. »

Wednesday, July 4, 2012

Pandai Memasak Juga Sunnah




Umum diketahui Saidatina Khadijah r.a. pandai memasak dan menguruskan suaminya, Rasulullah SAW. Begitu juga Saidatina Aisyah r.a. Jadi, dengan kata lain, jika nak jadi wanita yang solehah, memasak itu perlu tahu samada asas atau expert dalam menguruskan rumahtangga. Namun dicatatkan juga dalam sirah, Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur. Jika Nabi SAW tidak pandai memasak, mustahil Nabi SAW mampu membantu isterinya. Nabi SAW biasa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah. Mustahil Nabi SAW menyusahkan orang lain dengan pekertinya yang mulia. Jadi, tidak mustahil Nabi SAW pandai memasak. Secara logiknya begitulah. 

Rasulullah SAW juga manusia biasa, namun bukan suami biasa.

Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW. Kalau kita, tentu dah hangin atau hilang sabar, mengeluh-ngeluh, bercakap tentang duit dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan dapur Rasulullah SAW.

Tapi, bahan-bahan di dapur Rasulullah SAW tidak se'mewah' bahan-bahan masakan seperti di dapur kita. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa di rumah Rasulullah SAW pernah tidak dinyalakan api untuk memasak makanan selama tiga bulan. Kemudian, hingga wafat Rasulullah SAW tidak pernah kenyang memakan roti dan minyak dua kali dalam sehari. Manakala makanan-makanan asasi rumahtangga Rasulullah SAW, Aisyah r.a. mengatakan, "Dua bahan makanan, iaitu air dan kurma, di samping ada seorang tetangga Rasulullah dari kaum Ansar yang memiliki binatang perahan. Mereka selalu memberi susu dan kami meminumnya."

Moral:

Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri. Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

kerdit by: Rusydee art

p/s: sungguh mulia Rasulullah s.a.w dengan sikap zuhudnya(sederhana).. kena pandai masak la.. tak kira laki ke pempuan, tapi pempuan memang WAJIB kena pandai masak, nama lagi pempuan , rugi pempuan tak pandai masak hehe.. ^^ CH pun dalam proses belajar memasak.. yela, tak sempat nak masak sendiri, duk universiti ni makan kat kedai, tak gitu.. CH nak pastikan suami dan anak-anak makan masakkan CH jer.. ^^ supaya tahap kebersihan dan keberkatan tu ada pada makanan kita masak, kat kedai mereka tak kisah sangat semua ni.. makanan terbaik adalah masakkan yang disertai dengan zikir dan kasih sayang seorang isteri.. ^^ ape tunggu lagi, belajar masak bagi yang tak pandai masak..CH akan pastikan masakkan CH la paling terbaik di dunia dari segi rasa, kesedapan dan keberkatan masakkan tu hehe...

3 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

bahagia dunia akhirat insyaAllah... :)

Khairul said...

kene masuk dapur jugak nih mulai skrg!
Chaiyyok2!! \(^0^)/

Cahaya Hidupku said...

Bulan Syurga Firdausi>>
insyaAllah, bahagia dunia n akhirat

Akhi Khairul>>
Bagus la.. ^^ bantu ibu di dapur dulu..
Pastu dah ada zaujah, bantu la zaujah pula..
insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...