan al-Quran dan mencari-cari mana datang suara tersebut. Ternyata datangnya suara tersebut dari kubur tersebut. Penghuninya sedang diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Dia sempat mendengar suara tersebut beberapa minit, dan apabila matahari mulai terbit suara itu menghilang.  



Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki melalui tempat itu, dia bertanyakan pada lelaki tersebut.. “Maaf tuan, ini kubur siapa?”.. Lelaki itu pun menjawab.. “kubur si Polan”. Nama yang disebut sangat dia kenali, dia pernah berjumpa denganya ketika kecil dahulu. Allahyarham sangat rajin datang ke masjid, sentiasa menjaga solat dan tidak banyak bercakap.

Dia sangat hairan kerana allahyarham sangat soleh tetapi kenapa dia mendengar suaranya merintih kerana diseksa didalam kubur. Dia bertanya kepada yang lebih mengenali allahyarham..  rupanya allahyarham seorang peniaga, dan ketika usia tua, dia mahu menambahkan sedikit harta kerana dia tidak merasa cukup dengan harta yang dimilikinya. Lalu syaitan membisikkan supaya dia melabur dalam riba supaya hartanya tidak berkurangan.

Ibnu Hajar berkata:

“ Itulah yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan pada malam lailatulqadar yang penuh rahmat”


p/s: CH Sharing dari buku “Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia”.. muhasabah diri kita semua.. doakan semoga kita menjadi hamba Allah yang terbaik, dan ramadhan ini adalah ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya, dan doakan juga pada yang sudah tiada supaya diberi kesejahteraan di alam sana. Wasalam sayang..


.........................................................................................................................................................

Tuesday, July 9, 2013

Tolonglah terima cinta ini T_T















Seberapa terkilan aku, tetap tak dapat lihat hatiku yg terhiris ini,
Seberapa merintih hati ini, tak terdaya mata ini menitis kesengsaraan itu..
seberapa manis senyumanku, hati tetap tak dapat menipu yg dia sedang berdarah kesakitan..


Kecerianmu itu tipu belaka! Wahai hati yg terhiris..
tetapi dengan tipu itu,kesakitan ini dapat dilupakan seketika..
 Sepi itu buat mata ini mahu menitiskan kesakitan hati ini..
Pergilah sepi, dan pergilah semuanya..bolehkah begitu?

Ketika aku sedih, Dia sentiasa ada bersama aku,
ketika aku stress, Dia sentiasa buat aku tenang,
ketika aku terhiris, Dia sentiasa sembuhkan aku,
ketika aku sepi, Dia sentiasa menceriakan aku,
ketika aku hilang arah, Dia sentiasa bagi aku jalan,
ketika aku lupakan Dia, Dia setia cintai aku tanpa kecewa pun,
ketika aku buat silap, Dia masih cintai aku dan lupakan salah aku itu,
ketika aku dipulaukan, Dia sentiasa ada dan masih setia bersama aku,
ketika tiada siapa pun mengerti, Dia mengerti akan apa yang aku alami..

Ya Allah.. terima kasih atas segala nikmat yang Engkau kurniakan buatku..
Terima kasih masih setia menerima diri ini walaupun penuh dosa..
Ya Allah.. Bawalah aku pulang pada-Mu dengan hati yang suci tanpa dosa..
Matilah kami dalam syahadah.. Matikanlah kami dalam agama-Mu.,
Tolonglah terima cinta ini Ya Allah…

P/s: Tiada arah, hilang arah, tak tahu mana hendak ditujui.. Ingat,Allahkan ada.. Allah mengerti segala masalah kita, luahkan segalanya pada-Nya.. jangan kau sombong untuk sujud dan menangis dihadapan-Nya.. Luahkan segalanya, pada-Nya.. ^^ semoga kau memperolehi ketenangan.. wassalam sayang..

CH
19.3.2013
9.48 a.m



"Jangan bersedih  jika Allah menghalang engkau dari sesuatu yg engkau suka.. kerana andainya engkau mengetahui bagaimana DIA mengatur urusan mu , nescaya hati kamu akan cair kerana cinta kepadaNYA.. :)"


doa penenang disaat kamu ditimpa musibah.. ^^
.................................................................................................................................


