Kelas Pertama
Friday, January 6, 2023
Kelahiran baby Pertama : Gentle birth
Saya bersyukur masa pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama saya ada ilmu kelahiran.. Masa tu saya mengadungkan 3 bulan, dipujuknya suami untuk masuk kelas Kelahiran (Doula).. masa tu suami tak nak.. yela beranakkan push jer.. saya cakap saya target tak nak episotomy (gunting) walaupun kelahiran sulung.. biasa wajib la episotomy bila anak sulung ni (pengalaman2 seram akak2 sy buat sy cari ilmu bersalin).. dengan bebekalkan komen2 dari orang yang dah masuk kelas Doula tu saya tunjuk pada suami.. dia nak tak nak jer.. “Ok lah...” katanya.. rasa nak melompat gembira.. dia rasa berat hati nak gi kelas, yela sebulan tu (hujung minggu) nk kena hadir kelas dah la dari pagi sampai petang, macam office hour..
Apa yang jadi? Kelas pertama kami secara private.. hanya saya dan suami jer.. sebab saya tertinggal kelas pertama dgn 4 pasangan lain.. habis kelas pertama, suami cakap “alhamdulillah, syukur dapat masuk kelas ni, abang akan pastikan untuk jaga sayang betul2..” lebih kurang begitu la ayatnya, dah hampir 3 tahun yg lalu, tapi ingatlah ayat tu.. tu baru kelas pengenalan suami dah rasa “Wow”..
Dan dia begitu excited untuk hadir kelas2 seterusnya walaupun asalnya dia la yg kata “abang sebenarnya malas nak hadir kelas2 ni”.. siap dalam kelas dia banyak tanya soalan.. dan sampai sekarang dia duk sebut “syukur masuk kelas”.
Dari kelas ni saya tahu dan kenal diri saya.. macam mana nak kelahiran yang mudah.. yer kena usaha jaga pemakanan, exercise, praktis penafasan yang betul.. dan untuk buat kita usaha betul2 tu bila doula guide tiap2 bulan keadaan diri dan baby.. cara diet kita macam mana, exercise dan macam2 lagi sampai kita beranak, dari malas terpaksa rajin..
Dan untuk pengetahuan semua masa pregnant tu saya ada cyst, saya tahu masa preggy 6week, first scan. Masa preggy 3 bulan pun masih ada dengan ukuran yang sama, mungkin berkat jaga diet/cara pemakanan yang betul dengan izin Allah cyst tu tak de.. saya ikut hospital kerajaan punya schedule jer, jadi scan seterusnya masa preggy 5 bulan.. mmg cyst tu dah tak ada..
Dalam kelas tu tak ada doula suruh kitaorang beranak kat rumah.. memang tak ada.. lebih kepada macam mana nak kelahiran natural.. dan suami pun dapat bersedia macam mana nak hadapi kalau terberanak.. maksudnya suami ada ilmu untuk handle kalau2 kita terberanak.. contoh masa tu banjir besar, bantuan tak sampai, nak beranak dah ni, suami tahu nak hadapi macam mana kalau saya terpaksa beranak dengan hanya ada dia.. So, dalam kecemasan ni suami tahu apa nak buat.. nyawa kita dan baby pun selamat.. tak adala dia cemas dan blur.
Masa kelahiran anak pertama tu, saya memang kira redha jer apa orang nak buat kat saya sebab kita dah sakit masa tu, dah tak ada dah nak cakap “jgn gunting”.. semua dah redha, tapi syukur suami ada, nurse ikutkan nak gunting dah, suami kata “ tak pe tunggu isteri sy boleh lahir natural”.. ubatan2 masa tu pun saya tak ambil.. kita ada hak untuk tolak, Allah dah ciptakan diri wanita ni untuk melahirkan, tak perlu bantuan alat pun kita boleh lahirkan.. betul? Kecuali memang kita perlu, jangan tolak2..
Masa push tu saya kena paksa push, sedangkan tak ada contraction.. saya cakap “tak ada contraction macam mana nak push”.. diorang senyap la saya ckp macam tu.. CTG tu bukan betul pun diri kita jer tahu keadaan diri kita.. no contraction, no baby.. tapi tu la suruh sy push walaupun tak ada contraction..
bila bercerita pasal beranakkan anak pertama kat suami, saya cakap saya tak suka part push tu, siap nurse tu ugut "lambat baby keluar saya panggil Dr lelaki" sbb sy awal2 minta tak mau Dr laki.. aduhai, kenangan betul.. stress betul part push, nak dekat sejam juga la baru baby keluar.. Baby keluar kepala terus satu badan, dan nurse terus letak atas dada saya.. uri pun keluar lepas beberapa minit jer lepas baby lahir, masa tu suami terkejut sebab memang cepat uri tu keluar, saya rasa tak sampai 5 minit pun. Suami memang kena tengok uri tu betul2 lengkap ke tak supaya tak ada tertinggal dlm rahim kita (ni pun ada kak mas bgtau dlm kelas)..
target lahirkan tanpa episotomy berjaya dengan koyakan 1st dgree.. hari ketiga luka dah sembuh.. ok lah tu.. tq nurse dan bidan yg handle saya, lepas jer selesai terus dia minta maaf pada suami dan saya. “Saya minta maaf sebab garang, kalau saya tak buat macam tu isteri encik tak semangat nak lahir” kata nurse tersebut.
