. »

Wednesday, February 22, 2012

.::Cinta yang dibawa lari..

.::Cinta yang dibawa lari..

Menangis… menangis… Kenapa ini terjadi pada aku.. kenapa? Cinta aku untuknya adalah sepenuh hati. Mengapa dia buat aku macam ni?

Rintihan demi rintihan.. siapa yang tahu rintahan ini..

“Aku ni bodoh.. pesal sukakan dia.. bodoh..!!! bodoh!!!...”

Menangis hati ini.. hanya Allah yang tahu.. terluka hati ini, tiada siapa dapat ubati.
Mungkin aku tidak patut sukakan dia dulu..memang tak patut.. dia tu rupanya bukan sukakan aku..aku yang bodoh..

“Malissa..buka pintu? Kenapa dengan kau, aku tengok dah 2 hari kau berkurung dalam bilik”

Tak..tak ada apalah….aku malas la nak keluar, aku nak study sorang-sorang” Malissa mula mengatur kata-kata tipunya..suaranya dikawal,risau dapat dikesan kawannya itu. Air matanya di sapu, takut kawannya itu tiba-tiba mendesak mahu masuk ke dalam biliknya.

“Tak apa la kalau macam tu.. Tapi kalau kau ada masalah ,bagitau la aku”

“Ok….”
Hanya itu sahaja yang dia dapat jawab. Hati ini pedih, tak ada siapa dapat ubati.

Mengimbau masa itu.. dia Irfan yang aku suka.. Matanya bertentangan mata dengan aku,pasti ada rasa gelisah pada diri ini. Aku cintakan dia. Dalam diam aku cintakan dia. Itu sahaja yang aku dapat rasai.

“Lisa, awak orang mana? Orang Kelantankan?”
Irfan bertanya

“A’aa.. saya orang Kelantan..Mana awak tahu?” aku mula hairan, mana dia tahu.

“Ala..tengok rupa pun dah tau, rupa orang Kelantankan..hehehe…” jawab Irfan..

“Rupa orang Kelantan..boleh pula camtu..” degus aku , geram dengan jawapannya itu.

“Ye la… rupa orang Kelantan yang sangat cantik….”

Tiba-tiba jantung ini berdetak dengan kencang..
itulah kata-kata pertamanya, yang membuatkan aku yakin dia juga sukakan aku.
Aku gembira dapat bercakap dengannya, lebih-lebih lagi dipuji begitu..

Irfan berbadan tegak, kulit sawo mantang, rambut yang sentiasa disikat rapi dan berjanggut sejemput menambahkan kekacakannya. Janggut sejemput itu menambahkan wajah Islamiknya.. umurnya dua tahun lebih tua dariku..

Suatu hari dia bersama-sama dengan aku untuk melaksanakan satu assignment berkumpulan. Aku sama kumpulan dengannya. Seharian aku dan kumpulan aku bertungkus lumus menyiapkan assignment ini, tibalah masa untuk berehat seketika. Kawan-kawan yang lain mula beredar untuk mencari café terdekat untuk mengisi perut. Tinggalah aku yang malas untuk berganjak. Tiba-tiba teguran itu mengejutkan aku

“La, tak makan ke Cik Lisa”

“Ya Allah ,Irfan… terkejut tau..”

“Hahaha… Nampak sangat mengelamun jer kerjanya..Pesal Cik Lisa tak makan?” 
Pertanyaan Irfan itu di ulang lagi.

“Saya malas nak bergerak.. habiskan kerja dulu la, kejap-kejap lagi makan..” 


“Oo..ok..seorang yang bersungguh-sungguh..” 
Puji Irfan

“Eleh perli nampak Irfan?”
aku mula geram dengan pujiannya itu

“Eh..tak la ikhlas.. ikhlas kerana Allah..”

“Ikhlas kerana Allah..?”
aku mahu kepastiaan..

“Apabila kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah, pasti pahala yang kita dapat. Contoh, apabila kita makan,jika kita makan kerana lapar, yang kita dapat kenyang. Tapi kalau kita makan kerana Allah , kerana niat untuk makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah kepada Allah, kita akan dapat pahala ibadah. Lainkan?”


Hujah yang dia perkatakan itu, membuat aku merasa kerdil. Hanya dengan niat, kita dapat pahala.

“Niat penting dalam apa jua, apabila kita nak lakukan apapun, pasti kita akan mulakan dengan niat, niat yang salah membawa orang itu ke jalan yang salah, niat yang betul, membawa orang ke jalan yang betul.”
Dia menambah lagi hujahnya itu. Aku yang terkesima.

