. »

Thursday, May 19, 2011

Petua Cahaya Mata



ASSALAMUALAIKUM…..



Sahabat-sahabat tahukan, bukan senang nak menjaga bayi.. sangat susah tau.. jadi bagaimana ye nak mendapatkan bayi yang sihat serta beriman? jadi hari ini CH nak kongsikan beberapa petua la buat sahabat-sahabat semua… petua ni dari mak CH dan juga dari ustaz CH dulu,serta dari pembacaan CH… CH sangat sukakan  sesuatu yang tradisional.. jadi di sini CH kongsikan sedikit dari apa yang CH perolehi dari mak CH.. ye la, CH kan anak bongsu, jadi bila akak-akak dapat baby baru, CH tumpang sekaki untuk main anak buah CH tu.. jadi apabila mak CH bagi nasihat pada kakak dan kakak ipar CH tu, CH dengar la.. jom kita  tengok apa petua tu………..

*******************************



Sebelum CH pergi lebih jauh, CH nak kongsikan sedikit daripada pembacaan CH.. bagaimana ya nak dapatkan anak yang beriman lagi sihat.. ia mesti di mulai oleh ibu bapanya. Ibu bapanya adalah dari kalangan yang baik2, pasti anak2nya adalah baik.. namun, boleh sahaja ikhtiar untuk mendapat anak yang soleh atau solehah..tapi bagi yang belum berkahwin, seharusnya kamu latihkan diri dari sekarang untuk berusaha menjadi ibu bapa yang baik..terutamanya kamu mesti berusaha mencari keredhaan Allah dengan beriman kepada Allah, mengerjakan yang makruf dan menghindari dari yang mungkar.

Lyka..
* Sesiapa yang banyak berzikir dan banyak membaca nama Allah ini iaitu Ya Mutakkabir (iaitu dari Asma’ul Husna) sebelum menyetubuhi isterinya, insyaAllah dia akan dikurniakan anak yang soleh lagi sihat. *

*sesiapa yang membaca 10 kali Al-Mussawwir (juga dari zikir Asma’ul Husna) sebelum membuka aurat isterinya atau bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah dia akan mendapat anak yang soleh. *

Itu beberapa pembacaan yang CH dapat, zikir Asma’ul Husna… sangat ringkas dan mudah di hafal..tapi ada banyak lagi tau, cuba la cari atau tanya ustaz..

CH juga nak kongsikan bagaimana hendak mendapatkan bayi/anak bagi yang berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak sendiri.. insyaAllah dengan izin Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya.. cubalah amalkan ini..

*Amallah zikir ini,iaitu zikir Asma’ul Husna, nama2 Allah iaitu Ya Wahid..sesiapa yang membaca Ya Wahid sebanyak 190 kali setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardu lima waktu, diamalkan selama satu bulan dan diiringi dengan berpuasa setipa isnin dan khamis, insyaAllah segala hajat akan dimakbulkan dan dia akan diberi keturunan…. insyaAllah……….*

Sekarang CH nak kongsikan bagaimana apabila kita diberitahu berita yang cukup mengembirakan iaitu isteri atau kamu sendiri wahai wanita yang disahkan mengandung. Berita gembira ni, tapi ingat, kandungan boleh sahaja gugur. Jadi bagaimana tak nak kandungan gugur?

* Sesiapa yang takut akan keselamatan anaknya yang berada dalam kandungan, maka hendaklah dia membaca Ya Raqib ( dari Asma’ul Husna) 7 kali, insyaAllah bayi itu tidak akan gugur*

Suami boleh juga lakukan iaitu dengan membaca Ya Raqib 7 kali dan hembuskan pada perut isteri. insyaAllah dengan izin Allah kandungan tersebut tidak akan gugur.

Sekarang ini bagaimana pula dengan amalan semasa mengadung? Sesungguhnya dari kandungan lagilah kita perlu membentuk keperibadian anak dalam kandungan tersebut. Bagaimana nak membentuk keperibadian itu?

*Orang2 tua ada berpesan pada ibu yang mengandung iaitu supaya jaga percakapan, jaga amalan, jaga sikap. Binatang2 jangan dianiaya,kerana mungkin akan menyebabkan bala atau badi pada anak dalam kandungan.” *
Itu pesanan orang tua2, memang benarkan.

 Bagi membentuk keperibadian anak yang soleh atau solehah.“Baca Al-Quran dan khatamkan Al-Quran tersebut. Hal ini benar, cikgu aku dia sama-sama mengaji Al-Quran dengan suaminya dan telah khatam sebanyak 2 kali. Anaknya sangatlah pandai mengaji Al-Quran sehinggakan pada usia 6 tahun sudah khatam Al-Quran, malahan anaknya sangat bijak.”