InsyaAllah seterusnya tanpa koyakkan ameen..
Untuk doula,Tq
Panjangnya cerita 😊
Next kisah baby no 2...
Saturday, June 20, 2020
Kita di tahun 2020
Assalamualaikum..
4 tahun sudah CH tidak menulis apa pun..
Cepat masa berlalu.
dah berapa kali CH nak menulis..
nak say hye pun kira oklah kan..
tapi tula buka jer tak jadi tulis..
so hari ni kira buat sampai jadi :)
Terima kasih buat sahabat yang masih ke sini.
Maaf jika komen-komen tidak dibalas.
CH ada ternampak satu komen pasal suhu untuk buat biskut semperit haha..
Dipenghujung Syawal yang masih berbaki ni, CH ingin memohon maaf buat semua.
Semoga Allah pilih kita menjadi hamba- Nya yang sentiasa dijalan yang benar dan diredhai-Nya
Dijauhi fitnah dunia, fitnah dajjal
Wassalam sahabat
disaat ini,
ditempat CH,
Hujan sedang membasahi bumi,
Ya Allah,
Moga Kau tetapkan kami dijalan-Mu,
Bahagiakan kami atas redha-Mu,
Jaga kami dengan Iman-mu,
Satukan kami hingga ke jannah-Mu.
Doa ketika hujan ni makbulkan :)
4 tahun sudah CH tidak menulis apa pun..
Cepat masa berlalu.
dah berapa kali CH nak menulis..
nak say hye pun kira oklah kan..
tapi tula buka jer tak jadi tulis..
so hari ni kira buat sampai jadi :)
Terima kasih buat sahabat yang masih ke sini.
Maaf jika komen-komen tidak dibalas.
CH ada ternampak satu komen pasal suhu untuk buat biskut semperit haha..
Dipenghujung Syawal yang masih berbaki ni, CH ingin memohon maaf buat semua.
Semoga Allah pilih kita menjadi hamba- Nya yang sentiasa dijalan yang benar dan diredhai-Nya
Dijauhi fitnah dunia, fitnah dajjal
Wassalam sahabat
disaat ini,
ditempat CH,
Hujan sedang membasahi bumi,
Ya Allah,
Moga Kau tetapkan kami dijalan-Mu,
Bahagiakan kami atas redha-Mu,
Jaga kami dengan Iman-mu,
Satukan kami hingga ke jannah-Mu.
Doa ketika hujan ni makbulkan :)
Sunday, June 19, 2016
Perkahwinan saya
Assalamualaikum..
Wah hampir setahun CH tak ke sini.. CH ada, tapi agak busy
dengan komitmen hidup. Emm.. Sebenarnya banyak yang CH nak share. Tapi tak
berkesempatan.. Nak share pasal Ma CH yang dapat menunaikan haji pada bulan
September tahun lalu. Tapi CH tak sempat nak up cerita tu. Mungkin lain kali.
Kali ini CH nak updatekan pasal perkahwinan CH sendiri.. Syukur kurniaan Allah atas jodoh ini..Mungkin dah terlewat nak update kat sini..
Alhamdulillah, tanggal 12 March 2016, 12 tengahari, dengan
sekali lafaz, Nurhayati(CH) sah menjadi isteri kepada Ahmad Shukeri. Emm tak
sangka cepat betul masa berlalu. Macam tak caya dah kahwin..
Ramai yang bertanya? Macam mana kenal?.. Soalan ni sangat
famous.
Tempoh perkenalan yang tak ada la panjang pun. Lepas tu kami
bertunang 3 bulan dan berkahwin ^^.. Tapi suami CH ni seorang yang serius untuk
mengisterikan CH. Itu yang CH suka, tak ada nak tanda2, cop2 CH sebelum betul2
untuk bernikah. ^^ impian CH tu kiranya betul2 jadi kenyataan.
Sebelum bernikah, tempoh taaruf
Masa ni tempoh kiranya dalam perkenalan. Still dalam
istikharah. 2,3 bulan selepas taaruf, suami bawa jumpa mak dia. Rasa nervous tu
tak tau nak cakap, tapi mak dia sangat menerima CH dengan baik. Sangat
dipermudahkan. Walaupun family suami CH ni dia agak orang ‘bandar’ dan CH orang
‘kampong’ jer, tapi family dia sangat menerima CH dengan baik. Itulah sebab CH
happy, dan rasa segalanya dipermdudahkan.
Setiap kali suami CH ajak CH keluar makan (biasa cuti am),
masa ni dia akan bawa mak dia sebagai
orang peneman kami berjumpa.. ^^ sebab tu CH agak baik dengan mak nya walaupun
sebelum berkahwin lagi. CH suka hubungan yang terjaga, sebab dari situ kita
akan membentuk perwatakan bakal generasi kita nanti. InsyaAllah. Dan dari situ
jugak kita boleh lihat, sama ada dia sebenarnya seorang yang menjaga hubungan
atau tak.