>>Dah lama dlm desktop, xtau nape tertulis artikel ni pada tarikh ni huhu lama gak dalam desktop berbulan2.. kalu ada expired date, dah expired agaknye hehe.. ^^ CH memang suka camtu, tulis berbulan2 lamanya baru la post.. -_-“ hee salam Ramadhan.. esok dah ^^ smoga Ramadhan ini adalah Ramadhan lebih lebih lebih baik dari sebelum2 nya.. hee salam sayang dr CH.. syg sahabat semua.. 


.........................................................................................................................................................

Monday, June 17, 2013

.::Derai air mata::.

uhuk3

Hatimu buta,
Buta dengan segala kepalsuan,
Mata yang Allah anugerahkan buatmu,
Tidak pernah kau guna untuk melihat,
Apa yang kau lihat hanya kepalsuaan…

Keindahannya jadi tarikkan buatmu,
Kemewahannya buat kau tenggelam dengannya,
Segala kebahagian buat kau lupa diri…

Kau buta,
Kau buta,
kau buta….

 At-Taubah ayat 75 dan 76 maksudnya:

“ Dan di antara mereka ada orang yang telah berjanji kepada Allah, “sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian dari kurniaan-Nya kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang soleh.”

 “Ketika Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaan-Nya, mereka  menjadi kikir dan berpaling, dan selalu menentang kebenaran.”


Allah anugerahkan kau kebahagiaan, kemewahan… dengannya kau mula lupa..
Lupa pada Allah… sebab segala kemewahan itu menutup mata hatimu..

Derai air mata taubatmu, sungguh Allah rindui..
Tangismu dalam sujudmu…Sungguh Allah rindui..
Jangan kau biarkan hatimu keras, keras dengan dosa..
Titiskan air mata taubatmu, supaya hatimu lembut..

Adakah kau masih buta?

………………………………………………………………………...............................................
P/s:  setiap manusia pasti kalah dengan nafsu, kenapa? Kerana nafsu menjanjikan kenikmatan.. tetapi kita lupa pada janji Allah yang akan memberi segala nikmat dan kebahagiaan berupa syurga d iakhirat kelak.. kerana apa? Kerana kita tidak dapat melihat kenikmatan itu.. Kita juga lupa, bahawa Allah juga menjanjikan neraka yang pedih buat pendosa..

Apabila kita beriman kepada Allah bersungguh2, sesungguhnya kita akan merasai nikmatnya cinta kita kepada Allah.. kita merasakan cukup bahagia dengan mendapat cinta Allah.. inilah nikmat sebenar, iaitu nikmat iman.. ^^ semoga kita memperolehinya.. Amin..  CH tinggalkan sahabat dengan kata2 ini.. “Cukuplah harta yang mencukupi, daripada harta yang lebih melalaikan..” ^^

Wassalam sayang..
.........................................................................................................................................................

Wednesday, June 12, 2013

.:: Cebisan kain penutup wajah::. Rindunya :’)


 .:: Cebisan kain penutup wajah::. Rindunya :’)

gambar persendirian bhd.  
Cebisan kain penutup wajah
Tiada bibir terukir senyuman
Tiada rupa yang dipamerkan

Cebisan kain penutup wajah
Bukan untuk menunjuk solehah
Kerana bukan solehah sahaja yang memakainya
Bukan untuk menunjuk aku berilmu
Kerana bukan yang berilmu sahaja layak memakainya

Cebisan kain penutup wajah
Kerananya aku makin tunduk pandangan
Kerananya aku makin  menjaga akhlak

Cebisan kain penutup wajah
Bukan sekadar menutupi  tetapi juga melindungi
Jua mengingati diri ini  serta manjaga gerak geri

Cebisan kain penutup wajah
Menjaga hati kaum adam yang mudah terusik
Dek kerana keindahan wajah
Malah mungkin boleh menimbulkan syahwat
Dengannya mereka terselamat dari masalah ini..

Cebisan kain penutup wajah
Merupakan pakaian isteri-isteri Rasulullah SAW
Menjadi tabir ketika berbicara dengan muslimin
Ianya menjadi sunnah bagi kaum hawa
Beruntunglah yang mengikutnya..


Cebisan kain penutup wajah
Semoga istiqamah dengannya
jadikan pakaian dalam kehidupan
terutama apabila berdepan dengan kaum adam
Supaya fitnah dapat dihindari


....................................................................................................