*Semasa mengandung amalkan zikir,selawat,berpuasa. Bagi yang berpuasa sebaik-baiknya suami yang patut amalkan, mungkin bagi wanita, takut memudaratkan kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Tetapi boleh sahaja wanita amalkan. Solat jangan tinggal , malah tambahkan dengan yang sunat. . 

*Doa supaya bayi dalam kandungan menjadi anak soleh, iaitu dari surah Al-Imran ayat 38:. Maksdunya…

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku anak yang soleh. Sesungguhnya engkau Maha Mendengar permohonanku. *

*Surah bacaan ketika mengandung:.
 Al-Fatihah, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surat Hujurat, Surat Yassin, surat at-Taubah, Surah an-Nahl.
*

Banyak lagi amalan2 semasa mengandung,tapi CH bagitau serba sedikit jer.
Genap sudah 9 bulan dan bakal melahirkan anak. Waktu ini adalah saat yang di nanti-nantikan oleh setiap pasangan. Namun bagi wanita saat ini adalah saat yang sangat mendebarkan,terutama bakal ibu yang mengandung anak pertama. Mungkin tidak ada pengalaman dalam melahirkan anak. Dan semua orang tahu, perkara yang paling sakit di dunia ini ialah melahirkan anak. Di sini CH nak berkongsi sedikit amalan yang CH dapat dari pembacaan CH.

* Jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak ingin mengelak daripada kesusahan bersalin, hendaklah dia berpuasa 7 hari, dan setiap hari ketika berbuka puasa, dia membaca ketiga-tiga nama Allah iaitu Ya Khaliq, Ya Bari’ dan Ya Musawwir sebanyak 21 kali, kemudian hendaklah dia menghembuskan nafas ke dalam segelas air,kemudian dia berbuka puasa dengan air tersebut. Dengan demikian Allah memudahkan wanita itu bersalin… InsyaAllah…*

Tibalah hari yang di nanti-nantikan iaitu kelahiran bayi atau cahaya mata. Bagi wanita yang melahirkan anak, banyakkan mengingati Allah, berzikir serta berselawat. Bagi suami,berdoalah buat isteri dan anakmu itu supaya dapat dilahirkan dengan selamat. Suami juga perlulah bagi semangat pada isteri ketika isteri sedang melahirkan anak. Kasih sayang suami dapat memberi kekuatan pada isteri.

*
Ketika telah hampir atau sedang menunggu bersalin ,para ibu janganlah risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah gantikan dengan wirid atau zikir atau doa.. Ini salah satu wirid.. basahkan lidah dengannya:. Surah al-Anbiya ayat 87, ayat kursi, surah al-Ikhlas , surah al-Falak, surah al-Annas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.. *

Lahirnya bayi dengan selamat, Alhamdulillah syukur pada Allah. Suami sekarang yang perlu mengazankan bayi tersebut. CH ada beberapa amalan yang telah diberitahu oleh ustaz.

*Lahirnya bayi kedunia, pertamanya azanlah di sebelah kanan telinga bayi tersebut, dan iqamahlah di sebelah kiri telinga bayi tersebut. Malah lagi baik di bacakan 4 Qul iaitu surah An-Nass,Al-Falaq, Al-Ikhlash,dan Al-Kaafiruun kedua-dua belah telinga bayi tersebut. Lebih elok lagi di tambahkan dengan 7 kali bacaan ayat kursi di kedua-dua belah telinga. Ingat! Syaitan sangat licik, masa inilah dia akan cuba berusaha menyesatkan cucu2 adam. Jadi suami harus sentiasa ada disisi bayi dan bacalah banyak2 ayat kursi supaya anak tidak dapat didekati oleh syaitan laknatullah itu. Dan bacalah Al-Quran disisi anak itu serta zikir. Ingat.. suami sangat penting ketika ini, kerana isteri masih di dalam hadas nifas, mana mungkin dia dapat membaca apa2 ayat Al-Quran,malahan isteri yang masih berhadas itu sendiri akan di ganggu syaitan laknatullah. Jadi, sebagai suami yang soleh, beradalah disisi isterimu selalu. Namun isteri, boleh saja di baca zikir yang selalu kita amalankan,, *

Bagi suami, pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya seorang isteri melahirkan anak? Bagi suami yang soleh, ucaplah terima kasih pada isterimu kerana telah melahirkan zuriat buatmu. Ucaplah dengan kata2 manis, supaya isterimu gembira dan rasa dihargai.





“Terima kasih sayang kerana lahirkan zuriat buat abang.. hadiah sayang ini sangat tidak ternilai hargainya.. terima kasih sayang…”



Walaupun isteri kamu telah melahirkan anak keenam sekali pun, ucaplah terima kasih. Dengan kata2 sahaja isteri sudah gembira dan bahagia..