Penerima family CH
Walaupun CH orang pantai timur, mungkin agak kuat untuk
berkahwin dengan satu negeri, apabila CH menyuarakan yang suami CH nak jadikan
CH isteri, ma CH terima. Ma CH cakap “Apa masalah negeri lain2, semuanya
sama..” Selama ni dalam doa CH, CH minta “Ya Allah, berikanlah aku seorang
suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia
& di syurgaMu.”
Tak da pulak satu negeri dalam doa tu haha.. Yang beragama
walaupun negeri mana2 pun, kenapa tak bolehkan? Dari situ CH istikharah,
bukakan hati dan CH terima suami CH.
Perhubungan yang dirahsiakan
Bertunang hanya sekadar family yang tahu. Tak ada pelamin,
hanya dulang2, dan cincin merisik dan bertunang. Yang penting ketika itu, belah
lelaki datang untuk meminang dan tetapkan tarikh kahwin. Alhamdulillah,
walaupun berbeza negeri, tapi segalanya dipermudahkan, semua tampak gembira
masa bertunang tu..
Perkahwinan
Majlis belah CH yang agak ringkas, tiada makan beradat,
hanya makan bersimpuh ^^ masak rewang sesama orang kampong. Memang super jimat,
duit boleh di simpan untuk kehidupan bersama suami nanti, bukan sekadar untuk
di habiskan untuk majlis sahaja.
Itu sahaja sharing CH,
tak tahulah sama ada boleh di ambil pengajaran dan isi dari sharing ni. Akhir
kalam, doakan moga perkahwinan CH ini sentiasa diberkati Allah, dikurniakan
anak yang soleh dan solehah, berbahagia insyaAllah hingga ke syurga.. amin
First bersalaman sebagai suami isteri.. Malu sangat, CH terus lepaskan tangan suami.. Kelakar, sebab rasa lain sgt bila bersentuhan.. |
Antara barang2 hantaran |
Bersama ma yg tersayang... |
Antara family CH.. |
Mak abah belah suami |
Makan beradat CH.. :) |
2 April 2016.. bersamaan hari lahir CH.. Majlis belah suami..
Sahabat PMI |
Ni semua adik beradik belah suami.. |
Wassalam sayang..
Sunday, March 29, 2015
Putus cinta
Putus cinta, cinta tak kesampaian.. emm bunyinya macam sangat sakit tajuk
kali ni.. Dah terlalu lama yer CH tidak mengulas pasal cinta.. sangat lama
rasanya blog ini tak sentuh isu cinta, alhamdulillah kali ini Allah gerakkan
hati ini untuk menulis mengenai CINTA untuk sekian lamanya.
Sejak akhir-akhir ini, CH sering dikhabarkan dengan perkhabaran PUTUS CINTA.
Dekat FB ada jer sahabat menulis mengenai putus cinta, sahabat meluahkan isi
hati mengenai putus cinta. Itu yang menyebabkan CH tergerak untuk ulas dan
share mengenai putus cinta disini. Sebenarnya putus cinta ini sakit, bagi yang
pernah mengalami emm CH rasa semua mungkin ada pengalaman kot huhu.. sangat
sakit putus cinta ni..
Baru-baru ini ada kawan CH murang sangat, dan makan tak
lalu.. sebenarnya keadaan dia itu akibat dari putus cinta, okey kita namakan
dia sebagai hamba Allah A. Tiba-tiba A cerita yang dia putus cinta. A ni mula menangis.. Katanya lelaki itu akan bertunang
dengan orang lain, A dah bagitau lelaki itu yang dia sayang lelaki tu dan nak
kahwin dengan lelaki tersebut. Tapi lelaki itu tak dapat tolak pemintaan maknya
yang mahu meminang wanita lain.. emm sedih storynya, hampir 8 tahun rasanya A berkawan
dan bercinta dengan lelaki tersebut.. Keadaan A sangat sengsara jer tengok dia, menangis dan tak dapat buat kerja langsung, memandang computer,
tapi dia langsung tak focus pada kerja. Tapi alhamdulillah Sekarang dia nampak dah
mula happy.
Baru-baru ini juga kisah seseorang ni, selepas CH solat,
CH mengemas kain telekung, CH tengok dia menangis, CH namakan dia hamba Allah B
yer.. pada masa tu kakak yang sama team work dengan B ni cakap “sabar akak,
sabar”.. dan dia berlalu pergi untuk sambung kerjanya. Mulanya CH ingat B
menangis sebab banyak kerja, sebab banyak project under dia kena submit. Tapi rupanya
masalah putus cinta. B ni pernah
bertunang dan putus tunang. Lelaki tu pun dah kenal family B ni, dan B dan
lelaki tu pun dah rancang untuk berkahwin, tiba-tiba lelaki tu kata tak boleh
nikah sekarang dan dia mungkin nikah lambat lagi sebab familynya perlukan dia,
dan dia perlu kerja untuk familynya dulu.