*fitnah di sini banyak maksud, tp CH boleh bagitau..
jangan jadikan wajah kita sebagai mainan angau lelaki ^^

dan fitnah ni byk ag.. perempuan
memang fitnah dunia pun.. huhu


^^ belajar dan berusaha, penghalang jadikan pembakar semangat
CH doakan buat sahabat yang berjinak2 utk berniqab, teruskan berusaha
dan doakan CH juga…sedang berusaha.. .


Sahabat boleh baca mengenai niqab atau purdah di post ini:



wassalam sayang ^^

.........................................................................................................................................................

Sunday, May 26, 2013

Bilik Study Berhantu~ Bahagian Akhir..

“Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.”



Bahagian Akhir 

Dummmm………….!!!!!!!!!!!!!!!

“aaaaaarrrrrrrr!!!” Jerit Ikin lagi..

“Ikin.. ish diam… tak ada apa la…” Eja memujuk kawannya itu. Nampaknya Ikin memang dalam ketakutan.

“Eja.. aku takut la..” Ikin seakan mahu menangis

“Takut pada Allah Ikin..” Tegas Eja

Suasana kembali sunyi.

Dum…!! Eja menutup bukunya..

“Okey, dah siap hadam.. Jom Ikin baca al-mulk, kat bilik mesti dah gelap, nanti tak nampak nak baca..” Ikin mencari mana Tafsirnya, rupanya dia tak bawa.

“Oo.. kau tak bawa ekk.. jom la share..” cadang Eja.. dan bilik study itu bergema dengan bacaan al-mulk oleh dua sahabat ini..

Setelah selesai membaca al-mulk Eja dan Ikin melangkah keluar untuk pulang ke bilik. Eja meneliti jam di tangannya, sudah menunjukkan tepat angka 12 malam. Dalam mereka melangkah ke bilik mereka, terdengar suara orang menjerit.. Ikin memeluk Eja..

“astagfirullahal ‘azim….” Ikin mengucap panjang dalam ketakutan.

“Bunyi tu dari bilik kita la Ikin”beritahu Eja

“Eja jangan pergi, aku takut..” Ikin yang semakin dalam ketakutan.

“Ikin.. letakkan Allah di dalam hati.. tiada siapa pun yang patut kita takut selain Allah.. dan jika hati kita terdetik untuk takut selain Allah, bermakna kita telah cuba untuk mengsyirikkan Allah.. ingat tu Ikin.. berzikir banyak-banyak, ingatkan Allah supaya hati tidak akan mudah termakan oleh pujukkan syaitan.. semua ketakutan itu datangnya dari syaitan” Eja seumpama berceramah, tapi itu sahaja cara untuk membuatkan Ikin berfikir. Ikin kelihatan semakin tenang. Mereka cuba melangkah masuk ke bilik tersebut.

“Eja.. kenapa dengan Liana tu?..” Ikin memeluk tangan Eja dengan kemas.

“Liana.. kenapa ni?”

Mata Liana membulat pada setiap orang yang berada dalam bilik itu. Semua yang berada di dalam bilik tersebut  menjerit dan keluar dari bilik.

“Kau keluar.. aku duduk sini dah lama.. jangan ganggu tempat aku” Liana bersuara garau..

“Eja.. aku rasa dia dirasuk makhluk halus..” Ikin bersuara tetapi seumpama membisik

“Ikin, kita telefon Ustaz cepat..” Cadang Eja..

Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.

Ustaz datang dengan membawa tuala yang melibas-libas pada bahunya. Liana kelihatan cemas.

“Pegang dia” ustaz mengarah. Eja memberanikan diri mendekati Liana dan bersamanya Ikin. Liana seperti ketakutan, matanya tidak lari dari memerhati ustaz. Ustaz melibas-libas lagi tualanya ke bahunya. Muka Liana semakin cemas dan berpeluh.

“Aku yang tinggal tempat ni lebih lama dulu, ini tempat aku..” jerit Liana.

Ustaz melibas tuala ke arah Liana, Liana menjerit  kesakitan..

“Aduh.. sakit… sakit..”

Ustaz seumpama membaca sesuatu dan melibas tuala itu lagi ke arah Liana.

“Aduh.. sakit…. Sakit…. Allahuakhbar… Allahuakhbar… Allahuakhbar…” suara garau di susuli suara Liana, akhirnya Liana sedarkan diri. Rupanya suara yang menjerit kesakitan itu bukan milik Liana, tetapi suara yang memuji Allah itu milik Liana..