“Irfan boleh saya tanya? Mengapa Islam itu berbeza? Malahan saya agak pelik kenapa pakaian yang saya pakai ini masih tidak menutup aurat. Saya rasa saya bebas untuk memilih, bagi saya bertudung itu kelihatan kolot” aku mula bertanyakan sesuatu yang aku mahu tahu, yang tersimpan rapi dalam hati dari dulu.

“Lisa… Islam memang berbeza. Islam mempunyai peraturannya supaya penganutnya berjalan dilandasan yang benar. Islam mengharamkan arak bukan kerana saja-saja. Tetapi arak itu penyebab orang itu hilang akalnya. Arak itu penyebab manusia lalai dan tidak kenal akan manusia lain. Awak pernah dengarkan isteri orang boleh saja dirogol si pemabuk arak ini, kerana dia sudah hilang akal dan sudah lupa siapa isterinya. Begitu juga wanita, mengapa Islam menyuruh wanita itu menutup auratnya? Kerana aurat wanita itu adalah maruah wanita itu. Permata emas yang indah pasti tidak akan dijual di tepi-tepi jalan tetapi dijual dan disimpan rapi di dalam cermin kaca yang indah dan siap dikunci takut-takut dicuri orang.. Mengapa Lisa permata emas itu disimpan dalam cermin kaca yang indah dan tidak dijual di kaki lima jer ?” Irfan mengajukan soalan buat aku..

“Kerana kalau diletakkan di luar jer, pasti disentuh dan silap-silap hari bulan di curi  orang.. Permata emas dijual di kaki lima..hahaha..mesti kelakar, entah-entah emas palsu.. yang ciplak” terasa lawak soalan Irfan ni

“Begitu la wanita, jika dia tidak menutupi auratnya dengan sempurna pasti menjadi tarikan lelaki yang tidak menjaga pandangan mata, dan jika iman lelaki itu nipis,pasti akan mengundang masalah rogol. Wanita itu ialah seindah-indah hiasan dunia, dan hiasan dunia yang paling indah ialah wanita solehah. Bertudung labuh dan memakai  baju yang besar , takkan ada mata yang akan melihat wanita itu, kenapa? Kerana susuk tubuhnya tidak kelihatan, mana lagi sudut yang syaitan nak panahkan mata lelaki bagi lihat wanita itu. Wanita itu ialah habuan panah-panahan syaitan.. sebab itu Islam menyuruh wanita itu menutupi auratnya. Sesungguhnya, keindahan seseorang wanita itu ,hanya untuk suaminya sahaja..”


Aku mula tertarik dengan hujah-hujahnya itu. Aku mahu tahu lebih dalam lagi mengenai hukum hakam Islam ini.

“Mengapa lelaki tidak perlu bersusah payah seperti wanita. Wanita perlu tutup auratnya, dan tidak bebas berpakaian. Lelaki tidak kisah, apapun boleh dia pakai. Malahan wanita perlu mengandung, lahir anak, jaga anak,lelaki senang jer hidup dia.. macam tak adil jer..”
Aku masih mahu tahu dengan lebih dalam lagi..

“Kita tidak boleh pertikaikan peraturan Allah itu. Lelaki memang tidak perlu bertudung,  lelaki tidak memiliki keindahan seperti wanita itu. Lelaki ,jika wanita pandang lelaki, mereka  tertarik kepada rambut lelaki? Tidakkan? Wanita itu lain, Allah memberikan keistimewaan padanya, susuk tubuhnya menarik pandangan lelaki. Susuk tubuhnya itu membolehkan dia mengandung anak dalam masa  9 bulan. Jika lelaki yang mengandung, pasti 1 hingga 4 bulan mungkin boleh, tapi kalau dah masuk 5 bulan hingga 9 bulan yang bayinya semakin besar,rasanya tidak sanggup. Selepas mengandung perlu pula selama 2 tahun untuk menyusukan anaknya itu. Tapi wanita dapat lakukan semua itu.. Kerana  Allah berikan keistimewaan pada wanita, perasaan kasihnya menyebabkan dia dapat melalui segala kepayahan itu. Sebab itu, wanita sangat senang untuk memasuki syurga Allah, seorang wanita solehah, lebih baik dari  1000  lelaki soleh.. wanita  mentaati Allah, melakukan apa yang Allah suruh, jika sebelum kahwin dia mentaati ibu bapanya, dan selepas kahwin taat kepada suaminya pasti syurga Allah mudah dia perolehi.”