Dan akhirnya mereka putus, kisah putus ni tahun lepas lagi. Masa B putus tu, B cakap macam mana, dia duduk tepi tasik
sorang2, macam orang gila, sedih kat tepi tasik tu. Fikir nak bomohkan lelaki
tu, macam-macamlah, menangis jer, sebab dia fikir hampir nak nikah, tapi tak jadi, macam
mana tak sakitnya. Benci sangat2 pada lelaki tu. Tapi kali ini yang B menangis adalah kerana dia tertengok di
instagram lelaki tu yang lelaki tersebut sudah bertunang dengan perempuan lain. Sebenarnya B nak sambung balik dengan lelaki ni, walaupun sekarang B dah ada calon lelaki baru, tapi dia nak kat lelaki tu lagi . Tapi tak sangka, dulu katanya nak kahwin lambat lagi, tapi sekarang tunang dengan
orang lain pulak. Seperti B di permainakan. Huhu Sedih jugak tengok B, masih membenci dan berdendam kembali pada lelaki tu. B ni suka stalk bekas
tunangnya, itu masalahnya, kalu tak stalk mesti tak dapat tau cerita bekas
tunangnya bertunang dengan orang lain. Tapi tula sebab dia sayang sebab tu dia
selalu stalk.
Lagi kisah putus cinta..
Tapi kali ni lelaki. CH namakan hamba Allah C. C ni memang seorang yang
senyap kat office. Hanya bercakap mengenai kerja. Mungkin dia terlalu sakit kot
kemudian dia bercerita masalah dia. C ni
kata, dia putus cinta ramai dah, dulu kat universiti semua orang tahu siapa
couplenya. Alih-alih mereka putus. Tapi kali ini katanya dia putus dengan
wanita lain. Dia kata tahun lepas dia tak balik raya kat kampong, tapi dia ke
pulau untuk tenangkan fikiran. Katanya hampir RM10k habis macam tu jer kat pulau
tu. Dasyat lelaki, sedih macam tu sekali.. Dia kata dia nak kahwin, tapi pihak
wanita pula yang tak nak. Sebab dia seorang yang boring, mesej tak balas, sebab
dia kata dia bukan jenis balas mesej. Itu yang semua perempuan putus dengan dia
sebab dia seorang yang boring. Emm gitu pulak ceritanya..
Yang ni pulak kisah seorang hamba Allah, CH namakan
sebagai hamba Allah D.. D ni dia boleh
bertemu lelaki ni sebab lelaki tu cuba merisik dia melalui sahabat D ni…
kiranya sahabat D ni menjadi orang
tengah. Dan dalam duk merisik dan taaruf, mereka ni mula mengikat janji. Lelaki
ni menemui mak ayahnya. Kiranya mak ayahnya kenallah lelaki ni. Dan D ni pun
baik jer dengan family lelaki ni. Tapi suatu hari lelaki ni nak sambung belajar
Master dan seterusnya PhD. Jadi ada masalah dengan perhubungan mereka nilah.
Pihak lelaki mungkin akan habis belajar dalam 5-7 tahun lagi, dan mungkin
umurnya 29 tahun macam tu. Ayah lelaki tak bagi kahwin dalam pengajian, sebab anaknya tak kerja,
selagi tak kerja, tak boleh kahwin. Sebulan mereka ni diberi tempoh istikharah
balik samada nak putus ke teruskan. Dalam tempoh tu, memang dah puas D ni
nangis, sebab bagi D dia rasa hubungan ni akan putus..
Dan bila selepas
sebulan. Jawapannya mereka memang putus. Tapi D ni tak nangis pun lepas putus
tu, mgkin sebab dia dah sebulan duk nangis sblm putus tu kot. Selepas tu D ni
mula rengang dengan sahabat baik merangkap orang tengah tu. Boleh dikatakan
disalahkan orang tengah sebab hubungan yang tak jadi ni. Hampir setahun juga
rasanya dia tak stabil dengan membenci pada lelaki tu membuak2 dan tak boleh
berhubung dengan sahabat baik dia orang tengah tu. Katanya, bila mesej ke, berhubung
ke dengan sahabat baik dia atau orang tengah tu, dia rasa sakit sebab
teringatkan lelaki tu.. Sebab dia sayang lelaki tu, memang dia nak nikah dengan
lelaki tu, tapi tak jadi, itulah yang lama juga dia nak kembali menerima
sahabat baiknya itu dan cakap pasal cinta pun payah dengan dia, kalau dulu ajak g majlis kahwin pun dia tak nak, dia rasa sedih. Sampai gitu sekali. Sekarang mungkin dah hampir 2 tahun kot diorang berpisah, Alhamdulillah
hamba Allah D ni dah okey. Katanya, dulu tu dia belum matang, sampai orang
tengah dipersalahkan dan lelaki tu pun dibenci, nak cakap pasal cinta pun tak boleh. Tapi sekarang hubungan dengan
orang tengah pun dah okey. Mereka bersahabat seperti dulu. D pun happy dan ceria walaupun orang duk tanya dia bila nak kahwin pun, dia tetap boleh senyum, mungkin sebab dia dah redha.
Kisah-kisah kat atas ni kisah berlainan. Tapi kisahnya
putus cinta. Mungkin bagi perempuan bila dia putus cinta, dia memang akan cuba
membenci lelaki tersebut. Sebenarnya dia sayang, tapi benci tu sebab supaya dia
lupa lelaki tu. Tapi kalau kita tengok kisah yang lelaki pulak yang putus cinta,
sebenarnya hampir gila jugak dia frust hingga duk pulau di hari raya, habis
duit RM10k sebab putus cinta.. Cuma lelaki ni kita tak nampak macam mana dia
sakit bila putus cinta. Emm CH pun fikir lelaki ni bila putus cinta, ala
diorang ada perempuan lain nak cari huhu.. tapi tak sangka lelaki ni frust
macam tu sekali. Sebenarnya banyak kisah
putus cinta ni, tapi CH tumpukan yang ni sahaja.