Ustaz membawa Liana untuk berubat, bukan dengannya tetapi dengan ustaz yang lebih tahu akan cara mengubati sakit seperti Liana ini.. Liana sebenarnya menderita saka nenek moyangnya, dan sekarang akibat badannya yang lemah, mungkin makhluk halus yang berada di sini dapat memasuki badannya. Semua yang berlaku ini atas kuasa Allah.

 Seminggu selepas itu.. cerita Liana tersebar, hampir satu sekolah. Ada yang mereka-reka cerita mengatakan pernah terlihat sesuatu di bumbung asrama. Habis rosak cerita sebenar.
Di dalam kelas 5 sains 1, Eja memandang Liana, dia keseorang, Eja mengambil peluang ini untuk bertanyakan apa yang berlaku pada malam itu.

“Liana.. sihat tak.. macam mana cerita sebenar malam tu.. boleh saya tahu?” Tanya Eja

“Oo cerita malam tu.. Malam tu,saya terlihat sesuatu dah tetiba tidak sedarkan diri. Mungkin sebab saya banyak belajar, hati pun tak tenang , rantai yang terdapat tangkal yang ustaz saya bagi dulu pun terbakar. Sebab tu saya dirasuk lagi.” Terang Liana.

“ Tetapi sampai bila saya mahu bergantung pada rantai itu, saya yakin dengan Allah, dan akhirnya saya bebas dari saka nenek moyang saya. Sekarang saya tidak lagi menanggung saka nenek moyang saya. Saya cukup bersyukur. “ Liana tersenyum seumpama hatinya begitu ceria.

“Alhamdulillah awak dah sembuh. Ustaz ada bagi penawar ke?” tanya Eja lagi

“ Penawar bukan pada ustaz tapi pada Allah, ustaz hanya pemudah cara untuk kita mendapat penawar itu. Semua terletak pada diri kita sendiri. Kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah adalah penawarnya. Di sini jika saya lalai dari mengingati Allah, mungkin ‘dia’ dapat mendekati saya lagi. Alhamdulillah ujian Allah ini buat lindah saya tidak lalai dari menyebut nama-Nya. Saya bersyukur diuji begini. Setiap ujian yang Allah berikan itu, ada hikmah dan ada sebab di sebaliknya. Kita sebagai hamba harus sentiasa bersyukur atas nikmatnya.:” panjang lebar Liana bercerita dan diselitkan motivasi.

“Syukur Liana.. saya suka tengok awak sihat..” Eja tersenyum..
……………………………………………………………………………………………………
Hari ini adalah hari pengumuman keputusan SPM. Eja yang teringat akan mimpinya dahulu terasa takut pula mahu ke sekolah untuk mengambil slip keputusan SPMnya.

“Mimpi adalah mainan tidur, dan ia juga mainan syaitan.. Khadijah pasti mendapat keputusan cemerlang.. pasti punya..”  Eja berbicara dengan dirinya sendiri.

Riuh rendah di sekolahnya, masing-masing memegang slip , aduh berdebar pula. Eja menuju ke meja guru, cikgu tersenyum dan memberi slip keputusannya. Eja melihat keputusannya bagaikan tak percaya.. Alhamdulillah dia mendapat semua A..

“Eja.. kau dapat berapa?” tetiba Ikin datang. Dan mengambil slip di tangan Eja

“Wah.. Eja semua A.. dasyat la kau..” selepas itu Eja pula mengambil slip di tangan Ikin

“Alhamduliilah syukur pada Allah.. Wah kau pun Ikin, apa kurangnya 8A tu”

“Eja.. terima kasih dulu ajak aku study sama.. hehe terkenang cerita bilik study berhantukan hehe..” Ikin mengenangkan cerita dahulu..

“hehe.. cerita lama Ikin.. kalau la kita takut sangat, lagi la ‘dia’ menganggu kita.. kan sekarang dapat pengajaran.”

“Iye Eja.. aku tahu, aku gembira kenal kau.. keputusan SPM ni pun, aku tak berharap sangat, semuanya tertulis pada kertas sahaja tak bawa mati..”

“Wah Ikin, aku suka Ikin yang makin solehah ni hehe.. kita sambung belajar kat Mesir nak.” Cadang Eja.




“hehe boleh jugak…” Setuju Ikin. 