Bagi isteri atau wanita baru bersalin, kamu harus berpantang tau. Kata orang tua2, jangan banyak bergerak, makanlah sesuatu yang tidak sejuk dan bahaya untuk kesihatan. Terutamanya wanita ini haruslah memakan ikan yang tidak berbisa. Ikan yang dibakar sangatlah baik. Sayur tidak boleh di makan seperti kubis, bayam semua itu menyebabkan sakit urat.. semua itu adalah merupakan makanan yang sejuk..Ais jangan sesekali di minum,kalau boleh 2 bulan selepas bersalin,janganlah meminum ais lagi, ais itu boleh menyebabkan peranakan terbuka dan mungkin mudah mendapat zuriat baru, maksudnya jarak usia bayi sangat dekat dan mungkin tidak elok untuk pembesaran bayi. Anak pertama baru 4 bulan,sudah ada bayi baru dalam kandungan, itu tidak elok untuk bayi, terutama susu ibu itu. Meminum air akar kayu – banyak akar kayu yang dijual, memang ianya pahit, tapi elok untuk peranakan, terutama luka-luka bersalin. Ikan jangan di makan hidup2, kerana ada petua yang mengatakan dengan memakan ikan hidup2, akan cepat sembuh luka bersalin. Ada yang telah meninggal akibat memakan anak ikan secara hidup dan dalam perut anak ikan itu terdapat lintah dan lintah tersebut telah membiak di dalam perutnya, dan dia meninggal akibat hal itu. Jadi hati2 mengamalkan petua, jangan terima ia secara bulat2.

Bagi penjagaan bayi, mungkin ramai yang hanya menjaga bayi dengan memandi, dan urus bayinya dengan baik. Sebenarnya ada cara penjagaan bayi yang baik. Kata mak CH, bayi pada usia baru lahir iaitu sebelum mencapai usia sebulan sangat lembut. Tulang-tulangnya sangat lembut,jadi janganlah memakai lampin pakai buang lagi, hal ini kerana mungkin boleh menyebabkan kaki bayi terkakang. Sangat buruk apabila dia besar nanti, lebih2 lagi lelaki, kerana sangat hodoh apabila berseluar. Cubalah mengikat kaki bayi itu semasa tidur,ini dapat membentuk bahu yang tegak dan kaki yang lurus. Jika kita lihat ada yang memiliki bahu yang jatuh, itu adalah kerana tidak di jaga dengan baik semasa kecil , kerana tidak dibekung. Bagi ibu, jangan menyusu bayi hanya sebelah dada sahaja, kerana ini boleh menyebabkan kepala bayi kempis di bahagian yang sentiasa diberi susu.

Bagi suami, ramai suami yang suka memengang anaknya yang baru lahir dengan meletakkan kepala bayi di lengannya. Hal ini boleh menyebabkan kepala bayi membentuk mengikut lengan ayahnya iaitu kempis dibelakang kepala. Jadi, cubalah memegang bayi yang baru lahir dengan memegang kepalanya dengan terlapak tangan.
Nak tahu kenapa ubun-ubun bayi lembut, dan ada nadi pada ubun-ubun? Kerana roh kita di masukkan melalui ubun-ubun. Jadi bagi bayi yang masih kecil, semasa hujan jangan bagi air hujan terkena ubun-ubun, kerana bayi itu akan lemas. Begitu juga semasa mandi, cubalah hati-hati..Ingat! Ubun-ubun adalah nadi bayi.

Oklah, itu serba sedikit yang dapat CH kongsikan, banyak lagi sebenarnya, namun rasanya sangat banyak kot.. ok, kepada ibu-ibu yang baru mendapat baby baru, jangan lupa berpantang dengan baik, dan buat ayahnya jangan lupa sentiasa bagi semangat dan menolong isteri waktu ini. Waktu inilah nak tunjukkan betapa sayangnya kamu terhadap isteri. Belajar buat kerja rumah sendiri ya……….
Hehehe………….\(^_^)/

*****************************************
***********petua cahaya mata*************

Rujukan:
Asma Ul Husna- Rahsia & Amalan 99 Nama Allah ,pengarang: Syahrin Jasah, Terbitan: Darul nu’man (buku yg sangat berguna, cubalah beli)

***************AYUYati*************
p/s: mungkin sahabat-sahabat nak tau lebih lagi petua.. mungkin la dari post CH.. "Berhati-hati wahai bakai ibu" dan "surah amalan ketika mengandung" 


2 comments:

Teehah Aminuddin said...

panje nyooo kak yattt.... hehehe

Cahaya Hidupku said...

memang ar.. tengok tu dari mengandung sampai pantang..mula2 wat blog kan, segala benda nak taip..^^

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...