Okey, melalui kisah-kisah ni banyak pengajarannya.
1.
setiap apa yang berlaku ada
hikmahnya. Mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Atau Allah nak
kita perbahru iman untuk bersama semula sebagai suami isteri yang sah.. mungkin
perpisahan sebagai penguat lagi iman dalam diri.
2.
itu menunjukkan tiada jodoh. Sekuat mana kita
cuba bertahan, sekuat mana kita cuba merancang untuk bersama, tapi tetap putus,
itu maknanya, dia bukan jodoh kita. Sebab ketetapan adalah dari Allah.
3.
Allah mahu menguji. Berapa ramai hamba Allah
yang redha dengan ujian ini.. lagi-lagi ujian putus cinta ni. Sekuat mana iman
pun, akan ada terdetik rasa tak redha. Tak redhalahkan bila kita membenci orang
yang pernah kita cintai dan putus tu. Kenapa nak membenci, kalu kita redha kita
takkan membenci. Redhalah atas ujian Allah ni, mungkin ada sebab Allah
menghalang kamu dari bersama.
4.
Allah mahu melihat kamu
sujud padanya. Setelah kita diuji, menangis, sakit, menderita, kita cerita pada
manusia untuk melepaskan kesedihan, tapi tidak mungkin untuk mendapat ketenangan.
Hanya dengan berdoa, memohon pada Allah akan dapat ketenangan. Ingat hanya pada
Allah tempat kita mengadu. Kalau kita mengadu kat manusia, manusia tak dapat
ubah apa-apa pun. Minta sungguh-sungguh pada Allah.
5.
sebab Allah pisahkan kamu
adalah kerana mungkin hubungan kamu itu menjauhkan kamu dari Allah. Check balik
hubungan yang telah dibina hingga terputus. Mungkin hubungan itu tak menjaga
batas pergaulan, selalu mesej, call tanpa urusan penting sehinggakan Allah
berada ditakhta kedua dihati. Cinta dihati seumpama bakal pasangan itu yang
paling dicintai, kalau boleh scan cinta tu 100% pada bakal pasangan tanpa
tinggal sedikit pada diri sendiri dan cinta pada Allah. Sebab tu Allah
pisahkan. Selepas berpisah, kamu mula mencari Allah, kamu mula merintih pada Allah, yang sekian lama dia yang melebihi Allah. Itu
sebabnya Allah pisahkan dia supaya kamu dekat dengan Allah.
Itu mungkin sebab putus cinta, sekarang CH nak share tip melupakan.
Mungkin ada yang tanya,
“ saya perlu menunggu dia, atau melupakan”
Menunggu itu satu benda yang tak pasti, dan CH tak kata melupakan itu
sesuatu yang baik. Tetapi melupakan itu adalah lebih baik supaya hati lebih
tenang dan gembira. Kalau ada yang kata “saya nak tunggu jugak dia”. Boleh nak
tunggu, tapi kita tak pasti, ya ke dia masih sayangkan kita, entah-entah dia
dah ada penganti kita ke. Cara terbaik bagi CH jangan berharap lagi, cuba bina
hidup baru.. Sebab berharap dan menunggu adalah sesuatu yang menyakitkan. okey,
Cara melupakan kita gunakan kaedah Ibnu
Mas’ud RA mengenai hati resah
Cara melupakan yang kedua:
1.
Jika ada dia di Facebook
kamu, jangan block, jangan unfriend, tapi hide sahaja postnya dihome kamu. Jika
keluar post dia terus tekan hide. Dan semua post yang dia post takkan keluar
lagi dihome kita. Kalau rasa dia suka komen kat post kawan dia, dan kawan dia
ni friend awak, hide jer ngan kawan-kawannya sekali. Kalau hide awk jer tahu
siapa yang awak hide, tapi kalau unfriend semua orang akan pelik kenapa awak
unfriend dia, nanti semua orang musykil.Tapi CH tak tahu nak unhide balik camne hehe.. CH selalu hide kawan FB yang suka post benda tak senonoh, CH tak buang dia dari jadi kawan CH tapi CH hide sebab CH nak post yang CH post boleh dakwah dia.. insyaAllah (eh.. sorry keluar dari tajuk putus cinta pulak)
2.
Dah hidekan, jadi, jangan
sesekali stalk dia lagi. Walaubagaimana kuat pun hati nak tahu dia dah ada
orang ke, rindu awak lagi ke, awak rindu dia ke,apa-apa jela, jangan sesekali stalk.
Sebab awak akan sakit lebih lagi, dan awak pasti takkan tenanglah, mesti duk
murung teringat kat dia, macam kes Kakak B yang memang suka stalk bekas tunang dia,
tu yang orang bahagia, tp kita akan nangis tengok dia dengan orang lain.. jangan sesekali stalk
okey.. dengar cakap CH ni.
3.