Sahabat baik yang semakin meneliti remaja dan akhirnya akan membawa diri ke alam lebih teruji iaitu alam pengajian tinggi..




>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tamat<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


CH>>panjang sangat cerita ni, mungkin tamat dan mungkin ada sambungannya.. huhu tapi rasanya korang mesti boringkan hehe layan jer la.. wasalam sayang..^^

bahagian sebelumnya~
Bahagian1
Bahagian2


.........................................................................................................................................................

Monday, May 13, 2013

Bilik study berhantu~ (Bahagian 2)



Malam menjelma... apa yg tersirat dalam kegelapan malam?


Bahagian  2

Keeerrrriiiinggg……!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bunyi loceng yang menandakan waktu persekolah telah tamat.. Eja dan Ikin berlalu untuk pulang ke asrama.

“Eja tadi yang aku nak bagitau benda halus tu, yang tu la, ala yang gitu, gitu..” sambil matanya memandang kiri dan kanan seumpama takut didengari orang lain.

“Gitu, gitu apa pulak ni.. tadi cakap halus, ni gitu, gitu pulak..” momel Eja

“Kau ni kan Eja , harap jer dalam kelas 5 sains 1 tu kau dapat nombor 1  pastu pelajar terbaik kat sekolah ni, tapi benda halus pun kau tak tau.. hish.. pening aku.. hantu la, hantu… faham…” geram Ikin dengan Eja yang tak faham-faham.

“Hah… Hantu.. hehe Ikin cerita kau ni betul ke.. kau pernah nampak ke?’’

“Tak la, aku tak pernah nampak, aku dengar orang cakap jer.. sejak akhir-akhir nak dekat exam ni, semua benda pelik berlaku..” Ikin seumpama mengeluh. Sekarang mereka melangkah masuk ke pagar asrama

“kau percaya ke? Mungkin diorang takut kita belajar lebih dari diorang sebab tu diorang bagitau macam tu.. kau jangan dengar la..”

“ Kau Eja pelajar terbaik sekolah ni.. tapi diorang tak pulak bagitau kau, aku rasa bukan sebab dengki ni, memang benda ni betul..” Ikin tetap menegas dengan kata-katanya.

Betul juga, aku pelajar yang cikgu target sebagai pelajar terbaik tak pula tau hal ni. Fikir Eja.

“Aku meletakkan Allah dalam hati aku.. ‘dia’ pun makhluk Allah Ikin, kita sebagai makhluk Allah yang lebih baik ciptaan dari padanya, jangan la merasa takut padanya lebih dari takutnya kita kepada Allah.. nanti kita boleh dianggap syirik kerana takut pada makhluk ciptaan Allah bukan pada Allah..”

“Iye Eja.. aku tau la.. tapi aku ni kan lemah semangat sikit hehe..” Ikin tersenyum kambing.

“Kau study la dengan aku malam ni.. jom la..” ajak Eja.. sambil memberi senyuman manis buat Ikin supaya dia bersetuju.

“Emmm… cam mana yer.. yela-yela.. kau jangan tinggal aku sorang-sorang tau..” Ikin bersetuju

“ish.. Ikin ni jangan takut sangat.. Allah ada bersama kita.. jangan takut yer..”

“ Ye la Eja..”

Di madhrasah, selepas waktu magrib, sambil menunggu waktu isya’, kebanyakkan pelajar di asrama ini akan membaca al-Quran dan ada juga yang keluar dari madhrasah awal-awal selepas waktu magrib, mungkin berlalu untuk mula  mengulangkaji pelajaran. Bagi Eja, dia lebih senang dengan mengisi waktu senggang ini dengan membaca al-Quran.

Masa untuk study. Selepas sahaja waktu isya’, Eja mengajak Ikin untuk ke ruangan study di tingkat paling bawah. Sememangnya ruangan study pelajar asrama adalah di tingkat bawah dan ada juga yang belajar di kantin asrama secara beramai-ramai.

Eja dan Ikin melangkah masuk ke bilik study.. ada beberapa orang pelajar sedang menelaah pelajaran. Suasana di sini sungguh sepi. Eja dan Ikin melangkah masuk perlahan-lahan supaya mereka yang berada di situ tidak terganggu.

“Eja, sampai pukul 11 jer tau..” rayu Ikin.

“Pukul 11 jer.. emm yela, tengok la nanti..”