Sungguh detail yang Irfan terangkan mana mungkin ada hujah lain untuk aku pertikaikan kata-katanya itu. Kata-katanya itu membuat aku terfikir. Benar kata-katanya itu. Aku ini sungguh jahil dengan agama. Mengaku saja agama Islam, tetapi tidak pernah melakukan apa yang Allah perintahkan. Itu baru bercakap pasal aurat. Sungguh aku malu pada Irfan. Lelaki lebih arif mangenai wanita, sedangkan aku langsung tidak tahu.

“ Irfan, aku minta diri dulu la..esok kita sambung lagi assignment ni .. terima kasih perkongsiaan tadi..” aku terus mengundur diri. Terasa malu untuk aku bertentangan mata dengan Irfan.

Selepas peristiwa itu, aku mula bertudung. Dan mula berbaju labuh, mungkin sekarang tudungku agak tidak labuh, tak apa, ini permulaanku.

“Wah…makin cantik Lisa..” Irfan menengur. Aku tersipu-sipu malu.
“Inilah wanita solehah..” tambah Irfan lagi ..

Semakin hari, aku mula mencari halakah yang mungkin boleh aku sertai. Usrah aku bermula setiap hujung minggu. Aku sangat gembira dapat bersama dengan sahabat wanita lain, mungkin mereka wanita yang bertudung labuh, tetapi aku kuatkan semangat, rasa malu yang mengundang hati, aku tepis. Biar kita jahil ketika ini namun hari mendatang kita sudah tidak jahil seperti sekarang. Jangan jadi seorang yang jahil,tetapi tidak mahu mencari kebenaran.

Aku semakin hari semakin dekat dengan Allah. Allah itu adil pada hambanya. Suatu hari aku mendapat SMS dari Irfan . Katanya menyuruh aku datang untuk bertemunya. Dan dia akan datang bersama seseorang ,jadi tidak perlu risaukan ikhtilat(batasan).. Kenapa ? Aku mula tersenyum, mungkin mahu melamarku..hehehe… aku memang sukakan dia.

Aku mengenakan tudung labuh berbidang 60 disilangkan dan di pin kan. Terasa cukup indah auratku ditutup rapi. Aku mencapai beg tangan dan mula untuk bergerak untuk ke tempat yang di janjikan itu.

Kelibat Irfan sudah kelihatan, aku mula berdebar-debar. Kelihatan seseorang di tepinya.

“Assalamualaikum…”

“Walaikumussalam..duduk la Lisa..” 
Irfan mempersilakan aku duduk sambil tangannya menunjukkan kearah kerusi di depannya.

“Terima kasih..”
Ucapku.. aku mula amati wajah seseorang yang berada di sebelah Irfan itu. Wajah yang sangat aku kenali. Siapa dia kepada Irfan? Aku lihat dia sangat mesra dengan Irfan, mungkin dia keluarga Irfan..

“Kenapa Lisa.. mesti tengah fikir siapa sebelah saya ni kan.. Lisa pasti lebih kenal dia dari saya” Irfan mula menguji Lisa

“Lisa ingat,tapi……” kata-kataku terhenti di situ..

“Tapi kenapa Lisa?” Irfan kehairanan

“Tak ada apa.. Siapa tak kenal.. Kak Mira naqibah Lisa” aku perjelaskan pada Irfan. Kelihatan kak Mira memberi senyuman kepada aku.

“Lisa, pasti gembirakan.. Kak Mira ini adalah isteri Irfan” kata-kata Irfan tu menyebabkan jantungku hampir tercabut. Oo..selama ni, yang kak Mira bagitau suaminya itu juga belajar di universiti ini, rupanya Irfan. Aku mengawal air mataku dari jatuh ke pipi.

“Oh..ye..ye..ke.. Tak sangka Kak Mira  isteri Irfan. Kalau tahu awal-awal lagi kan best. Irfan ni bukan nak bagitau dia dah kahwin..” aku cuba menutupi rasa sedih..

“Irfan baru jer kahwin dengan akak. Mungkin semua orang tak tahu. Yang tahu kawan-kawan yang sama di ploma dengan Irfan la..” jelas kak Mira. Betullah, Irfan datang ke sini semester ini, sebagai tahun 3 bagi express diploma. Mana mungkin orang tahu, yang tahu hanya kawan-kawan Irfan dan Kak Mira, mesti kawan-kawan kak Mira sangat mengenali Irfan.

“Allahhuakhbar…Allahuakhbar……..”

Azan magrib berkumandang. Tersedar aku dari lamunan yang  panjang itu tadi. Aku melangkah untuk mengambil wuduk. Selesai dari mengambil wuduk,aku mula siap memakai telekung.

“tuk..tuk…” bunyi ketukan pintu.