Buang no hp dia dalam
simpanan contact kita. Kalau ada no adik dia ke, ayah, mak, kakak dan
sebagainya, delete jer. Sebab kalau pempuan ni, dia akan contact balik lelaki
yang dah putus dengan dia ni. Kadang-kadang contact marah si lelaki tu. Tiba-tiba
contact “tolong buang buku yang saya bagi kat awk”.. yang lelaki tu balas “baik”..
lagi hangin dianya pempuan tu. Tapi hakikatnya wahai lelaki, bila pempuan marah
macam tu sebenarnya diorang sayang korang lagilah tu. Tapi lelaki tak fahamkan.
Jadi delete jer nombor hp tu dan korang takkan boleh contact dia ag.. segala mesej, tak kiralah mesej tentang dia dari orang tengah dan mesej dia sendriri ke, padam jer semua.. okey..
Pasti lebih tenang.
4.
Jangan salahkan sesiapa pun
akibat hubungan yang terputus ni. Macam kes hamba Allah D tu, dia cuba salahkan
orang tengah yang cuba menolong, tapi bila putus jadi musuh pulak. Sedangkan
semasa sebelum putus orang tengah tu jugak yang cuba tolong. Jadi jangan
salahkan sesiapa pun, termasuk orang yang tak jadi dengan kita tu, mak ayah
yang tak bagi ke, jangan salahkan mereka, sebab itu semua asbab untuk Allah
pisahkan kamu berdua. Sebenarnya memang Allah nak pisahkan kamu. Sebab mungkin kamu tiada jodoh dengannya.
5.
Sentiasa dekati Al-Quran,
solat, ingat Allah, zikir, muhasabah diri, berdoa semoga Allah gantikan dia
dengan yang lebih baik. Ini yang paling utama, yang diatas ni sebagai jalan
untuk tenang, tapi yang ni memang buat pasti tenang. Sebab Allah yang pegang
hati kita, jadi berdoa pada Allah sungguh-sungguh. Buat Solat sunat, tahajud, hajat. Minta sungguh-sungguh apa yang kita rasa dan apa yang kita nak. insyaAllah Allah pasti tolong. Dan pasti lebih tenang.
Semoga sedikit perkongsian ini, boleh diambil iktibar. Jangan menangis,
jangan sedih, ingat Allah ada. Redha dan berdoa. Jika orang yang kamu putus itu
memang jodoh kamu, pasti akan disatukan semula. Tapi nasihat CH, jangan terlalu
berharap. Berdoa semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Jangan berharap
lagi pada cinta yang putus tu. Tapi jika jodoh kamu dengan dia, insyaAllah
bersama semula sebagai suami isteri.
“Allahumma sarkhirli zaujan solihan, yakhtibuni, wa yatazwwajubi, wayakunu
sahibanli, fi dunya wal jannah.”
“Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia
menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di syurgaMu.”
"DO'A AGAR CALON JODOH KITA KIAN TERGERAK HATINYA "
Ya ALLAH , Tak jemu kami memohon
kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada
kami..
Ya
ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana
ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
Ya
ALLAH..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Ya
ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Ya
ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..
Ya
ALLAH..
Tiada tempat untuk kami bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Tiada tempat untuk kami bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Ya
ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Ya
ALLAH..
Kirimkan dia yang dapatmembawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Kirimkan dia yang dapatmembawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Ya
ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Aamiin
Yaa Rabbal 'Aalamiin..
p/s: Maaf kalau post CH ini tak membantu sahabat yang sedang menderita
putus cinta. Mungkin itu sahaja yang CH boleh share. Mungkin ada yang lebih
tahu nak share jugak dari pengalaman, atau
pembacaan, atau nak komen apa yg CH tulis, sila komen jer di ruangan
komen CH.
CH tinggalkan sahabat dengan pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Dan Firman Allah dalam surah Al Baqarah, bermaksud ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Wasalam sayang~
Sunday, February 15, 2015
Pergimu Tiada Ganti~
“Nyawa kita diumpama api pelita, yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam”(Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat)
Pada tanggal 12 Februari 2015, pada malam
Jumaat 9.40 malam,
Perginya dikau Sang Murabbi bertemu Ilahi,
Sebak dada ini, bertakung air mata,
dikau pergi takkan kembali lagi,
Tiada ganti sehebat perjuang Islam sepertimu.
Perginya dikau Sang Murabbi bertemu Ilahi,
Sebak dada ini, bertakung air mata,
dikau pergi takkan kembali lagi,
Tiada ganti sehebat perjuang Islam sepertimu.
Antara hadirin yang datang menziarah Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
keranda diusung oleh lima orang anak lelakinya menuju ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah beliau. |
Keranda diusung oleh lima orang anak lelakinya menuju ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah beliau. |
Tiada lagi suaramu memberi tazkirah ilmu,
Aku masih ingat, ramai yang berkumpul dan bersila,
Anak muda, Pak cik, mak cik, kanak-kanak semuanya bersila dan duduk mendengar.
Majlis ilmu itu ditengah-tengah Bandar Kota Bharu,
Aku baru sampai dari negeri Selantan,
berjalan untuk ke bus stop yang bersebelah dgn Parkson.
Aku harus menunggu bas untuk ke Kuala Krai.
Hari tu hari Jumaat, pagi Jumaat.