“Eja.. jangan tengok-tengok, mesti balik bilik pukul 11 tau..” Ikin bercakap dengan nada perlahan, kerana khuatir menganggu pelajar lain.

“Ok, 11.30 kita balik bilik..” Eja meletakkan jari di bibir dan memalingkan muka ke arah pelajar lain. Ikin dengan mimik muka tidak puas hati, mencebik bibir pada Eja. Eja mengangkat kening dan tersenyum. Panas Ikin dibuatnya. Dan mereka mula menelaah pelajar.

Seorang demi seorang pelajar dalam bilik study itu mula pulang ke bilik. Tinggal la Eja dan Ikin sahaja yang masih mengadap buku di hadapannya.

“Eja dah 11 suku ni, jom la balik bilik” rayu Ikin.

“Ikin, kan aku dah cakap, pukul 11.30 kan.. aku tak habis lagi study kimia ni. kalau kau nak balik bilik dulu, balik la” Eja menjawab tanpa mengangkat muka dari buku.

“Iye la.. kita balik pukul 11.30..”

Sedang Eja dan Ikin menelaah pelajaran, tetiba terdegar bunyi hentakkan yang kuat..

“aaaarrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!” Jerit Ikin sambil memeluk Eja..

“Oii.. Ikin apa ni? Buku jatuh la.. dah la, sambung baca.. ish.. Ikin… Ikin..”

“Eja… jom la balik bilik..” rayu Ikin lagi.

“Ikin.. kejap la, tak habis lagi ni.. kau dah habis belajar ke? Aku minta kau baca sama,buat macam ala-ala study group gitu, kau tak nak.. Ni kau dah habis belajar, aku tak habis-habis lagi..” bebel Eja.

“Eja.. kau tu dah pandai, buat apa la belajar lama-lama..”

“sebab aku tak pandai la aku belajar lama-lama ni supaya jadi pandai.. ada faham cik Ikin.. dah-dah jangan membebel, aku nak hadam buku ni..”

Ikin yang berada di sebelah Eja mula merasa bulu romanya mengembang, hatinya diserang rasa takut yang teramat sangat. Teringat akan kata-kata Munah yang mengatakan bilik study berhantu. Aduh takutnya.

Bahagian 3 atau akhir nantikn ^^ ~“Dalam keadaan cemas itu, di sudut katil tersebut ,Liana dengan tangannya seumpama mahu menerekam sesuatu sambil memerhati orang-orang yang berada di situ. Mata membulat, seperti  dia bukan Liana yang mereka kenal.”

Bahagia sebelumnya~
Bahagian 1
Bahagian akhir~
.........................................................................................................................................................

Friday, April 26, 2013

Bilik study berhantu~ (bahagian 1)



“Kau tak tahu cerita ke.. ramai yang tak nak stay up kat bilik study tu sebab diorang cakap ada benda yang mengganggu diorang kat bilik study tu”
“Benda apa pulak? Lipas ke.. ala lipas jer pun, aku pijak jer dah mati.. jangan jadi gugurl sangat la. Perempuan kena kuat gagah perkasa tau tak..” sambil Eja menunjukkan bahunya untuk menunjukkan dia kuat.
“Ish bukan lipas la Eja.. benda lain.. benda halus..”
“Ish kau ni Ikin.. halus macam mana tu, selembut sutera ke..hehe”

Bahagian 1

Aku berjalan dengan perasaan takut. Takut  untuk mengambil keputusan SPM.. takut yang teramat sangat terasa menusut hati ni.. apabila slip keputusan sudah berada di tangan aku.. aku melihat keputusanku, ya Allah apakah ini!!  semua  subjek aku ambil dapat D..mati… matilah aku.. aaaaaaaarrrrrrr!!!!!

Eja…. Eja….. sayup-sayup nama aku dipanggil..
Woi Eja…!!! makin kuat nama aku dipanggil…
Eja baanguun!!!!!!! Terserentak aku.. pedih telinga ini, muka Ikin terpampang jelas di depan aku.. oh, aku bermimpi rupanya..

“Woi Ikin.. sakit telinga aku tau tak?”  Marah aku padanya..

“Kau tidur tak baca doa ke  apa.. aku kejukkan kau dari tadi lagi.. tak bangun-bangun, tu yang aku jerit kuat-kuat tu..” terang Ikin dengan begitu detail sekali.

“oo.. yela.. terima kasih la Ikin kerana  menjerit kat telinga aku dengan volume yang paling kuat ye..” sambil mencebik mukanya kepada Ikin.

