. »

Thursday, July 5, 2012

Perjuangan tanpa henti


Sheikh Bediuzzaman Sa'id Nursi..

wajah Sa'id Nursi, seorang yang sangat tegas dalam perjuangannya

Kata-kata Sa'id Nursi yang CH sangat suka.. boleh menjadi semangat kepada pejuang-pejuang Islam..^^

"Puji-pujian bagi Allah Maha Tinggi.. Saya sanggup mengorbankan kebahagian saya demi keselamatan IMAN masyarakat. Saya tidak inginkan Syurga atau pun takutkan neraka. Semoga seribu Sa'id Nursi dikorbankan untuk memelihara keimanan negara. Syurga akan menjadi penjara bagi saya andainya sudah tidak ada lagi orang-orang yang beriman kepada al-Quran. Sebaliknya, saya merasa senang dan puas walaupun jasad saya sedang dibakar api oleh neraka, apabila saya tahu keimanan negara masih terpelihara.."




Sayyid Qutb 
Wajah Sayyid Qutb.. tenang wajahnya,walaupun dalam tahanan..

Sayyid Qutb sebelum digantung mati kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:

“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”



............................................................................................................................................................................................................

Ini kata-kata Ulama' yang cukup mantap dalam perjuangan.. mereka ini dalam hidupnya hanya memikirkan masalah ummah.. fikirkan tentang Islam, memperjuangkan Islam habis-habisan, dikeji, dicaci, malahan hampir dibunuh, mereka(ulama') masih teguh dengan perjuangan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Sa'id Nursi pernah dihukum penjara, selama puluh-puluhan tahun, tetapi walaupun dia berada dalam penjara, dia tetap menyebarkan dakwahnya semasa dalam penjara, sehingga banduan di dalam penjara sedar dan insaf. Sehingga begitu sekali perjuangan dakwahnya, di mana letaknya Sa'id Nursi dakwahnya tetap disebarkan..

Banyaklah tentangan terhadap Sa'id Nursi, ketika zamannya, di Turki, berlaku pemodenan, zaman ini budaya barat mula memasuki Turki, Sa'id Nursi habis-habisan menentangnya dengan penulisannya iaitu risalah An-Nur, risalah An-Nur yang ditulis Sa'id Nursi dikatakan menentang kerajaan, menyebabkan Sa'id Nursi diancam, dan dimasukkan ke dalam penjara akibat hal ini, lama Sa'id Nursi di dalam penjara, hampir puluh-puluhan tahun. Namun selepas itu, kesnya dibicarakan semula dan menunjukkan tiada bukti membuktikan yang risalah An-Nur Sa'id Nursi itu mengandungi unsur politik, dan Sa'id Nursi dibebaskan dari hukuman penjara. Tetapi hidup Sa'id Nursi selepas itu tetap seperti dalam penjara, ada sahaja orang yang mengintipnya, malahan ada yang cuba menembaknya dari belakang. betapa menderita hidupnya, tetapi Sa'id Nursi tetap meneruskan penulisan risalah An-Nurnya itu sehingga siap. kerana risalah itu, Islam masih ada di negara itu. Risalahnya itu menyebabkan ramai yang faham akan Islam.. cukup indah karangan risalah An-Nur, CH ada membacanya, walaupun tidak kesemua isi risalah An-Nur.

Sungguh sedih kisah Sa'id Nursi ini, apabila Sa'id Nursi meninggal, pemerintahan negaranya terus meluaskan penyebaran budaya barat itu. Malahan kerana pemerintah itu terlalu marah dengan Sa'id Nursi, kerana ketika Sa'id Nursi hidup, dia tidak dapat melaksanakan budaya barat itu. mereka sepakat mengali kubur Sa'id Nursi disaksikan oleh adik Sa'id Nursi(subhanallah CH lupa nama adiknya itu)..dan mayat Sa'id Nursi dibawa dengan kapal terbang ditanam di suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.. semoga mujahid ini aman di sana, hanya Allah sahaja yang tahu betapa besar pengorbanan mereka terhadap Islam.

Ulama'-ulama' kebanyakkan tidak sempat berkahwin.. betapa mereka ini hanya mahu Islam itu tertegak dengan baiknya di bumi Allah ini sehingga tidak sempat memikirkan kebahagian diri mereka sendiri.. seperti yang Said Nursi katakan, dia sanggup korbankan kebahagian dirinya demi Islam. Walaupun Sa'id Nursi tidak berkahwin tetapi Sa'id Nursi sangat menghormati kaum hawa, jika Sa'id Nursi terserempat dengan wanita, pasti Sa'id Nursi akan tunduk pandangannya, cukup Sa'id Nursi menjaga pandangan.. pernah seseorang bertanyakan hal ini, mengapa Sa'id Nursi tidak berkahwin, jawapan yang diberikan,Sa'id Nursi bukan tidak mahu berkahwin tetapi dia tidak mahu menjadi seorang suami yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab, kerana sibuk dengan perjuangan..

Jika sahabat-sahabat baca kisah mereka, sahabat pasti sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. tanpa pergorbanan mereka itu mungkin kita tidak akan merasa keindahan Islam hari ini, bersyukurlah sahabat. CH tak dapat nak ceritakan mengenai Sayyid Qutb dengan lebih detail, kerana CH tidak sempat mencari buku kisah hidupnya..

Terima kasih buat sahabat CH, kerana memberi pijam buku tentang Sa'id Nursi kepada CH.. Cuba la sahabat baca, sungguh CH telah jatuh cinta akan buku-buku seperti ini.. tinggallah Novel, tinggallah sesuatu buku yang melalaikan, cubalah cari buku yang memberi kita kesedaran tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat baginda..



CH cadangkan buku-buku ni:



InsyaAllah CH tengah mencari buku ni..
Buku CH baca tu sama macam ni,
cuma penulisan dalam bahasa Melayu..
Maaf, CH tak dapat cari gambar buku tu
dalam internet.. tapi sahabat cuba la cari.


banyak buku-buku ulama', mungkin sahabat boleh cari.. bacalah buku yang mengingatkan kita kepada perjuangan Islam supaya kita sedar betapa pentingnya berjuang menegakkan Islam di bumi Allah ini.. ^^ dan selepas ni boleh la cuba-cuba belajar kitab pula..


p/s: Ok sahabat CH tinggalkan sahabat dengan kata-kata ini.. renungkan..

 "Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di bumi kamu..."

~Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna

.........................................................................................................................................................

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...