Aku masih ingat, ramai yang berkumpul dan bersila,
Anak muda, Pak cik, mak cik, kanak-kanak semuanya bersila dan duduk mendengar.
Majlis ilmu itu ditengah-tengah Bandar Kota Bharu,
Aku baru sampai dari negeri Selantan,
berjalan untuk ke bus stop yang bersebelah dgn Parkson.
Aku harus menunggu bas untuk ke Kuala Krai.
Hari tu hari Jumaat, pagi Jumaat.
Kali ini baru aku tgk sendiri,
biasanya aku dengar dari corong pembesar suara di bus stop,
sebab biasanya aku menaiki teksi utk ke bus stop,
namun kali ini dari stadium aku berjalan kaki ke bus stop,
tersesat jalan hingga aku melalui lorong ke Parkson.
Aku lihat puluhan orang sedang duduk,
Ada yang duduk bersila di atas jalan,
penuh sepanjang jalan hingga ke lorong ke Parkson,
di atas koridor kerana terlalu ramai orang,
Ramai, ramai yang sedang kusyuk mendengar.
Tak sangka mereka hadir tanpa dipaksa untuk mendengar bait-bait ilmu dari Tok Guru
Namun kini pasti kami rindui, rindui suara itu yang sering memperdengarkan ilmu,
Ilmu untuk saudaranya supaya makin dekat dengan Sang Pencipta.
Hari Jumaat, pada pagi Jumaat, pasti semua akan merindui,
Rindu nasihat dari insan hebat sepertinya,
bait-bait kata mengingatkan kita pada Sang Pencipta dan Rasulullah SAW,
Tiada lagi suaranya, tiada lagi susuk badannya duduk bersila memberi ilmu, tiada lagi..
perginya tiada ganti, tiada ganti sepertinmu.
biasanya aku dengar dari corong pembesar suara di bus stop,
sebab biasanya aku menaiki teksi utk ke bus stop,
namun kali ini dari stadium aku berjalan kaki ke bus stop,
tersesat jalan hingga aku melalui lorong ke Parkson.
Aku lihat puluhan orang sedang duduk,
Ada yang duduk bersila di atas jalan,
penuh sepanjang jalan hingga ke lorong ke Parkson,
di atas koridor kerana terlalu ramai orang,
Ramai, ramai yang sedang kusyuk mendengar.
Tak sangka mereka hadir tanpa dipaksa untuk mendengar bait-bait ilmu dari Tok Guru
Namun kini pasti kami rindui, rindui suara itu yang sering memperdengarkan ilmu,
Ilmu untuk saudaranya supaya makin dekat dengan Sang Pencipta.
Hari Jumaat, pada pagi Jumaat, pasti semua akan merindui,
Rindu nasihat dari insan hebat sepertinya,
bait-bait kata mengingatkan kita pada Sang Pencipta dan Rasulullah SAW,
Tiada lagi suaranya, tiada lagi susuk badannya duduk bersila memberi ilmu, tiada lagi..
perginya tiada ganti, tiada ganti sepertinmu.
Kekalkan majlis ilmu ini, walau siapa pun
yang akan memperdengarkan nasihat
Kekalkan, supaya hati kami tetap ada nasihat untuk mengingati Allah,
kekalkan suasana agama, kekalkanlah suasana Islam di Kelantan..
Kekalkan, supaya hati kami tetap ada nasihat untuk mengingati Allah,
kekalkan suasana agama, kekalkanlah suasana Islam di Kelantan..
Rehatlah ayahanda,
Sudah lelah dan penat dikau dalam perjuangan untuk agamamu,
Kini masa untuk dikau rehat dan bertemu Allah..
Sudah lelah dan penat dikau dalam perjuangan untuk agamamu,
Kini masa untuk dikau rehat dan bertemu Allah..
Bertemu disyurga, insyaAllah pasti kita bertemu
disyurga.
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dalam ingatan (1931-2015)
Firman Allah Taala:
p/s: buat semua, teruskan perjuangan ini, teruskan..!!!! Allahuakhbar....
cc: pic from Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dalam ingatan (1931-2015)
Firman Allah Taala:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Maksudnya: Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka.(Al-Ahzab: 23)
p/s: buat semua, teruskan perjuangan ini, teruskan..!!!! Allahuakhbar....
Friday, November 21, 2014
Hari Jubah…. 3 November 2014
Terima kasih Allah.. Alhamdulillah akhirnya
ijazah sah milik diri ini..
Ijazah itu bukan titiknya untuk membuktikan
kita Berjaya, itu hanya ukuran dan nilaian manusia..
konvo itu hanya sekadar majlis untuk penganugerah sahaja.. Tiada masalah tidak sertai Majlis Konvokesyen ni.. tentang kerja, kerja tetap dapat jer kalau xsertai pun.. apa2 pun moh kita kerja la pula yer..
konvo itu hanya sekadar majlis untuk penganugerah sahaja.. Tiada masalah tidak sertai Majlis Konvokesyen ni.. tentang kerja, kerja tetap dapat jer kalau xsertai pun.. apa2 pun moh kita kerja la pula yer..
Doakan semoga perjalanan hidup CH yang jauh
ag ni sentiasa dalam redha Allah..