“hehe padam muka…” Ikin menunjukkan ibu jarinya. Dan berlalu pergi dengan membawa perkakas mandi ke bilik air.

Keluhan panjang Eja kedengaran… apasal la mimpi tadi teruk sangat, takutnya aku.. tahun ni aku akan menduduki peperiksaan SPM, peperiksaan paling penting dalam hidup.. aku meneliti jam, la dah pukul 6.17 pagi. Dah lewat, aduh ni gara-gara aku study sehingga lewat malam menyebabkan aku tak sedar  bunyi jam pada pukul 5.30 pagi tadi.. semestinya waktu lewat begini bilik air asrama penuh dan aku pasti kelewatan hari ini.. Eja berlari dan mengambil perkakas mandinya pantas ke bilik air…

Aku melangkah pantas ke kelas, alamak doa dah habis baca, memang aku kelewatan la hari ni.. kelihatan pelajar 5 sains 1 seperti ketiadaan guru,aku mula bernafas dengan lega dan melangkah masuk ke kelas tanpa memberi salam..

“Khadijah… kenapa lewat?...” satu suara dari arah belakang aku.. alamak suara cikgu Zairie.. aku memalingkan muka perlahan-lahan ke arahnya dengan mimik muka terpaksa memberi senyuman buatnya..

“cikgu.. maaf saya tidur lewat semalam, tu yang saya terlewat datang kelas ni… maaf cikgu, saya ingat cikgu tak datang lagi sebab tu saya masuk ke kelas tanpa memberi salam..” rayu Eja.

“Tak pe, cikgu tak marah.. awak sebagai pelajar terbaik, jangan buat perkara ni lagi.. saya tahu awak belajar sehingga lewat malam untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi ingat kesihatan pun perlu ambil kira. Jangan selalu sangat tidur lewat.  Tamatkan masa belajar awak sebelum pukul 12 malam.. jangan berjaga selepas waktu tu..” panjang lebar cikgu Zairi memberi nasihat buatnya, cikgu Zairi ialah merangkap cikgu Matematik di sekolah ini.

“Baik cikgu..” aku berlalu dan duduk di kerusiku..

“sorry la Eja,aku tinggal kau.. aku tengok kau masih lagi berada dalam bilik air waktu aku mahu ke sekolah tadi, jadi aku terpaksa pergi ke sekolah dulu tanpa tunggu kau… sorry yer..” Ikin memohon maaf sambil matanya kuyu mengharapkan Eja memaafkannya.

“Tak ada apa la.. aku memang lewat hari ni, tak pe la.. aku kan selalu sorang-sorang jer.. tak ada apa la..” sambil Eja meletakkan buku-buku dan beg di atas meja.

“Eja.. kau study sorang-sorang ke semalam kat bilik study tu?” Tanya Ikin..

“Tak la, aku study dengan buku la semalam.. hahaha..” gurau Eja..

“Ishh.. aku serius ni, kau study sorangkan?” tegas Ikin

“yela.. kenapa ni..?” jawab Eja dengan selamba

“Kau tak tahu cerita ke.. ramai yang tak nak stay up kat bilik study tu sebab diorang cakap ada benda yang mengganggu diorang kat bilik study tu” mata Ikin membukat menunjukkan ceritanya yang begitu serius.

“Benda apa pulak? Lipas ke.. ala lipas jer pun, aku pijak jer dah mati.. jangan jadi gugurl sangat la. Perempuan kena kuat gagah perkasa tau tak..” sambil Eja menunjukkan bahunya untuk menunjukkan dia kuat.

“Ish bukan lipas la Eja.. benda lain.. benda halus..”

“Ish kau ni Ikin.. halus macam mana tu, selembut sutera ke..hehe”

“Pelajar sekalian.. hari ni kita mulakan kelas kita dengan bacaan doa..” cikgu Zairi mahu memulakan kelasnya.. cerita Ikin dan Eja berakhir di situ sahaja..

Bahagian 2 nantikan:
“Ikin yang berada di sebelah Eja mula merasa bulu romanya mengembang, hatinya diserang rasa takut yang teramat sangat. Teringat akan kata-kata Munah yang mengatakan bilik study berhantu. Aduh takutnya”

Bahagian 2~
Bahagia akhir~


.........................................................................................................................................................
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...