“Eh..Lisa…!” Kawannya itu bertelekung,mungkin baru hendak menunaikan solat magrib..dia sedang membuka pintu. Riak muka kawannya itu yang cukup ceria melihat Lisa datang ke biliknya.

“Jom Lisa masuk, jom kita solat berjemaah, aku gembira kau datang, dah 2 hari kita tak solat sama-sama.” Ujur Khadijah yang merupakan sahabat baik Lisa. Dialah sahabat seperjuangan bersama, dan sahabat usrah. Wanita yang sempurna, aurat yang di jaga rapi yang merupakan orang yang pertama menjemput Lisa bersama-sama dalam halakah. Selalunya Lisa akan datang ke bilik Khadijah untuk solat berjemaah. Bilik mereka hanya bersebelahan.

“Jangan perli aku Khadijah.. Sayang kau.. ”Lisa terus masuk ke dalam bilik kawannya itu..sambil memeluk erat kawannya itu.. 

“Lisa.. Aku ada bersama kau, Allah sentiasa ada bersama kau.. Ujian itu menandakan Allah sayang pada kau..ok lah jom solat.. Kau jadi imam..hehehe..” 

“Khadijah..aku pula..ala..ye la..cepat Khadijah iqamah..”
kelihatan muka Khadijah dan Lisa sentiasa menguntum senyuman dan saling berbalas senyuman..

Aku mula menerima kehidupan ini. Segala yang terjadi itu ada hikmahnya. Jika tidak kerana Irfan mungkin tidak aku menemui jalan hidayah ini. Dan jika tidak kerana isterinya Kak Mira, mana mungkin aku semakin kuat untuk berubah. Jika kita berubah kearah kebaikan, senantiasa ujian itu mendatang kerana Allah sedang menguji tahap keimanan kita. Sama ada perubahan kita itu benar-benar ikhlas kerana Allah atau sebaliknya.. Alhamdulillah aku dapat lalui ujian ini. Terima kasih Ya Allah atas nikmat iman ini… Aku mahu menjadi hamba Allah yang solehah, yang cantik luaran dan yang penting cantik dalaman.. Aku cintai Allah lebih dari segalanya,dan ingat insyaAllah cinta akan Allah 100 peratus pasti kau akan dapat seseorang yang juga mencintai Allah 100 peratus,hidupmu pasti bahagia dunia dan akhirat. Mungkin Irfan bukan jodoh aku, dan insyaALLAH mungkin Allah gantikan seseorang untuk aku yang lebih baik darinya. Usahlah bersedih, kerana aturan Allah itu sangat sempurna, hanya Allah yang mengetahui perkara yang baik untuk diri kita.

“..Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hati-Mu.. Ya Allah, jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu ”

*****************************************
P/S:  Cerita ni tak ada kena-mengena dengan siapa pun mahu pun yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Ini merupakan cerpen CH yang kedua selepas cerpen “Aku sangat mencintainya”.. Cerpen yang pertama CH tu, agak panjang. Dan agak bosan hehehe.. ce baca la.. biasa la tu, fist produce, macam tu la.. Negeri kelahiran Lisa iaitu Kelantan,CH letak Kelantan kerana tak nak jadi masalah yang mungkin ada yang terasa hati kerana menulis nama negeri mereka, jadi baik CH tulis nama negeri kelahiran CH je kan.. semoga cerpen ini menjadi pengajaran..segala kekurangan cerita ini, mohon maaf..^^

********cinta yang dibawa lari*******
***************AYuYati*****************

5 comments:

Ana Annisa said...

bestla...pandai mengarang rupanya ...^^..
nice~~=)

Khairul said...

subhanallah...
pandai enti buat cerpen islamik ye.
nanti kalau dah banyak koleksi cerpen, jangan lupa utk bukukan.
^^,
all da best!!
smg istiqamah utk bertinta.

ana dulu penah nak buat cerpen, tp baru skerat jale, dh malas plak nk menulis. ^_^

Cahaya Hidupku said...

kak anis~ xde la pndai pun.. sesaja boring cuti hari tu kn.. ni kat U, mesti tak menulis la..

Akhi khairul~ buat sesaja jer ni, rasa tak layak untuk di bukukan..

InsyaAllah, akan cuba utk berkarya ag..akhi Khairul sambung balik y skerat tu.. Kami nntikan karya akhi Khairul..^^

Helmi Razali said...

dah baca..huhu

setuju..majoriti gadis kelantan mmg ada rupa.. =)

*pembetulan perenggan 25 baris 1 : "halaqah"

Cahaya Hidupku said...

syukran akhi Helmi..
ada juga salah eja uper nye..
dah check byk kali dah tu..

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...