Jom menjadi dewasa.. ;)
p/s:
Terima kasih tak terhingga buat ma yang tercinta… xsempat nk cerita hari Jubah ni.. sebenarnya byk benda
nk cerita ^^ tapi tak berkesempatan.. Wassalam sayang~
Saturday, October 25, 2014
Cinta Terasing (Cinta Dagang) ~
Masa
terlalu pantas berlalu, dan meninggalkan seribu kenangan..
Kisah
duka, kisah suka…. Tersimpan rapi dihati,
Usia yang
semakin luntur, dari indahnya zaman kanak-kanak, kita tinggalnya untuk ke zaman
remaja dan ditinggalkan untuk zaman separuh abad dan begitulah seterusnya..
Aturan Allah untuk hamba-Nya adalah aturan yang terbaik..
Derai, derai
tangisan hujan.. di waktu magrib.. membasahi bumi,
Jam di
dinding berdetak tanpa henti, hembusan angin lalu menyejukkan badan,
Sepi
menyinggah diri dikala bersendirian…
Inginku
lari dari hidup ini, pasti tiada jalan untuk keluar berlari,
Makin
canggihnya , makin upgrade nya dunia, makin globanya dunia, makin luasnya kuasa
dunia, makin sempit cintamu pada Allah…
Aku takut
melihat keadaan dunia yang semakin tenat, tenat dengan kekancahan maksiat yang
menjadi ke agongan dunia..
Aku hidup
pada zaman yang tenat, aku hidup pada zaman kemanusiaan semakin luntur, aku
hidup pada zaman kemaksiatan semakin di cintai, aku hidup pada zaman manusia
memandang pelik pada kebaikan dan memandang keburukan itu biasa..
“Islam
tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali dagang, Maka
berbahagialah(beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.”
(Hadith
Riwayat Muslim)
Mahu CH
sharing petikan dari seorang sahabat digroup WhatsApp, terima kasih sahabat
atas sharing ni, cuba baca baik2…
…………………………………………………………………………………………
Hari ini
saya nak kita semua fikir.
Fikir
sedalam-dalamnya.
Saya
nak bagi satu analogi.
Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada.
Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat. Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego. Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada.
Tapi,
hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli
lego baru. Masih tak cukup.
Kita
jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis
tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari.
Dan
akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal
puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga, pegang lego terakhir tu dan letakkan di
puncak. Kita menjerit gembira!
"Yessss!!
Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"...
Tiba-tiba,
adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak.
Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit "yeay, dapat main dengan
abang!"
Apa
perasaan kita waktu tu?
Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5 tahun kot..
Sakit hati? Bengang? Marah? Benci? Usaha 5 tahun kot..
Apa yang kita nak buat?
Pukul?
Sepak? Marah? Atau bunuh?
Paling kurang kita akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus..
Paling kurang kita akan pukul. Betul tak? Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus..
Teruknya kita.
Ok, dah puas baca analogi saya? Dah?
Kali ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis!
Rasulullah SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah.
Rasulullah SAW telah menerima wahyu di gua hira'. Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil.
Baginda buat kerja dakwah secara senyap.
Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban
harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di
Taif.
"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!"
"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!"
Reaksi
penduduk Taif. Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar
dari bandar Taif bersama zaid. Nabi terbaring di sebuah kebun.
"Allahummaghfirli
ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku!
Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah
ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib.
Kurma yathrib tak laku. Tapi Rasulullah
tetap pergi! Korbankan segala benda.
Berpuluh
tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan
Rasulullah, Islam naik ke puncak. Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam
tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga
Rasulullah!
Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!
Kita hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!
Agak-agak, apa perasaan Rasulullah?
Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!
Kita hancurkan Islam dengan bercouple! Kita hancurkan Islam dengan tak solat! Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! Kita hancurkan Islam dengan maksiat! Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!
Agak-agak, apa perasaan Rasulullah?
Penat-penat
Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!
Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah
kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?!
“Allahummaghfirli
ummati! Allahummaghfirli ummati! Allahummaghfirli ummati!”
Rasulullah
tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam
yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya.
Tak malu ke?
Tak malu ke?
Tak malu
ke?
Tak malu
ke?
Buat maksiat lagi!
Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah!
Infiru! Taubat! SubhanAllah..
Buat maksiat lagi!
Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah ummah!
Infiru! Taubat! SubhanAllah..
"1436
tahun hijrah. Begitulah jauhnya kita dengan Rasulullah SAW.."
Salam
Maal Hijrah.. jangan dilupa kisah disebalik hijrah ini.. Wassalam sayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
adam
(16)
bacaan
(22)
Cerpen
(7)
Cinta
(27)
Design
(1)
doa
(4)
exam
(2)
fardu ain
(2)
Gentle birth
(1)
Hadis2
(6)
isu semasa
(3)
Kisah hamba
(14)
komik CH
(4)
Luahan Hati Ini
(23)
Mutiara kata
(4)
perjuangan
(15)
persiapan diri
(14)
Pesanan Rasulullah SAW
(9)
Puisi Hati
(1)
Ramadhan
(2)
Resepi Masakan
(8)
Rumah tangga
(10)
santai
(21)
Sirah
(10)
surah
(7)
tokoh Islam
(1)
Tutorial CH
(1)
ukhwah
(8)
usrah
(5)
Video
(3)
wanita / hawa
(25)